Monday, July 17, 2017

Crush atau Crash?

Salam semua, actually aku agak busy kebelakangan ni. Entahlah, rasa macam tak cukup masa untuk buat semua benda. Tiap hari pergi kerja balik kerja, sampai rumah pun still perlu coordinate manpower melalui whatsapp, hujung minggu je nak rehat-rehat. Selalunya hujung minggu aku travel sana sini ataupun balik kampung ziarah orang tua. Kadang sampai aku lupa apa erti kesunyian. Walaupun jadual harian penuh padat dengan aktiviti tapi dalam hati ni masih rasa kosong.

Lepas balik dari Pangkor dengan Haris, macam-macam dugaan mendatang dalam hubungannaku dengan dia. Sampai satu tahap, aku tak lagi mengharap. Aku tak berharap kepada sesiapa lagi dah. Hidup aku sendirian dan aku perlu terima takdir sebegitu.

Dalam hubungan aku yang makin dingin dengan Haris, muncul Mad dalam hidup aku. Entahlah, dulu masa sekolah menengah Mad ni crush aku. Memang tiap hari aku perhatikan dia tapi tak pernah berani untuk mendekat. Yelah, masa sekolah dulu pun aku tak tahu apa perasaan tu. Sebenarnya Mad dah lama kawan dengan Haris. Cuma aku jarang bergaul dengan dia sebelum ni sebab kami tak pernah betul-betul kenal satu sama lain. Tapi sejak beberapa bulan ni dia kerap ajak aku keluar lepak, shopping, travel. Pernah aku ikut dia ke selatan Thai, tidur dalam satu hotel tapi bila bangun pagi rupanya dia tidur tanpa seutas benang pun!

Ye memang pelik. Walaupun dia crush aku zaman sekolah dulu tapi dengan badan dia yang ketul ketul sado tu langsung tak menarik minat aku langsung. Bulan April yang lalu, aku, Haris dan Mad memang rancang utk ke Krabi. Tapi malam yang kami sepatutnya bertolak tu bapa Haris terlibat dalam kemalangan. Jadi, aku dan Mad saja terus ke Krabi. 2 malam pertama okay lah sebab sepatutnya aku sebilik dengan Haris dan Mad bilik asing, tapi tiba-tiba dia ajak extend holiday lagi dua malam. Aku gelabah jugak lah cari hotel yang twin bed supaya tak tidur sekatil dengan dia.

Nanti aku cerita detail macam mana travel aku ke Krabi tu ye

No comments: