Sunday, May 1, 2016

Dihimpit Sepi

Ada ketika, kita tak boleh lari dari rasa sunyi. Sunyi tu buatkan kita mengimbau kisah silam. Kisah yang tak mungkin kita mampu lupakan. Kita boleh menipu diri sendiri bahawa kita sudahpun melupakan, walhal segala yang terjadi masih segar diingatan. Dua tahun berlalu, umpama semua kisah ini hanya berakhir semalam. Mana mungkin aku lupa. Mana mungkin aku tidak bersedih dengan apa yang terjadi. Namun, semua yang berlaku tak mungkin berulang lagi. Aku akui, aku masih menunggu dia kembali. Walau aku tahu itu hanya mimpi dan tak mungkin akan berlaku. Kadang kala aku rasa aku terlalu bodoh, kerana mencintai seseorang yang sudah lama melupakan aku. Wajah dia masih terbayang di benak fikiran ketika aku kesunyian. Jauh mana pun aku melangkah, sidut mana pun aku berdiri wajah dia sentiasa aku bayangkan. Entahlah.. Aku tak tahu bagaimana nak mencari pengganti. Masih menunggu seseorang yang mampu buat aku lupakan dia sepenuhnya.

1 comment:

mr myabcdestories said...

Tom, email me myabcdestories@gmail.com, maybe we could exchange some thoughts. Your stories have taught me a lot. If I were in your place, I couldn't think how would I survive. But amazingly, you did passed through these obstacles. I didn't know you (hopefully we don't, in real life), but we might tell stories with each other, and let ourselves know that we are never alone.