Sunday, August 23, 2015

Melalui Hari-hari Yang Sukar

Memang, sebelum ni aku sangka eloklah aku berhenti ber-blogging setelah aku membuat keputusan untuk berubah dan mulakan hidup baru. Yang penting, wajah Rahim tidak lagi aku ingat. Tetapi.. bila difikirkan balik, tak ada tempat yang lebih sesuai untuk aku luahkan apa yang terpendam selain disini. Hidup aku tak seperti PLU yang lain. Aku tak punyai sesiapa yang senasib aku untuk aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Semuanya aku pendam dalam hati sendirian. Tangisan aku tak siapa pun tahu. Orang sekeliling anggap aku periang, tak punyai apa-apa masalah. Padahal, dalam hati aku Tuhan saja yang tahu, apa yang aku pinta setiap kali aku sujud. 

hujung minggu lepas, memang aku banyak habiskan masa bersama Haris. Tak sempat aku menjenguk motosikal aku. Pagi isnin aku dah bersiap nak ke tempat kerja. Turun ke parking, motosikal aku dah tak ada. Allah.. dugaan apa lagi ni... Tapi aku seakan redha. Seperti tak ada apa yang berlaku. Dalam hati aku, memang aku anggap mungkin Tuhan nak tunjukkan aku sesuatu. Mungkin dia nak uji aku sesuatu setelah lama aku diberi kesenangan. Aku terus kejutkan housemate aku untuk ke balai polis untuk membuat laporan. Aku ada whatsapp Haris tapi tak berbalas. Tak apalah, mungkin dia sibuk bekerja. Lepas buat laporan, aku sarapan di Coffee Bean & Tea Leaf berdekatan Auto City. Sedang berborak dengan housemate aku, tiba-tiba Haris balas whatsapp. 

"Motor sapa kena curi? Motor hang ka?"

"Ya la. Sapa lagi"

"Tu la duk sebut nak beli baru sangat, kan dah kena curi. Dah buat report?"

"Dah.. Kat mana ada motor murah-murah? Nak beli la"

"Aku tak tau sangat bab motor ni.. try la survey tengok.."

"Okay"

Itu je  yang dia balas. Kadang aku rasa macam memang aku ni berharap sangat dengan dia. Lepas tu aku dah cuba jauhkan diri. Aku tak nak berharap lagi. Aku nak lupakan dia. Tapi, lagi aku menjauhi, lagi dia menghampiri. Hari Selasa dia text;

"P kerja tak hari ni? "

"Tak.."

"Kenapa tak pinjam motor sapa-sapa dulu?"

"Siapa yang pemurah hati sangat tu? Kot la hang nak aku pinjam motor hang" Saja aku nak test dia macam mana. Sebenarnya aku memang pergi kerja pakai motosikal housemate aku pun.

"Abih aku nak p kerja pakai apa?"

"Kereta kan ada"

"Eh, tak mau la aku p kerja naik kereta, bukan tak tau Penang ni dia punya jem macam mana"

"K. " balas aku

Sementara tu di twitter, memanglah tweet-tweet aku berbunga-bunga buat sedih segala bagai. Tiba-tiba si Mael reply;

"Hang suka kat sapa ni Tom?"

"Suka kat El lah, sapa lagi. "

Terus Mael senyap. Haha. Aku rasa puas hati game mamat ni. Suka sangat sibuk hal aku.

                                              ==========================

Hari Rabu, Haris text aku lagi..

"Jom club"

"Jalan kaki? Jawab aku. 

"Ajak la housemate" 

"Ajak la sendiri!" 

Mesej tak lagi berbalas. Aku padam semua chat history dia. Geram sangat. Aku punya la berharap dia concern sikit dengan aku ni, dia macam buat tak tahu je kan..

Hari khamis, aku ada join whatsapp group conversation kawan-kawan sekolah rendah dulu. Borak tentang movie terbaru Hitman. Aku ada beritahu dalam tu aku nak pergi tonton pada Jumaat malam. Haris tak join pun conversation pada malam tu. Selalunya dia yang buat riuh dalah group. Entah lah mungkin dia ada hal lain atau keluar dengan perempuan-perempuan lain aku tak tahu. 

Jumaat petang ketika aku sedang berkemas untuk balik rumah, dia text aku lagi.

"Nak tengok Hitman dengan sapa?"

"Tengok sorang la. Kenapa?" balas aku

"Saja la tanya. Pukul berapa?" Soal dia lagi

"Pukul 10."

"Lewat lagi takda ka? Mid night baru syokk. "

"Last movie pukul 10 la malam ni" jawab aku.

Nak cin aku lagi la tu, selalu cakap movie pukul 9 aku punya rushing balik kerja bersiap p ambik hang tapi movie pukul 12"

"Nak tipu buat apa? Betul lah pukul 10. Tak caya p tengok online booking last pukul berapa. Yang sibuk sangat ni ada aku ajak hang ka?" balas aku.

"Laa.. tak mau aku teman ka? Kan pakai citibank tiket dapat free satu. Rugi membazir. Hehe" 

Jawapan dia tu pun buat aku terfikir. Dia ni memang nak tengok wayang dengan aku atau memang nak ambil kesempatan? Kalau diikukan memang aku tak kan pergi tengok pun kalau sorang-sorang. 

"Pukul 10. Jangan lambat!" balas aku.

Lepas balik kerja, aku terus singgah TGV untuk beli tiket. Sempat lagi dia text aku, 

"Kalau nak bawak marka boleh?
 Em.. kalau bawak nak kena payung pulak
 Tak yah la noh.."

Aku tak balas pun text dia. Apa dia ingat beli satu percuma dua? 

Aku pulang ke rumah, berehat sambil tengok TV. Sesekali aku buka whatsapp tengok last seen Haris 5.43 pm. 

"Dia ni tidur ke apa? Ni dah pukul 8.30 dah ni.." detik hati aku

Lalu aku hantar text;

"Yunk.. bangun yunk.. dah 8.30 ni. Nak tengok wayang ke tak ni?"

Dia tak reply. Aku biarkan saja, sambil asyik menonton movie di HBO. 

Jam 9.30 dia terus call aku. 

"Weh.. aku tertidur tadi.. ni aku nak mandi nak gerak dah ni. Tunggu tau."

"Ya la. Take your time" jawab aku.

Banyak whatsapp dari dia. Lepas satu satu location yang dia hantar. Lepas dia sampai, memang dia macam menggelabah. 

"Yang kalut sangat ni nak p mana?"

"Cerita dah nak start ni.. tak dan la satgi nak beli popcorn lagi" Jawab dia

"Takpa la. Rilek dah la. Takyah la bawak kereta macam ribut." Aku sedikit meninggikan suara.

Dia hanya diam dan terus memandu. 

"Wayang pukul 11 la. Tau dah hang ni kalau aku cakap on time mesti lewat punya." Aku ketawa kecil.

"Aku tak makan lagi ni tau dak, lapar sangat ni. Bangun terus bersiap. Hang la ni tak kejutkan aku" Haris mengeluh.

"Okay okay. Aku jugak salah kan. Makan popcorn ja japgi" Jawab aku.

Kami sampai di panggung wayang lebih awal. Sambil duduk-duduk di ruang menunggu, dia rapatkan badan dekat dengan aku. Aku rasa selesa sangat. Nak je pegang tangan mamat ni. 

"Lambatnya. Bila nak start movie ni!?" Haris merungut.

"Tu la, orang suruh bawak rilek-rilek tak mau. Sampai awal pulak ni" 

Dia bangun dan terus ke kaunter popcorn. Dia berikan popcorn saiz besar untuk aku pegang. Dia pegang air. Sepanjang menonton wayang, aku rasa macam dia sengaja pegang-egang tangan aku masa nak ambil popcorn. Aku suruh pegang sebab aku taknak makan. Dia nak aku jugak yang pegang. Aku buat macam biasa. Tapi filem Hitman memang best. Tak membosankan.

Habis tonton wayang, kami singgah makan di mamak dan dia hantar aku pulang.. Sampai di rumah aku rasa sunyi sangat. Entah, rasa sunyi tu tiba-tiba datang. Housemate aku sedang terbaring atas sofa depan tv. Potong betul, baru ingat nak layan tv.  Aku terus masuk ke bilik dan terus tidur. Keesokan harinya, aku pergi ambil motor yang baru dibeli. Housemate aku yang bawak aku. Ada aku text Haris, katanya dia kerja half-day hari sabtu. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh send whatsapp kepada dia.

"Dah balik keje ke yunk?" Ayat gedik tahap dewa lagi aku text dia.

"Belum. Pukul 4 baru balik. Nak ambik motor ke? Jom aku bawak, tapi tunggu aku habis kerja dulu"

Aku tak balas. Aku biar saja mesej terhenti disitu. Aku memang dah tipu dia banyak pun. Aku beritahu dia haritu aku nak pergi ambil motosikal aku hari Ahad sebab Sabtu housemate aku kerja. Tapi housemate aku balik awal. Sempat la pergi ambil. Sebelum ni dia cakap kalau nak ambil hari Sabtu dia boleh tolong bawak aku. Dia reply text aku pun, aku dah nak gerak dengan housemate aku dah pun.

Balik rumah, aku tonton tv dan layan perasaan sunyi aku. Housemate aku dah gerak balik kampung. Tuhan saja yang tahu bertapa bosan hujung minggu aku di rumah. Entah macam mana aku boleh text dia lagi.

"Mai sini. Bosan" 

"Malam ni ada function dekat club." balas dia.

"K. Tekpe la camtu" jawab aku.

"Nak p dak?" Tanya dia lagi.

"Takda transport laa!!!" Sengaja aku tipu dia lagi. Aku memang malas nak masuk club.

Kali terakhir aku jejak kaki ke club pada tahun 2008. Aku dah tinggal dah zaman gelap aku dulu. Kalau boleh memang aku tak nak dekat lagi dengan tempat macam tu. Banyak kenangan silam aku di tempat macam tu. 

"Kalau nak p aku nak p ambil hang kat rumah" balas dia lagi.

Aku hanya membisu. Aku tak balas apa-apa. Aku sendiri tak pasti. Patut ke aku pergi tempat macam tu? Tiba-tiba dapat mesej dari Mael;

"Oi"

"Waalaikummussalam Mael. "

"Buat pa?"

"Layan perasaan ni. Rindu mael cangat-cangat" jawab aku dengan menggedik.

"Jom AEON" Ajak Mael.

Tanpa banyak soal, aku terus setuju je. Memang aku bosan sangat-sangat.

"Jom" balas aku.

"Siap! Now! Aku p amik hang." Balas Mael lagi.

"Dah."

"Okay. otw"

Aku keluar dengan Mael dengan naiki motosikal dia. Wah. Ini memang mengimbau zaman aku dulu-dulu dengan Rahim. Pergi dating pakai motosikal. Puas shopping dengan si Mael. Dia yang nak shopping, aku pula yang ter-shopping sekali. Lepas shopping Mael ajak pergi makan. 

"Lapar dah ni. Jom makan. Makan tempat murah-murah. Aku tak banyak duit" 

"Tempat ni semua mahal. Secret Recipe nak?" Tanya aku.

"Ish, mahal la tu! Makan kat luar la, kedai tepi jalan"

"Okay kalau macam tu, kita p Auto City" 

"Pandai la hang! Auto City tu lagi la mahal. Mana ada kedai Melayu murah-murah"

"Okay, Perda la. Boleh makan chow kuey teow" 

Kami terus ke perda. Sambil borak-borak dengan Mael, Haris mesej lagi.

"Weyy.. Tak reply!"

"Ada kat Perda ni syg. Nak apa?" balas aku sambil send location kepada dia.

"Dengan sapa?" Soal dia lagi.

"Sorang la. Sapa lagi." Jawab aku.

"Naik apa?" 

Alamak. Kantoi. Aku lupa yang aku belum beritahu dia yang aku dah ambil motosikal.

"Alamak,
Kantoi. 
Ngan kawan. Mai la. Hehe"

"Haha. Join the club dak?" Tanya dia lagi.

"Tak pakai lawa pun ni." Jawab aku.

"Tak payah nak elok sangat. "

"Seluar trek ni syg, dengan selipar. " Jawab aku lagi.

"Balik tukar. Lagipun memang nak p pukul 1."

"Oke. Satg U p amek I"

Sampai je rumah, aku terus tukar baju. Nasib baik tadi ada beli baju. Terus pakai. Aku kenakan baju t-shirt hitam dengan skinny jeans Topman. Kasut pula hanya kasut casual Topman. Puas aku pusing-pusing depan cermin. Macam nak keluar pergi Prom Night pulak. Aku kenakan wangian Dior Homme. Wangian yang aku paling jarang pakai sebab bau limau nipis. Sesuai la untuk pergi ke party macam tu, sebab dalam tu nanti dah tentu bau air kencing setan dan asap rokok yang berkepul-kepul. Aku tak banyak cakap, aku cuma ikut. Dia bawa kawan-kawan dari tempat kerja. Mereka memang mudah bergaul. 

Sepanjang dalam club aku cuma duduk dan perhatikan gelagat orang. Dah tua nak mampos pun menari tak ingat dunia. Ada cabutan bertuah dengan nombor resit malam tu. Aku duduk diam sebelah Haris. Sampai jam 3.00 pagi, dia tarik tangan aku dan ajak aku menari. Aku jadi blur entah macam mana aku nak menari lama sangat dah tinggal benda macam ni. Haris rapat dengan aku mengajak aku ikut rentak dia. Aku ikutkan saja. Lama-lama dah jadi lebih-lebih pula. Penat. Aku lari keluar. Sambil duduk di luar, Haris hatar whatsapp

"Selamat Hari Jadi."

Aku tak balas. Aku hanya termenung di luar ambil udara segar. Peluh masih membasahi tubuh. Aku tak sangka dia ajak aku rupanya untuk sambut hari jadi aku. 

Lepas azan subuh dia hantar aku pulang. Kami tak banyak berbual. Aku pun dah mengantuk sangat. Lepas solat subuh aku terus tidur.

Hari ni, dia dah tak text aku lagi dah. Entah. Aku pun malas fikir. Aku tahu dia hanya anggap aku sekadar teman berhibur. Tapi, kenapa setiap tindak tanduk dia hati aku terasa? Aku nak sangat jauhkan diri, tapi semakin aku jauhkan diri dia semakin hampir. Aku cuma harap Tuhan buang perasaan ini. Perasaan yang hanya menyakitkan. Aku tak mampu buang perasaan ini. Kadang kala aku cuba untuk membenci. Setiap solat aku, aku hanya pinta Tuhan buang perasaan ini jauh-jauh. Menyukai seseorang yang tak mungkin kita miliki adalah sesuatu yang paling menyakitkan. 

4 comments:

Mr. White said...

hi hopefully saudara ceria2 selalu k, klu ade masalah sharelah, saya sudi mendengarnya x mau sedih2 tau hidup kene ceria je k ~ hopefully si haris tu x lukakan u mcm mn si rahim tu buat.. tgk gaya mcm lebih kurang je huhu

CroniXsouL said...

Terima kasih. Blog ni saja tempat saya luahkan apa yang terpendam..

lelaki seksi said...

hai!..Jangan terlalu mudah untuk jatuh cinta sebabnya takut cinta bertepuk sebelah tangan.Semoga sentiasa ceria dan gembira selalu..

Anonymous said...

Salam sejahtera ke atas kamu semua, teringin nak kenal kamu, just add my wechat hidename-com. Saya nak kongsikan sesuatu tentang masalah diri yang orang normal takkan faham. Sy takut ini akan jadi cemuhan org, sampai bila sy xde solution kalau sy berdiam diri. Jangan risau sy bkn pengguna nafsu seraqah' just perasaan nih masih xdpt diperbetulkan.. tQ info dr blog anda.. moga kita semua kembali ke jln yg benar