Thursday, April 23, 2015

Tamat

Alhamdulillah.. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi aku kesempatan dan jalan yang lebih diredhai. Aku mungkin berhenti menulis. Aku rasa, tak ada apa-apa lagi untuk ditulis di ruangan ini. Dunia songsang aku sudah berakhir. Aku tak lagi inginkan sesiapaun untuk hadir dalam hidup aku. Semuanya hanya untuk melukakan.

Aku cuba berbaik dengan Rahim, pernah sekali aku menegurnya di Whatsapp dan aku ajak dia berjumpa dengan ikhlas. Niat aku hanya satu, iaitu untuk mencuba sedaya aku untuk memaafkan dia. Tapi, dia menolak dan aku sudahpun putuskan untuk tidak memaafkan dia sepanjang hayat aku. Peluang yang aku berikan sepanjang 10 bulan ini sudahpun ditutup rapat. Bodoh ya aku cuba berbaik dan memaafkan seseorang yang telah hancurkan hati dan perasaan aku. Biar dia dengan hidupnya yang tak seberapa. Aku tak lagi ambil kisah. 

Apa yang Allah berikan aku selepas ketiadaan dia lebih hebat daripada apa yang aku idamlam selama ini. Kerjaya yang stabil, kewangan yang mantap, tidur beralaskan katil dan tilam empuk, kelengkapan rumah yang lengkap. Apa lagi yang aku mahukan? Sedangkan aku mampu hidup sendirian dengan perbelanjaan sendiri dan tak perlukan pertolongan sesiapa pun selain Tuhanku. 

Aku rasa hidup lebih bermakna. Akhirnya aku jumpa tujuan hidup. Kareer aku adalah segalanya bagi aku. Aku dihormati dan disegani di tempat kerja. Aku mampu belanja sepenuhnya kawan-kawan yang datang ke rumah aku untuk bercuti. Aku tak pernah rasa se-complete ini. Aku cuma berdoa supaya apa yang Allah berikan kepada aku ini tak digunakan ke jalan yang salah. 

Dan kisah hidup aku, sudah berakhir. Hati aku sudah mati. Aku tak punya perasaan kepada sesiapa pun. Biar ia begitu, asalkan toada sesiapa pun cuba menyakiti.

Terima kasih pembaca semua. Blog ini berakhir di sini.


6 comments:

lelaki seksi said...

Selamat menempuhi kehidupan yang baru dengan tenang dan semoga kita dapat besua lagi di masa akan datang.

Plu Versatile said...

Semoga berjaya.
Taman satu lagi blog yg aku selalu baca.

Herr Reisenden said...

glad to hear that..

semoga lebih bahagia.. dsmping kebhagiaan tu, doakn aku,dia dn mereka.

^_^

Nov Collins said...

Semoga berjaya menempuhi fasa kehidupan baru. Mohon aku, blog ini tetap disini tanpa di padam, supaya suatu masa nanti ia akan menjadi iktibar buat golongan sejenis yg lain.

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan kamu. yang pasti setiap kesabaran akan ada ganjaran dari-Nya.

mR heArt said...

hi... aku ingin mencari kawan.. mungkin dari kalangan gay.. or PLU yg sebaris dengannya... aku dulu ader awex... tapi aku rasa nak cari seseorang yang sudi berkongsi hidup dengan aku ... aku pmpn aka tomboy.... aku suka nk kawan ngan kau... if kau sudi.. boleh email kat aku...
aku sedia jadi kawan kau... sebab aku rasa nak berubah.. tapi aku tahu org biasa tak mungkin akan terima golongan mcm aku ni...
ni email aku... duniaa.kita@gmail.com ok aku tunggu...