Wednesday, August 30, 2017

Subordinate 1

"Boss.. malam ni ON ye Gokart?"

Pesanan whatsapp dari Danial buatkan aku berbelah bagi. Malam tu aku dah plan nak keluar dating dengan Haris. Tapi Danial ni seakan mendesak pulak.

"Saya tak pasti la. Dah la saya tak kenal kawan-kawan awak" balas aku.

"Alah boss mai je. Saya dah tolong bayarkan semua" balas Danial.

"Yelah. Tengok la nanti mcm mana"

Jadi, aku kena ubah plan. Lagipun tak tahu lagi nak keluar dengan haris pergi mana malam tu.

"Dear.. malam ni teman I p tengok2 accessories kereta ek? U kan pandai bab kereta ni, I xpandai" aku  cuba tipu haris sebab aku tahu dia minat kereta dan dia tahu serba serbi tentang akaesori lereta.

"Lah.. aku mana tau sangat. Hg nak buat apa kt kereta tu? Habih malam ni tak tengok wayang?" Balas Haris

"Lepas tu kita p la. Sat ja. Nak survey-survey"

So aku pun jadi lah bawak Haris pergi main Gokart tu. Memang litar tu dekat Autocity. Sudahnya, lepas masuk area Autocity terus pergi tempat Gokart. Haris macam tak selesa dengan keadaan situ. Memang ramai kawan-kawan Danial.

"Hi semua, ni boss tempat kerja aku ni. Sebelah dia ni pulak kawan dia" ujar Danial.

Danial datang dengan Lala, scandal dia. Memang antara dia dan Lala tak ada apa-apa huhungan. Tapi mesranya mereka melebihi pasangan bercinta. Malam tu Haris diam seribu bahasa. Aku pun rasa tak selesa melihat Haris hanya berdiam diri. Cepat-cepat aku habiskan 2 pusingan gokart dan minta undur diri dan pergi tonton wayang dengan Haris.

"Kenapa diam je tadi? Malu?" Soal aku kepada Haris

"Malu apa? Aku rasa nak demam tadi. Rasa tak sihat." Ujar haris.

"So la ni sihat ke tak? Aku bertanya sambil letakkan tangan di dahi Haris.

"Eh.. tak yah pegang-pegang. La ni sihat dah. Cuma hati ni sakit sebab kena tipu"

"Laa... bukan first time kena tipu hahaha" jawab aku.

Jadinya, lepas tu kami terus pergi tengok wayang. Dalam ketika aku bersama Haris, Danial sinuk whatsapp aku.

"Boss pasaipa balik awai? Boss segan ka ngan kawan2 saya?" Tanya Danial.

"Tak la. Ni kawan saya ni tak sihat. Balik dah ni." Jawab aku.

Lepas tu, Danial asyik whatsapp aku tak henti-henti. Aku layankan saja. Sampai setiap pagi dia hantar ucapan selamat pagi di whatsapp. Ini adalah kali kedua aku berjumpa Danial di luar tempat kerja. Entah macam mana, sebelum ni kami tak pernah bertegur sapa di tempat kerja. Sengguhpun kami mulai rapat, aku masih berikan layanan sama kepada dia seperti budak kerja yang lain. Aku tak pilih bulu. Kalau dia buat silap, aku marah sama seperti orang lain buat silap.

Danial kerja dalam shift, jadi bukan tiap hari aku berjumpa dengan dia. Ada 3 shift dan jumlah subordinate aku untuk 3 shift lebih kurang 200 orang. Memang aku tak boleh kenal semua yang kerja dibawah aku. Jadi, Danial ni special sikit lah. Dia pandai dekatkan diri dengan aku.

"Boss. Japgi pukul 11.20am saya tunggu kat guard house ye? Kita p linch sama-sama nak?" ajak Danial melalui whatsapp. Aku tanpa fikir panjang terus bersetuju kebetulan hari tu aku tak ada apa-apa plan untuk lunch dengan officemates.

"Kamu drive ke? Soal aku.

"Ye boss. Pinjam kereta kawan saya" jawab Danial.

"Nak makan kat mana?" Soal aku lagi.

"Ikut boss la. Saya bawak ja. Tapi kalau jumpa polis boss drive. Saya takdak lesen. Hehe" balas Danial.

"Queensbay jela senang. Baiknye kawan kamu tu. Takde lesen pun kasi pinjam kereta" balas aku.

Bermula dari hari tu, Danial kerap ajak aku lunch. Kadang-kadang dia kerja shift malam, atau dia cuti dia akan ajak aku lunch sama-sama. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan officemates sebab batalkan lunch dengan mereka sebab keluar dengan Danial. Selalunya aku cepat-cepat pergi guard house sebelum officemates yang lain nampak aku keluar lunch dengan subordinate. Tempat kerja aku ni lain sikit. Dah culture dari dulu macam tu. Engineer tak boleh rapat sangat dengan budak kerja, supaya boleh buat keputusan professional tanpa emosi. Dan engineer ada hak untuk pinda rating subordinate setiap quarter untuk bonus prestasi. Sebab tu, antara aku dan subordinate macam cikgu dan student. Tak macam company lain, semua level boleh kawan rapat tak kira pangkat. Tempat aku ni, assistant dan keatas akan kawan satu sama lain, dan technician kebawah kawan sesama mereka.

Dibezakan level dengan "Exempt" level dan "Direct Labor" level. So aku memang takut kalau-kalau orang lain tahu aku rapat dengan Danial. Tambahan pula, level dia jauh dari aku. Bawah aku ada Assistant, Supervisor, Coordinator, Line Leader, Technician then baru level dia Production Technician. Kalau aku dilihat rapat dengan dia, mungkin orang akan fikir bukan-bukan.

Satu hari, jam 8 pagi Danial ucap selamat pagi macam biasa. Dia ajak lunch sama-sama sebab dia kerja night shift. Aku setuju saja. Jadi, bila officemates ajak pergi lunch aku beritahu tak nak ikut lah sebab dah plan dengan Danial. Tiba-tiba pukul 11.50am dia cancel. Memang lah aku mengamuk, aku merajuk. Aku tak tahu kenapa kali ni aku rasa sakit sangat hati ni. Tambahan pula, aku dah cancel lunch dengan officemates. Jadi, hari tu qku lunch sorang-sorang di cafe tempat kerja je. Bila aku tenung dan fikir dalam-dalam, aku sedar... rupanya aku dah ter jatuh hati dengan Danial. Sedangkan aku tahu dia dah berpunya dan aku sedar dia banyak teman wanita.

Bersambung...




1 comment:

Carl Dani said...

Hai abang, rindunya nak baca entry abang..sila sambung secepat yang mungkin k.take care..