Thursday, July 13, 2017

Pangkor


"Betul ka nak p Pangkor ni? Nak buat apa 2 org kita kt tempat sunyi tu?" Aku tanyakan kepastian daripada Haris.

"Kita p rileks2 la. Tenangkan fikiran"

Aku pun buka Agoda untuk cari hotel yang berpatutan. Ternampak Swiss Garden Damai Laut ada diskaun besar. Aku terus book.

Kami bertolak jam 2 petang dari Penang dan sampai disana sekitar jam 4 petang. Teruja juga tengok sekeliling resort yang gah dengan padang golf yang luas, kolam renang infiniti mengadap pantai dan pulau Pangkor. 

"Maaf cik, bilik yang cik tempah ni dah penuh. Cik tempah double bed tapi cuma ada twin bed. Boleh ke?"

"No. I want exactly like I book online"

"If that so, I'll upgrade you to sea view for free"

Haris di belakang aku terdiam. Mungkin dia tak faham apa itu double atau twin bed. Dia ikutkan saja sambil lontarkan senyuman lebar. 

Masuk je bilik hotel, Haris macam jakun. Ye lah tak pernah sepanjang hidup dia menginap di hotel 4 bintang. Petang tu kami hanya lepak di tepi pantai sambil lihat matahari terbenam di ufuk barat. Bahagia. Ya, itulah yang aku rasakan. Walaupun antara aku dan Haris tiada apa-apa ikatan, namun aku cukup rasa bahagia bila kami bercuti bersama. 

Malam pula, kami ke pekan Lumut untuk makan malam. Jalan-jalan di sekitar Lumut Waterfront dan beredar kembali ke hotel dan berbual di tepi kolam hingga lewat malam. Paginya, kami tempah island hopping package dengan private speed boat untuk bersiar siar di sekitar Pangkor.

Haris sangat happy. Bagi aku, Pangkor tak ada apa lah sangat. Air tak cukup jernih untuk aktiviti snorkeling. Kami daftar keluar hotel jam 2 petang. Kami dibenarkan daftar keluar lewat kerana kami tempah pakej island hopping melalui hotel.

"How was your snorkeling sir? Seen any fish?" Tanya receptionist tu sambil uruskan daftar keluar aku. 

"Yeah. A lot. I barely able to count cause the water was perfectly not suitable for snorkeling" seloroh aku.

"Hang tak suka ka tadi?" Haris menyampuk.

"Tak berbaloi je rasa bayar RM90 sorang. Jangankan batu karang, ikan pun nampak samar-samar ja." Jawab aku. 

"Tapi bagi aku, okay dah tadi. Yelah aku tak pernah lagi. Hang dah p Krabi, Boracay semua. Aku ni first time! Hehehe" 

Aku hanya menyambut dengan senyuman. Dalam perjalanan balik, Haris yang pandu kereta. Entah kami sesat sampai dalam hutan mana entah. Katanya nak buang masa sebab awal lagi nak balik. Sampai di Taiping, dia bawa aku jalan-jalan sekitar taman tasik. Pertama kali aku jejak kaki di situ. Meriah.

Kami teruskan perjalanan pulang jam 7 petang. Sempat singgah di Bukit Merah untuk makan malam.


  • sorry guys. Busy sangat tak sempat nak update! Will try not to let you guys wait any longer ya! And thanks to those few followers yang text untuk remind aku update cepat. Haha





No comments: