Thursday, September 21, 2017

Subordinate 2

Hari demi hari berlalu. Kerap juga aku dan Danial keluar bersama luangkan masa di hujung minggu. Ketika ini, aku makin lupakan Haris. Depan mata aku, hanya Danial. Tak ada orang lain. Ya, aku sedar Danial dah pun berpunya. Kadang, Danial ajak aku keluar bersama teman wanitanya. Aku menolak. Aku akui, setiap kali dia ajak keluar bersama Yati, aku sedikit cemburu. Tapi aku sedar, siapalah aku untuk cemburu? Padahal, aku dan Danial hanya teman sekerja. Tak lebih dari itu. Tapi apa yang membingungkan aku, Danial kerap membuat kejutan yang aku sendiri tak menjangka. Dia sering berikan aku hadiah. Bila kami ke Queensbay Mall, mesti dia ajak singgah di mesin layan diri untuk mencuba nasib menagkap teddy bear. Sampai sekarang, enam teddy bear masih ada dalam kereta aku atas pemberian Danial. Mana mungkin aku tak menaruh harapan?

Bulan Mac lalu, aku bawa Danial ke Langkawi untuk bercuti. Percutian yang simple dan hanya kami berdua. Selepas Danial balik kerja jam 7.00 pagi, kami terus bergerak ke jeti Kuala Kedah seterusnya ke Langkawi. Sheraton Beach Resort Langkawi telahpun aku tempah sejak Februari. Dalam perjalanan di atas feri Danial tidur nyenyak sekali. Sesekali kepalanya terjatuh dan membantalkan bahu aku. Memang dia tak tidur semalaman kerana bekerja. Aku faham dia penat.

Sesudah sampai di Langkawi kami terus ke Hotel. Aku biarkan dia berehat sementara petangnya kami hayati keindahan suasana matahari terbenam di Pantai Cenang. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Tak banyak tempat yang kami lawati.

"Siapa tu? Kenapa marah-marah? Soal aku, selepas mendengar perbualan Danial di telefon.

"Siapa lagi? Perempuan gila tu lah. Menyusahkan betul." Jawab Danial.

"Perempuan gila mana? Kenapa pulak?" Soal aku lagi

"Budak bodoh tu la. Tak boleh tengok orang senang. Dia cemburu saya bercuti tak beritahu dia" jelas Danial dengan nada yang agak marah.

"Kalau saya jadi dia pun saya marah, cemburu. Yelah, macam dia tak penting pulak. At least bagitau la nak mai langkawi. Be matured sikit boleh? "

"Memang tak penting pun. Orang nak bercuti pun tak boleh. Boss tak paham dia tu. Saya paham sangat. Kalau bagitau pun dia memang takkan bagi saya mai punya. Yelah, dia mana ada sapa-sapa kat Penang tu. Padan muka layan weekend sorang-sorang" jelas Danial lagi sambil menyalakan rokok di balcony bilik penginapan kami. Aku malas nak sekolahkan dia lagi. Malas nak masuk campur hal hubungan orang.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Danial masih selesa menonton TV di ruang tamu. Bilik resort ni sangat besar. Ada ruang tamu bersama sofa empuk dan set TV, dan bilik tidur bersama sebuah lagi TV berasingan. Begitu juga bilik air berasingan di sebelah pintu masuk dan satu lagi bilik air di dalam bilik dengan jacuzzi.

"Tak nak tidur lagi ke?" Soal aku

"Tak mengantuk pulak. Sengat je mata ni." Jawab Danial.

"Meh saya urutkan. Maybe boleh la badan rasa relax sikit dan selesa nak tidur" entah macam mana aku boleh ter cakap macam tu. Aku sendiri tak lah pandai sangat mengurut. Tapi Danial relakan.

Aku mula mengurut di bahagian belakang. Dari bahu, aku tekan sampai ke bawah pinggang. Aku buat buat pandai je lah, tiru macam mana masseur urut aku bila aku ke Spa.


Bersambung... :)

2 comments:

Carl Dani said...

Aum..cant wait for the next story..cepat update bang.

Anonymous said...

Lamanya dah x update blog. I been waiting til now