Monday, February 2, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 5



Episod 5

Aku Dipersalahkan

Nota : Aku tak minta untuk korang percaya semua cerita aku ni, tapi apa yang aku coretkan dalam blog ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Jika nampak tak logik atau mustahil, jangan percaya. Anggap saja ianya sekadar fun reading. Korang baca novel pun sah-sah fantasy.

“Nak pergi mana lepas ni?” Tanya Rahim.

“Aku taknak balik malam ni. Aku memang takde mood nak balik, aku nak lepak-lepak sorang-sorang.” Aku memang masih tak dapat terima apa yang berlaku. Aku rasa malu, jijik, hina. Sedangkan masa lampau aku bersama ex aku dahulu sudahpun aku buang jauh-jauh. Sedangkan aku sedang berusaha berubah untuk menjadi lelaki sejati. Apa yang berlaku membuatkan aku teringat kembali kisah silam aku yang jijik. Kalaulah Mie tahu...

“Aku ikut kau la. Aku pun kalau boleh taknak balik jugak” Rahim buat keputusan untuk bersama aku. Aku naiki kereta bersama Zana dan Alif untuk ambil motosikal aku yang diletakkan di rumah Zana. Aku dan Rahim pusing-pusing sekitar Ayer Keroh. Tak tahu mana nak tuju. Seterusnya, aku bawa Rahim ke sebuah restoran mamak yang Mie selalu bawa aku. Kalau aku makan di situ, selalu aku teringat kepada Mie. Lalu, aku pesan makanan begitu juga Rahim. Memang menjelang tengah malam dengan suasana yang sejuk buatkan perut aku lapar.

Nasi goreng yang dipesan sudahpun siap di atas meja. Aku hanya mampu termenung. Jauh aku termenung. Aku makan sesuap dua tapi perut aku seakan tak mampu menghadam. Selebihnya aku hanya biarkan di atas meja. Begitu juga Rahim. Tak ada selera langsung. Panjang perbualan kami pada malam itu. Macam-macam perkara yang dibualkan. Handphone Rahim asyik berdering. Aku lihat, nama Ed terpampang di skrin. Panggilan dari Ed hanya dibiarkan. Tak lama kemudian, handphone aku pula berbunyi.

“Tom kat mana? Kenapa tak balik lagi ni?”

SMS dari Syed buat aku rasa pelik. Jarang Syed SMS untuk bertanya keadaan aku.

“Aku kat luar ni, aku takde mood la nak balik. Malu sial kawan kau mengaku gay depan orang ramai, dengan aku sekali orang pandang lain macam” Aku membalas.

“Kalau ye pun balik la. Balik rumah kita cerita panjang. Aku dengan Aimi kan ade. Ayiem ade dengan kau tak?” Pujuk Syed

“Takpe lah weh, nanti aku dah rasa tenang aku balik la. Dye takde dengan aku. Apehal pulak?” Aku terpaksa menipu. Mungkin ini muslihat Ed. Lebih baik aku berhati-hati.

“Balik la Tom, aku risau ni dah tengah malam jadi pape dekat ko mcm mana? Ayiem pun keluar tak balik2 ingatkan dgn ko. Ed dengan budak2 ni dah keluar cari korang”  

SMS dari Syed aku biarkan tak berbalas. Aku buntu, mengantuk, penat. Bila dengan Rahim aku rasa tenang. Tak ada siapa pun ganggu.

“Ayiem, dah pukul 2 lebih dah ni, aku tak solat Isyak lagi. Jom pergi masjid” Ajak aku.

Aku memang risau kalau-kalau Ed terjumpa kami. Sebab itulah aku mengajak Rahim ubah tempat. Lagipun aku memang belum solat. Ada juga terlintas di hati, mungkin solat aku tak begitu sempurna sebab itulah Allah berikan aku dugaan sebegini.

“Kau imamkan lah.. Aku tak pandai jadi imam” Aku minta Rahim imamkan. 

Sememangnya, aku sendiri rasa diri aku tak begitu sempurna untuk imamkan seseorang. Kisah silam aku di dunia PLU memang buatkan aku rendah diri dan malu dengan Tuhan. Aku tak tahu sama ada solat aku selama ini diterima atau tidak. Tapi, sebolehnya aku berusaha tidak meninggalkan tiang agama.

Tanpa banyak soal, Rahim imamkan aku. Aku rasakan tenang yang teramat. Dalam malam yang sunyi, masjid yang bergelap, angin yang dingin, semuanya indah. Jauh di sudut pintu utama masjid aku terlihat pegawai keselamatan sedang nyenyak tidur di atas kerusi.

Selesai solat, kami bergerak ke motosikal masing-masing. Sememangnya kami sudah buntu tak tahu mana lagi nak pergi. Kami duduk dan berbual-bual. Setengah jam kemudian, aku nampak 3 buah motosikal masuk ke perkarangan masjid.

“Ed!” Ujar Rahim.

Aku hanya terdiam membisu. Rudi terus meluru ke arah kami. Berlagak seakan samseng kampung dusun.

“Apa kau buat dekat Ed?” Rudy bertanya kepada Rahim.

“Aku buat ape?” Rahim seakan tidak tahu menahu.

“Yang kau pukul Ed tadi sampai berdarah kenapa? Kau tahu tak Ed tu kawan baik kau Ayiem?” Rudi mula memarahi Rahim.

“Kau tak tahu pape Rudy. Ed halang aku keluar. Apa hak dia nak halang aku?” Rahim menjawab.

“Sekarang ni kau dah pukul ed sampai berdarah. Aku memang tak puas hati sekarang ni. Kenapa kitorang call korang tak jawab? Sampai Bandar kami cari korang!” Rudy mula membebel. Hati aku pun makin lama makin panas rasanya.

“Weh Rudy, yang kau sibuk nak masuk campur hal kitorang ni kenapa? Takde kena mengena dengan kau pun kan? Yang sibuk sangat pehal? “ Aku mula bersuara.

“Kau diam Tom! Kau nak mampos dengan aku ke apa?” Rudy mula naik angin.

“Kalau kau nak tengok sape mampos kau try la!” Aku tinggikan suara.

Rudy datang meluru kearah aku. Memang kami berdua dah bersedia nak bergaduh. Sempat rudi naikkan kaki ke dada aku ditendang hingga aku jatuh tersungkur. Tak sempat aku bangun untuk melawan, Ivan peluk erat aku hingga tak boleh bergerak.

“Sabar weh depan masjid ni hormat la sikit!” Ujar Ivan. Aku mula sebak dalam hati. Malunya aku. Ivan seorang kristian tapi masih ingatkan aku supaya hormat ketika di kawasan masjid. Rahim dan Ed peluk Rudy kuat-kuat. Rudy nampak masih marah. Masih simpan perasaan tak berpuas hati. Aku terangkan apa yang berlaku sejak awal malam tadi. Semuanya bersurai. 

Rahim disuruh naiki motosikal bersama Ed supaya tak terlepas lagi. Aku hanya ekori mereka dari belakang. Setelah mereka masuk ke lorong memasuki kolej, aku teruskan perjalanan aku. Aku terus pergi ke Dataran MBMB. Aku duduk sendirian dan menangis. Apa salah aku? Kenapa aku yang disalahkan dalam setiap hal Rahim dan Ed? Kenapa aku?? Satu persoalan aku sendii pun tak mampu menjawab. Kalaulah Mie tahu. Tapi bagaimana aku harus ceritakan semuanya kepada Mie? Sedangkan Mie awal-awal sarankan aku jauhkan diri dari mereka. Padahal, lagi aku menjauhi selagi mereka menghampiri.

Puas aku menangis. Sudah lama aku tak menangis sepuas itu. Jam penunjukkan pukul 4 pagi. Aku singgah di kedai mamak dan memesan Milo o Ais pekat. Kata orang, kalau rasa sedih dan nak tenangkan hati minum coklat. Setengah jam aku berada di kedai mamak baru aku beredar pulang ke kolej. Suasana sunyi sepi. Syed dan Aimi sudahpun dibuai mimpi. Aku terus tidur dan aku buat keputusan tidak akan berkawan dengan mereka lagi.


Bersambung...

1 comment:

eaj said...

baru saja terjumpa blog ini... simple dan menarik... kuddos...