Monday, July 24, 2017

Subordinate

Cepat benar masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah genap 3 tahun Rahim tinggalkan aku. Rasa macam baru semalam aku berkenalan. Banyak yang dah berubah. Mie dah pun punyai famili sendiri. Rahim hilang entah kemana. Aku pun malas nak ambil tahu. Tapi aku bersyukur, Allah masih hadirkan insan-insan yang penyayang dalam hidup aku. Memang kadang kala rasa sunyi itu seakan menghimpit, sebab itulah aku sibukkan diri travel kesana kesini intuk mengisi rasa kosong dalam hati.

Paling tidak pun aku akan ke Langkawi ataupun Krabi. Dah 5 kali aku jejak kaki di Krabi dalam masa 2 tahun ni. Tempat yang tak pernah membosankan aku. Aku boleh lari dari segala masalah dalam beberapa hari.

Bulan Mac lepas entah macam mana aku habiskan RM2k di Langkawi. Aku bawa seorang budak kerja aku bercuti. Sebenarnya aku memang mula jatuh hati dengan dia. Bukan pada paras rupa tapi layanan dia aku rasa lain dari yang lain. Entah lah aku rasa macam aku bertepuk sebelah tangan. Realitinya dia sudahpun punyai kekasih hati.

Mungkin juga, aku mula jatuh hati kepadanya sebab aku boleh jauhkan diri dari Haris untuk seketika dan dia sentiasa ada untuk aku. Orangnya baru 26 tahun. Berkulit agak gelap tinggi lampai dan kurus. Pandai bergaya (bolehlah).

Semuanya bermula apabila Farid, abang ipar budak kerja aku ni - aku namakan dia Danial. Aku join trip ke MotorGP Sepang tahun lepas. Bila post dalam facebook dan aku tag si Farid ni. Dari situ Danial add aku sebagai rakan di FB. Selalu dia text di facebook messenger. Sampai lah mula text di whatsapp. Banyak berborak kosong dan jarang sekali berborak berkaot dengan peribadi.

Kami mula keluar bersama bila satu hari aku dan housemate aku pergi parti di Batu Feringgi. Aku malas balik rumah so aku check in hotel Evergreen untuk semalam. Kebetulan dalam perjalanan balik dari parti aku tanya Danial;

"Kat mana tu?"

"Kat Gurney ni dengan kawan. Nak lepak ke?"

"Malam ni saya stay Evergreen. Mai la lepak kat lobby. 5 minit lagi sampai" ajak aku.

"Okay nanti boss sampai boss singgah tepi jalan. Kami duduk tepi tepi ni je"

Jadi, itulah kali pertama aku berjumpa dia di luar. Dia nawa seorang wanita. Agak cantik.

"Awek ke ni?" Soal aku.

"Bukan la boss. Kawan ja ni. Kami mana ada apa-apa"

Tapi aku nampak mereka berdua memang mesra semacam. Malam tu aku kena pow la belanja dia dengan awek tu mekdi tengah-tengah malam. Housemate aku dah kealam fantasi dah balik hotel tadi dia terus ke bilik dan tidur.

Sejak malam tu, dia kerap ajak aku keluar. Jumpa kawan-kawan dia and so on. Aku pun selalu ajak dia keluar kalau rasa sunyi. Entah macam mana aku dah rasa macam jatuh hati dengan dia.

Sebenarnya, dia dah ada teman wanita. Bukan yang aku jumpa malam tu dekat hotel. Last last kantoi dengan awek dia yg dia selalu keluar dengan perempuan lain. Aku malas nak masuk campur hal dia. Dia selalu guna Myvi teman wanita dia tu datang ambil aku dekat office waktu lunch kalau dia off day atau shift malam. Entah.. sampai aku rasa semuanya terlalu cepat dan aku tak tahu sejak bila aku dah mula menyimpan harap.

Bulan Mac lepas, aku bawak dia ke Langkawi. Duduk Sheraton selama 3 hari 2 malam. Balik dari Langkawi tu, macam-macam jadi sampai sekarang kami dah jarang bertegur. Apatah lagi berjumpa di luar. Bersambung ye.. nanti aku cerita detail lagi..

No comments: