Sunday, January 15, 2017

Tarik Tali

"Rasa nak bercuti kat KL la"
Text aku kepada Haris secara spontan.

"Bila tu?" Balas Haris

"Kalau next week?"

"Ok ja. Tapi payung sikit. Hujung bulan ni. Dah la hari tu p PD dah amik unpaid leave"

"Oke. Nanti aku book hotel best-best"

So, bila Haris dah setuju nak bercuti, aku punya lah excited. Tiap hari aku jenguk je semua apps hotel booking tu. Tapi tak sure nak pilih mana satu. Kejap nak Hilton, kejap nak Pullman, kejap nak Vistana, tapi aku tak yakin nak book sebab takut dia cancel last minute. Dah banyak kali aku kena game dengan dia. Aku pilih KL sebab memang aku plan nak beli perabot rumah & decoration kat IKEA tu.

Then, aku book jugak Royale Bintang untuk 2 malam. Masalahnya, 2 hari lagi nak pergi bercuti tiba-tiba....

"Aku rasa tak boleh join plak p bercuti kat KL tu. Kakak aku balik kampung tiba-tiba nak buat kenduri date yg sama"

"OK" balas aku. Memang aku menyirap tahap naruto berekor sembilan dah masa tu. Tapi dia tau aku memang akan mengamuk punya.

"Aku memang nak ikut sangat-sangat masalahnya dorang ni nak buat kenduri plak. Takkan aku tak balik kampung"

Aku tak reply langsung text dia. Aku senyap je. Memang kalau aku reply memang boleh putus kawan.

"Nanti kita pilih date lain la. Lagipun ahad tu ada kenduri member plak kat Ipoh"

"Marah la tu. Tak reply tu."

Aku diam lagi. Aku read je semua text dia. Then dia text lagi.

"Ajak Mad la, dia free kot weekend ni. Nak aku tolong ajak dia? Hotel dah book?"

Kali ni aku reply jugak..

"Dah. The Royale Bintang. 2 malam RM520. Dia dah charge credit card dah pun"

"Uish.. best tu. Tapi takleh join plak sebab akak aku nak aku ada jugak kenduri ni. Sori la. Kawan-kawan lain tak ajak?"

Aku balas "Aku benci la org suka buat janji keling ni."

"Bukan janji keling! Tapi dah memang benda ni tiba2. Mak aku call tadi bagitau ada kenduri weekend ni. Kalau nak sangat nanti aku bayar la half duit hotel tu"

Aku memang terkilan sangat. Sedih, marah, semua ada.

"Ni bukan 1st time tau! Banyak kali dah. Bulan lepas hg yg gedik sangat ajak aku p kl nak dengar seminar MLM pukimak tu lepas aku dh book hotel semua hg cancel. Padahal aku dah setuju nk teman, tolong amik hotel lagi. Then cancel. Ingat aku ni apa? Duit aku ni semua petik dari pokok? Ingat masa aku ni sentiasa utk hg sorang? Aku cancel semua plan aku clear semua schedule aku utk hg every time hg ajak aku p mana2. Tapi, hg ada pikir x tiap keputusan hg buat tu mcm mana aku rasa? Aku dh sabar lama dah wey. Kali ni putus kawan pun putus kawan la."

Dia balas "ish.. takkan sampai macam tu kot. Kita kawan dari kecik kot. Aku mintak maaf sangat-sangat. Memang aku nak p sangat dgn hg.."

"Aku tak suka la kawan dgn org yg penting diri sendiri ni. Baik takda lagi senang. Ada pun penyusahkan aku."

"Aku bkn pntingkn dri mcm ang ckp tp aku ada hl yg xdpt d elakkn..aku pn klu blh xmau jd mcm ni."

"Plain simple. Nk seribu daya xnk seribu dalih. Forget it. I've made big mistake. I should've known. Things happen many times already. I shouldn't ask u as the first place. Countless."

"Klu aku nk mmng blh p tp aku pkiaq kak aku yg jarng blk tu bt knduri sbb tu aku kna blk.."

Setakat tu je text dia dan aku tak reply dah. Memang aku maki hamun dalam momen wechat & facebook. Dan aku memang dah nekad nak buang dia dalam hidup aku. Sakit sangat. Aku rasa macam selama ni aku letak harapan terlalu tinggi. Makin lama aku rapat dengan dia, aku rasa lagi tersiksa. Kalau lah aku boleh beritahu terus terang yang aku dah pun sukakan dia sepenuh hati aku..

Hari demi hari berlalu. Aku sibukkan diri di pejabat. Hujung minggu aku terus balik kampung. Dalam masa yang sama, budak kerja aku sorang ni cuba nak rapat dengan aku. Memang kami banyak spend time sama-sama dan dia boleh buat aku lupakan Haris untuk seketika.

Aku banyak travel dalam negeri. KL-Pahan-Terengganu-Kelantan. Dalam masa yang sama, Haris masih komen-komen di momen wechat aku. Tak satu pun aku balas. Sesekali dia text dekat whatsapp, pun aku tak balas. Selama ni dia memang jarang buka facebook. Tapi sejak aku menyepi tiap hari apa aku post dalam fb tu semua dia like. Aku memang dah nekad dah, apa jadi pun aku dah taknak dah. Aku dah puas sakit hati. Aku dah give up.

28-Disember

"Sebelum tahun 2016 berakhir aku nak mintak maaf kalau aku buat salah, aku sakitkan hati atau aku buat hg tersinggung. Sempena tahun baru ni aku harap kita boleh buka buku baru"

Text whatsapp dari Haris. Aku masih tak balas. Biar dia tahu. Biar dia sedar kalau aku dah tawar hati.

30-Disember

Aku post satu momen di wechat ;

"Selamat pagi. Hari baik, hari baru. Mulakan hari dengan memaafkan orang di sekeliling kita"

Dalam masa beberapa minit Haris komen ;

"Alhamdulillah.. terima kasih"

Padahal aku bukan tujukan status momen tu untuk dia pun.

31-Disember

"Assalamualaikum. Aku mewakili sahabat kita Daus untuk jemput ke jamuan BBQ malam ni sempena new year. Budak-budak kita je. Nak ikut tak?"

Entah macam mana, aku setuju je. Padahal sebelum ni dah nekad dah nak jauhkan diri dari dia.

"Assalamualaikum.. lama tak jumpa. Rindu tau tak" sambut Haris sejurus selepas aku buka pintu kereta dia. Dia hulurkan tangan untuk salam dan aku sambut.

Majlis malam tu berjalan dengan lancar. Agak meriah. Semua kawan-kawan yang dah kahwin pun join degan bini masing-masing. Tapi malam tu aku memang tak layan Haris langsung. Dari awal dia jemput aku di rumah, masuk kereta apa dia cakap aku buat tak tahu je. Sampai la dah lewat malam semua setuju nak pergi karaoke. Dalam karaoke plak, kat mana aku duduk kat sotu jugak dia sibuk nak duduk sebelah rapat-rapat. Memang lah aku selesa dia buat macam tu sebab dalam bilik karaoke yang sejuk tu, dia himpit2 dekat aku dan rasa badan dia yang panas tu. Tapi aku still lari lari ubah tempat sana sini. Ego lah katakan.

Dalam perjalanan balik rumah baru la kami mula borak dalam kereta. Entah. Aku rasa mood aku dah okay dah dengan dia. Sejak malam tu kitorang dah kembali kerap text satu sama lain macam biasa.

Rabu, 4-Januari

Masa aku on-the-way balik kerja tu memang aku rasa lapar sangat. So, dalam sesak2 jem atas jambatan pulau pinang tu, aku text dia;

"Tensyennya jem atas bridge ni. Paq kepci la"

Then laju je dia balas;

"Aku emergency ni nak balik kampung bapak sedara sepupu aku meninggal"

Then dengan sepotong ayat tu mood aku dah jahanam dah. Memang menyakitkan hati jugak lah. "Nak teman makan je pun lepas tu kau balik la kampung" mulut aku terkumat kamit cakap sorang-sorang. Bukan apa, yang aku geramnya, bila difikirkan balik bapak sedara sepupu dia tu bukan ke bapa sedara dia jugak? Bendabtu la yang buat aku sakit hati dan rasa aku ni tertipu. So aku diamkan diri semula. Sampai la hari jumaat. Dia tak text aku, aku tak text dia. Cuma dia kerap pulak like status fb aku.

Jumaat, 6-Januari tengah malam

"Pangkor ada apa yang best?" Tiba-tiba dapat text dari dia.

"Takda apa yang best pun. Sunyi. Takda hiburan. Kenapa?"

"Kalau takdak apa2 besok jom kita p. Boleh jugak rilek2 tenangkan fikiran" Ajak haris.

Aku rasa macam mimpi. Betul ke mamat ni? Dah buang tebiat ke dia?

Bersambung....

1 comment:

Anonymous said...

Sy suka cara penulisan kamu. Please don't stop.I can relate to most of ur story.Kisah kita hampir sama. Moga ada jalan keluar utk kita :')