Thursday, March 12, 2015

Hidup di Puncak

Maaf aku tak sempat update blog ni dari masa ke semasa. Mingkin sebab aku dah tak rasa sunyi seperti sebelum ni. Lagipun, aku rasa lebih baik cerita aku dan Rahim dilupakan untuk selamanya. Tak perlu lagi dikenang hal yang lepas. Jadi, cerita aku akan bergantung dekat situ saja. Nak tahu lebih detail sila hubungi aku ya?

Hidup aku dah mula stabil, dah tak sunyi seperti sebelum ni.Hari-hari yang aku lalui sentiasa berteman dan sentiasa penuh dengan aktiviti. Mie dah pun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah, aku sempat raikan Mie di hari paling istimewa dalam hidup dia.

"Weh! Jadi tau Khamis ni teman aku!" Text dari mie

"Insya'Allah.. kalau ada transport aku p okay? Tak janji tau.." balas aku

"Kalau takda transport cakap awal-awal aku p ambik!"

Aku sebenarnya rasa tak sedap sangat bila Mie buat macam tu. Memang selama ni aku akan ada di samping dia setiap kali ada event besar dalam hidup dia. Seingat aku, sejak di universiti, majlis graduasi dia, interview dia semua aku yang temankan. Dia memang lebih selesa aku temani dia dalam setiap event besar hidupnya. katanya, aku pandai hilangkan rasa gugup yang dia tanggung. Entah lah...

Hari persandingan dia, aku tak ada transport. Kereta kakak aku pakai, motosikal pula aku tinggal di Penang. Jarak rumah Mie dengan rumah aku agak jauh.. memang jauh. Dalam sejam setengah perjalanan.

"Aku maybe tak jadi teman hg la Mie. Takda transport ni" text aku.

"Small matter. Aku suruh Naim ambik hang nanti" Balas Mie

Oleh sebab dia memang bersungguh nak aku hadir, aku minta kakak aku hantarkan aku ke rumah Mie. Jam 11 pagi ku dah sampai di rumah dia. Baru bersalaman, dia dah tarik aku masuk dalam bilik.

"Weh, macam mana? Okay tak baju aku? Rambut aku macam mana? Okay tak?" Soal Mie

"Hensem dah Mie, hang ni pakai apa pun dah hensem.."

"Mana ada.. Tolong waxkan rambut aku ni. Serabut la.."

Sesungguhnya, kali ni aku rasa dia memang manja lebih-lebih dengan aku. Aku sendiri rasa pelik dengan sikap dia. Semua nak aku yang buatkan. Family dia semua dah tunggi di ruang tamu, sambil berborak dengan family aku. Hanya kami berdua di dalam bilik. Pintu dikunci rapat. Memang aku rasa sedikit sebak dalam keadaan sebegini. Dalam hati aku terdetik, inilah kali terakhir aku ambil berat terhadap dia. hari ni hari terakhir dia bermanja dengan aku. jadi, aku mesti pastikan dia happy sepanjang hari ni. Aku belai rambut dia dengan penuh kasih sayang.

"Hangg reti ikat Tie kan? Nah.. ikat sat. Hehe"

Lepas satu-satu disuruh. Ini bukan kali pertama aku ikatkan dia necktie. Memang sejak di universiti lagi dia selalu minta aku ikatkan necktie. Dia memang tak reti, atau saja buat-buat tak reti aku pun tak tahu. Sama juga setiap kali dia nak pergi interview.

"Macam mana ni? Aku okay ke tak ni?"

"Dah okay la Mie. Dah.. Jom.. Mak pun dah panggil kat luar tu"

Aku naiki kereta bersama Mie, dan dipandu oleh Naim kawan yang agak rapat dengan Mie. Sekarang, entah macam mana aku dan Naim pun dah mula rapat. Kami sampai ke majlis resepsi dalam pukul 1.30 petang. Memang cantik. Semua dihias ala Inggeris berkonsepkan kontemporari. Penat aku tunggu majlis dia berlangsung. Majlis berakhir jam 6 petang.

Selepas hantar Fara - isteri Mie ke rumah, Mie terus bawa aku makan malam. Banyak benda yang kami borak malam tu sampai terlupa yang Mie baru saja lepas majlis persandingan di siang hari tadi. Selepas jam 12, Mie terus hantar aku pulang ke rumah.

Pada Ahad berikutnya pula majlis resepsi di rumah Mie. Aku hanya datang makan, jumpa kawan-kawan sekelas semasa diploma dan pulang. Yelah, datang dengan family susah nak tunggu lama-lama.

"Haa.. hang bila lagi? Mie dah lepas dah" Soal Ayah Mie

"Ala.. saya lambat lagi Abah, calon takda duit takda semua takda ni"

"Jangan lambat sangat, nanti dah tua.." Katanya

Memang aku dah panggil ibu bapa Mie dengan panggilan "Mak" dan "Abah" sejak kami di universiti lagi dan aku dah tak janggal lagi dah dengan panggilan tu. Memang aku rasa telinga ni macam nak bernanah asyik disoal soalan yang sama di majlis persandingan Mie. Kalaulah aku straight, dah lama aku kahwin agaknya.

Mie dan isteri buat keputusan untuk pergi honeymoon bersama aku di Bali pada 29 May nanti. Memang aku tak pernah terbayang pun sampai honeymoon pun Mie nak ajak aku. Aku ikutkan saja. Sekarang pun, Mie selalu text aku setiap malam berborak mengenai plan melancong kami ke Bali kelak.

==============

Keadaan di tempat kerja semuanya terkawal. aku lebih selesa bekerja di tempat baru. Dah dapat ramai kawan. Di pempat baru ni, aku dihormati. Tak seperti tempat kerja lama. Mungkin sebab aku yang handle paling ramai subordinates, dalam lingkungan 200 orang di bawah naungan aku.

Kerjanya agak mencabar, aku harus pastikan setiap operasi berjalan tanpa masalah dan pastikan semua pekerja bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan (compliance). Kadang-kadang aku rasa macam aku dah kembali ke zaman universiti. Bezanya sekarang kerja aku ala-ala pensyarah. Banyak buat training untuk subordinates, dan aku akan selalu berjalan di production line untuk pantau semua juruteknik. Kadang-kadang aku rasa agak kelakar. Aku boleh bayangkan aku ditempat mereka. Bila engineer datang, yang berborak, yang kehulu kehilir, yang duduk, semua pura-pura buat kerja masing-masing. Macam lah aku tak nampak. Hahaha.

Apa yang kurang menyenangkan aku di tempat kerja baru ni cuma staff bawah aku semua segan nak berborak dengan aku. Macam ada gap antara kami. Kadang-kadang, aku masuk smoking room je semua keluar. Dalam ramai-ramai anak buah aku, hanya 2 orang saja yang rapat dengan aku. Seorang lelaki, seorang perempuan. Kedua-dua mereka dari shift 2, dalam line yang sama dan kedua-dua mereka ketua juruteknik. Yang perempuan memang semua orang tahu dia tak minat perempuan. Selalu time rehat dia akan text aku ajak smoking sama-sama. Yang lelaki ni pulak, sebaya dengan aku dia memang agak popular di kalangan juruteknik sebab kepala gila dan tak tahu malu. Even managing director pun kenal dia.

Biasanya, setiap pagi dan petang mereka akan bentangkan performance di line pada hari tersebut. Hari pertama aku masuk mesyuarat operasi, budak lelaki ni selalu tersengih-sengih dekat aku. Semacam pula aku rasa. 4 minggu lalu, dia ada buat case. Dicekiknya minah indon. Puncanya dari melawak suka-suka sampai bertekak. Lepas bertekak dia baran dicekiknya minah tu. Si minah indon ni pulak pergi report HR. Tiba-tiba dapat email staff aku buat hal. Malu aku dibuatnya. Aku terpaksa issue final-warning letter atas saranan manager aku.

Selepas meeting, kami putuskan budak lelaki ni akan diturunkan pangkat jadi juruteknik biasa dan diletakkan di team lain. Tapi entah kenapa sampai sekarang pun kami masih text. Tiap malam dia kacau aku di whatsapp. Yelah, kalau di tempat kerja kami tak boleh lepak sama-sama sebab berlainan pangkat. Nanti  orang bawa mulut cakap dia kaki bodek pulak. Sampai satu ketika aku rasa macam aku ada simpan perasaan dekat dia. Tapi aku tak ambil serious pun. Aku tetap anggap dia subordinates aku dan tak lebih dari tu. Apa sekali pun aku mesti jaga jarak. Dia mesti panggil aku "Encik" dan aku mesti bahasakan dia sebagai "kamu". Tapi.. kadang-kadang datang perasaan tu macam kali mula-mula aku kenali Rahim. 

Memang aku dah jumpa tempat aku untuk teruskan hidup. Memang aku suka sangat tempat kerja baru ni. Walaupun tanggung jawab lebih besar, tapi bagi aku inilah cabaran yang harus aku tempuh untuk teruskan hidup. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu cemburu lagi dengan mereka yang bekerja di sektor awam dengan benefit yang lumayan. Baru aku tahu ada juga syarikat swasta yang boleh berikan benefit lebih baik daripada sektor awam. Syukur.






1 comment:

Herr Reisenden said...

alhamdulillah...sekurang2 nya kau dh sedar dan kini berada di tempat yg lebih baik dr sebelumnya..

keep strong and keep smile..

in sha Allah segalanya dprmudahkn..

amiinn