Tuesday, April 19, 2016

Antara Jodoh & Matlamat

Hmm... Sudah terlalu lama rasanya aku tak menulis. Hari-hari aku terlalu sibuk untuk luangkan masa disini. Cuti umum selalunya aku pergi melancong. Melawat tempat asing, tenangkan fikiran, cari kenalan baru. Lately aku malas nak balik kampung, mak asek mintak aku pilih calon yang dia dah sediakan. Baru-baru ni, mak aku dah pergi merisik sorang Pensyarah di salah sebuah universiti awam di pantai timur. Aku tak tahu apa yang aku perlu katakan kpd budak tu. Tapi, aku berbual dengan dia dengan merendah diri aku beritahu aku belum bersedia. Aku perlukan masa dan aku belum mampu untuk terajui sebuah perkahwinan. Perbualan kami tamat disitu. Dia juga tak banyak soal, kerana dia pun kurang bersetuju dengan aturan keluarga.

Apa yang penting, aku lebih fokus kepada kerjaya dan matlamat hidup. Aku punyai impian untuk aku gapai. Impian untuk kelilingi dunia. Alhamdulillah, baru-baru ini bumi Filipina telahpun ditawan. Belum tahu mana destinasi seterusnya.

2 comments:

Carl Dani said...

welcome back..jangan lupa tulis blog k..

Anonymous said...

wah bestnye pegi filipina. hg pi manila kah? do you travel solo?