Saturday, December 10, 2016

Pa'an Kahwin!

Masa terus berlalu, dan hari-hari aku bertambah sibuk belakangan ini. Memang aku agak stress. Biasanya bila aku stress, aku pergi bercuti. Tu je boleh buat aku lari sekejap daripada masalah.

Baru ni aku ajak je housemate aku join private party dan book hotel 5 bintang. Habiskan hujung minggu aku dan lupa sekejap masalah dan stress kerja.

Kebetulan, seminggu lepas tu Haris ajak ke kenduri kawan dia kat UKM. Kawan dia tu, aku kenal-kenal macam tu je. Kenal kat club. Aku bukan taknak pergi, tapi bajet aku dah lari sebab seminggu sebelum tu aku dah spend 1k untuk bercuti hujung minggu. So, aku beritahu Haris aku tak pasti lagi nak ikut ke tak. Lagipun dia plan nak balik isnin. Normally hari isnin aku sangat sibuk. Awal pagi dah kena prepare data untuk bos aku untuk dia attend top management meeting. Aku beritahu dia, isnin aku kerja. Lagipun Pa'an tak invite aku pun buat apa aku nak pergi? Dia jawab "Pa'an dah wakilkan aku lah ni nak jemput hang. Jom je la. Kalau balik hari pun takpe"

Hari jumaat, si Pa'an text aku;

"Salam, dah tau kan aku kahwin ahad ni? Haris takmau datang kalau hg tak ikut sekali. Sebab tu aku bgtau ni. Aku dah wakilkan dia dah haritu. Datang ye?"

Aku jawab "Insya'Allah kalau dorang plan nak balik ahad tu jugak aku boleh attend sebab isnin aku kerja dah"

So, aku pun text haris untuk kepastian;

"Kenapa takmau p kalau aku tak ikut? Kan Mad & John ada? P 3 org xleh ke?"

Dia tak reply. Dari pukul 7 malam aku text sampai pukul 11 malam. Aku dah fedup dah, sebab aku nak bagi kata putus nak pergi atau tak.

Then dia reply "Sapa plak cakap aku takmau p?"

"Pa'an cakap hg takmau p kalau aku tak p"

Pastu tak reply lagi. Aku masak, basuh baju & tengok tv tunggu je dia reply text. Then tak boleh tahan sangat aku hilang sabar

"Hg xpayah wasap aku dh la lain kali. Tanya satu bnda berjam jam nk reply. Reply plak mcm mau xmau. Ni last wasap aku dgn hg. Bye"

Tetiba dia reply

"Woi hg ni pasaipa? Aku ada kerja sikit tadi bukan saja tak reply. Ni baru balik keja. Sibuk sikit td bkn saja2 reply lambat! Pelik la hg nih."

"Aku memang pelik. Lagi lama hg kenal aku lagi banyak benda pelik hg nampak. So jgn kawan dgn aku la nanti tak pasal2 hg jd pelik jugak!"

Then dia send gambar kereta dia bumper pecah sebab masuk dalam lubang masa balik kerja. Macam-macam dia explain. Aku cakap;

"Aku taknak ambik tau la semua tu. Buat apa nak bgtau kereta tu jd apa? Kalau kereta aku rosak ke apa macam la hg amik tau"

"Lorhhh.."
"Wei jangan macam2 besok kita nak p KL dah ni. Jangan la nak keruhkan keadaan"

"Aku nk clearkn keadaan la yg aku tanya hg elok2 tu. Klu aku nk keruhkn keadaan aku buat xtau ja. La ni mmg keroh dh. P la nk p. Aku keja 24 jam ngn wasap ni. Mcm2 group aku nk update, nk coordinate ank buah nk update boss2 semua dlm ni. Ada ja masa nk reply msg hg. Time keja dok meeting pn dan lg reply. Tp bila tanya satu bnda tgk status dok online haram x reply xpanas ka. Mcm aku ni x wujud. La ni aku mmg bz aku mmg stress. Mmg bnda mcm ni pn blh tambah stress aku. Sbb aku jenih tepati masa tepati janji. Bila aku buang masa kt org yg x reti nk appreciate mmg aku bengang lah."

Then dia diam.. cuma hantar smiley sedih je.

Bangun pukul 8 pagi boss aku dah call.

"We have to go to the plant and make decision with QA. Based on Kawai San, we have to feedback to customer on cloudy issue by Sunday"

Tak cakap banyak aku terus start kereta then masuk office. Sempat lagi update status kat wechat "happy sungguh weekend ni sabtu pun kena kerja"

Tak lama lepas tu Haris pun komen

"Tengok la tu. Kena masuk sabtu rupanya tak pasai aku yg kena tempias semalam"

Aku tak reply apa-apa. Sampai je office masuk meeting room dari pukul 9 pagi sampai 7 malam. Siapkan data dan investigate quality issue je. Boss aku pun dah fed up dengan jepun sorang ni. Bos aku ingat, dalam pukul 12 dah boleh balik. Rupanya meeting drag sampai 7 malam.

"Jangan stress sangat. Malam ni kita p kl. Pukul 11 malam kami p amik kat rumah"

Aku tak reply pun text dari Haris. Dah balik kerja, aku mandi dan tengok TV.

"Hg jadi p kan malam ni?

"Balik isnin aku taknak!"

"Lah.. takpa nanti aku slow talk dengan Mad. Kalau dia okay lepas kenduri kita shoot balik Penang. Jadi p kan?"

Aku tak reply. Aku diam je. Bila dah lepas pukul 11 dan dia pun senyap je aku anggap dorang dah gerak lah kot. So aku tidur.

Jam 3 pagi, Haris call.

"Sayang bangun yang. Nak p rumah ni. Kat lif ni, tolong mai bukak pintu."

Aku terus ke walkway dan bukakan pintu. Rumah aku memang perlu guna access card untuk masuk ke walkway.

Bila masuk kerumah, dia terus masuk bilik aku dan pack kan baju aku. Dia cakap "p mandi dan bersiap. Mad dengan John dah tunggu kat bawah. Jangan lama-lama."

Dengan jiwa separuh sedar tu aku mandi, bersiap dan pakai sweater. Dia angkatkan beg masuk dalam trunk. Masuk je kereta aku teruskan perjalanan tidur aku. Sedar tak sedar dah kat RnR Sungai Buloh. Jam baru menunjukkan pukul 6.25 pagi. Jadinya, kitorang breakfast dan lepak-lepak situ sampai pukul 8 pagi. Dalam hati ni tuhan je tahu. Apa aku nak cakap dengan bos aku isnin ni? Skang aku dah kat sini dah. Susah hati ni tuhan je tahu.

Dalam perjalanan ke majlis resepsi kawan dia tu, dorang ni plan nak ambik hotel je. Dah.. lagi hati aku ni tak senang. Apa aku nak cakap dengan bos aku besok ni? Bos aku memang baik. Memang tak pernah marah pun kalau aku ambil cuti on the spot. Tapi aku tak nak letak bad impression. Sebab bos aku baik sangat la aku taknak dia kecewa dengan aku. Lagipun skang ni ada major quality issue.

Aku tak banyak cakap. Aku ikutkan je. Lepas balik kenduri terus shoot pergi PD. Sempat bermalam di PD. Ambil apartment di Corus Paradise Resort tempat yang dulunya masa degree classmate aku selalu bercuti. Rumah tu cuma ada 2 bilik. Satu bilik kecil dengan queen bed, satu bilik lagi bilik besar dengan 1 queen bed dan 1 single bed. John ambil single bed. Nak tak nak, aku dengan Haris satu katil.

Tak banyak pun activity kat resort tu, lagipun aku dan Haris tak bawa seluar mandi. Jangankan seluar mandi, seluar dalam pun dia bawa tak cukup. Malam tu dia tidur dengan aku bertowel je. Tapi aku rasa selesa sangat dengan badan dia yang panas tu.

Pukul 6 pagi aku dah bangun. Terus text bos aku beritahu aku tak boleh datang kerja. Ada personal matter. Bos aku okay je. Lagipun aku beritahu dia semua data yang dia nak aku dah delegate kat anak buah settlekan.

Pukul 12 tengah hari bertolak balik, sempat pulak singgah kat IKEA. Lepas makan dan shopping semua terus gerak balik Penang. Sepanjang perjalanan aku tidur atas riba Haris je. Aku tak kisah dah aku penat dan aku stress. Lantak lah dia suka ke tak. Pukul 11 malam baru sampai rumah.

Keesokan harinya aku sempat text Haris. Ajak dia pergi ikea lagi hujung bulan ni. Aku berkenan pulak dengan satu shelf tu, nak beli set meja makan dengan rak tv. Tapi tak jadi beli sebab memikirkan aku datang tumpang kereta orang. Susah kalau nak beli banyak banyak.

Nak dijadikan cerita, bila aku check bank account memang tinggal RM100 je. Mati lah aku. Overspent gila-gila bulan ni. So dari hari rabu haritu memang aku spend semua benda guna credit card je. Tunggu lah bill hujung bulan nanti.

Semalam aku saje je text Haris

"Aku nak RM50 nak isi minyak balik kampung. Aku takde duit dah ni! Hang punya pasal la ni aku overspent!"

"Okay mai amik"

Sebelum aku gerak balik kampung, singgah rumah dia dulu. Tunggu dalam kereta je.

"Cukup ke 50? Ke nak 100?" Sambil dia hulurkan aku 2 keping 50 ringgit. Dengan muka malu dan acah-acah comel aku ambik je.

"Hehe.. takmau balik kampung sekali?"

"Takleh balik. Isnin ni public holiday kena kerja weekend sebab kilang shut down. Cukup kot noh duit tu?"

"Cukup lah.. jom balik lu."

Sepanjang perjalanan balik kampung semalam aku senyum je sorang-sorang sambil drive.

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Dulu pernah contact tp ilang no.

Carl Dani said...

ala comelnya entry kali ni..kita pun tersenyum sorang-sorang bila baca..hehehehe

Mamat said...

oklah tu..baru overspent...mamat ni tiap2 bulan overspent...haih...
anyway, pergi bercuti dgn kengkawan..memang terbaik...