Thursday, November 24, 2016

Haris

Hi semua.. maaf lama tak update blog ni. Agak sibuk belakangan ni walaupun hodup aku ni tak lah sesibuk sangat pun. Mie baru je balik dari Melbourne atas urusan kerja. Aku dengan wife Mie memang dah plan lama nak travel ke Melbourne tu, tapi ended up Mie pergi dulu atas urusan kerja. Company dia payung semua. Opkos la we both jealous sikit. Tapi aku bukan nak cerita pasal Mie.

Haris...

Aku mungkin ada cerita sikit tentang haris ni dalam entry aku yang lepas. Tapi kali ni aku cerita lebih detail.

Aku kenal Haris ni sejak dibangku sekolah rendah lagi. Kami sekelas dan tiap petang aku akan kayuh basikal pergi bermain kat rumah dia. Memang kami rapat. Siap belajar isap rokok kat tepi tali air. Kami memang rapat. Sampai lah habis sekolah rendah dan masuk sekolah menengah. Di sekolah menengah dia ada kawan baru, dan aku pun ada kawan baru. So, memang kami jarang tegur dah. Lagipun aku kelas depan sikit, dia kelas belakang. Dia pulak kawan dengan budak-budak merokok. Aku kawan dengan budak-budak skema. Sampai habis sekolah menengah kami tak kawan. Jumpa tiap hari pun macam takde apa-apa. Just anggap aku kenal kau, kau kenal aku. Tu je.

Habis sekolah menengah aku sampai la aku habis degree kami tak pernah contact tak pernah tegur. Walaupun kat faceboon tu dah 'friend' sejak tahun 2010 kitorang tak pernah pun bertegur sapa.

Sampailah aku habis degree, broke up dengan Rahim dan mula hidup baru di Penang ni. Memang mula-mula aku kat Penang ni aku tak ramai kawan. Hujung minggu memang aku mereput je kat rumah. One day, ada sorang kawan ni dia buat whatsapp group sekolah rendah. Jadi, kitorang kerap la borak dalam tu. Kebetulan Haris ni pun kerja kat Penang dah lama dah dan tak jauh pun dengan rumah aku. Mula dari situ kami keluar lepak makan-makan dengan kawan-kawan yang lain. Entah macam mana dia mula rapat dengan aku, aku pun tak sedar.

Bermula dengan tengok wayang sekali dengan budak rumah sewa aku, lama kelamaan kitorang dah biasa keluar tengok wayang berdua je tiap jumaat malam sebab pakai credit card jumaat malam dapat buy 1 free 1. Semua movie baru keluar kitorang layan je. Lagipun dia memang baru putus tunang. Aku pulak baru cerai talak tiga. Memang both of us banyak spend time together. Kadang-kadang dia datang rumah layan movie sampai tertidur kat rumah aku.

Then, lama kelamaan aku rasa macam aku dah ada hati dengan dia. Aku cuba tak nak ada perasaan apa-apa dengan dia sebab aku tahu, dia straight dan tak akan sesekali sukai aku. Mana aku tak jatuh hati, dia pernah throw a birthday party untuk aku kat club. Kerap datang ambil aku kat rumah bawak aku jalan-jalan.

Aku pun pindah rumah berdekatan sikit dengan dia setahun lepas. Lagipun aku memang tak suka kejiranan rumah lama aku tu. Tak safe.

Memang aku banyak terasa hati dengan dia sebenarnya. Dia layan aku terlalu baik. Dah banyak kali aku merajuk dan dia pandai ambil hati aku. Dah banyak kali aku cuba menjauh tapi dia tetap makin rapat.

Kadang-kadang, aku menangis seorang diri. Kenapa Tuhan hadirkan dia untuk aku sekiranya hanya untuk menyakiti? Aku masih tak jumpa jawapan tu.

Bulan lepas aku memang cuba menjauh sejauh-jauhnya. Sebab aku dah tak tahan dengan perasaan yang aku rasa. Memang aku rasa rindu sangat-sangat tapi apa aku boleh buat? Bila text aku tak dilayan, aku rasa sakit hati. Walaupun aku sedar aku bukan siapa-siapa dalam hati dia, tapi setiap tindakan dia sangat menyakitkan. Aku diam. Aku tak layan sepatah text pun dari dia. Tapi, one day dia call. Ajak pergi tengok MotorGP. Entah macam mana aku setuju je. Berat hati nak tolak sebab dia dah belikan tiket.

Dua malam aku bermalam dengan dia di hotel. Aku tenung je dia tidur. Aku tak tahu kat mana aku sukakan dia. Tapi hati ni memang rasa sayang sangat.


Lepas balik dari Sepang, aku rasa lebih rindu bila dia tak text. Tapi bila aku text dia layan tak layan.

Then aku jauhkan diri lagi. Aku tak layan text dia ajak aku keluar. Banyak kali jugak dia text hampir tiap hari aku tak reply. Memang aku betul-betul cuba lupakan dia.

Minggu lepas, dia text lagi. Dia cakap dia ada hal nak cakap. Mintak sangat-sangat nak jumpa aku. So, aku iyakan saja. Jumpa di kedai makan sembang-sembang. Dia cakap ada minah cantik ni offer join bisnes. Tapi taknak cerita in detail bisnes apa yang nak dia join tu. Minah ni ajak dia pergi konvensyen kat Shah Alam sana. Jadinya, dia ajak aku la memandangkan aku tau sikit-sikit bab bisnes ni dan tau jalan area kl sana. Aku setuju je. Tapi last minit aku cancel sebab nampak macam MLM dah. Nak masuk konvensyen pulak kena bayar tiker seorang RM100. Memang aku cakap ini mengarut and forget it.

Dia ikutkan je. Tapi dia still text aku ajak jumpa minah tu sampai aku malas nak layan. Aku cakap "aku takmau dengar lagi bab bisnes mengarut ni. Kalau nak buat bisnes aku boleh guide. Tapi bukan MLM ni"

"Dah.. malam ni aku nak makan kat De Pauh Garden"

Dia balas "okay jugak tu, tolong amik aku sekali boleh kita dating. Lama tak dating dengan hg"

Semalam, bila aku bawak dia pergi makan, kami tak banyak bercakap. Diam je. Dari pukul 9 sampai la pukul 12 aku pun tak tau masa berlalu begitu pantas. Walaupun kami tak berborak tapi aku tak rasa bosan. Aku rasa senang. Sesekali aku curi-curi pandang wajah dia. Hilang rasa rindu aku. Sampai aku hantar dia balik pukul 12.30 kami tak cakap apa-apa pun. Sampai sekarang.

Kalau ikutkan, aku nak jauh dari dia.  Sebab aku tak nak menarih harapan. Sebab aku kenal rasa sakit dikecewakan.

3 comments:

Anonymous said...

Suka cara kau bercerita. Teruskan.

_silent reader_

Carl Dani said...

I feel you...perasaan susah kita nak jangka, tertiba je boleh tersuka atau tercinta pada seseorang tu kan...btw welcome back!..teruskan menulis.

Kamen Shinobi said...

Nak move on hati kena kental..jalan ke depan jangan toleh ke belakang..susah tapi itulaa hakikatnya.