Friday, February 6, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 6



Episod 6

“Aku Bebas”

“Mie!! Nak balikk!! Takmau duduk sini!!” SMS aku ditujukan kepada Mie.

“Awat pulak? Ada masalah ke weh?”

“Memang masalah! Haritu aku cerita pasal dua budak gay yang involve aku dalam hal depa tu la! Semalam gaduh besar semua orang tuduh aku punca! Budak tu mintak tolong aku ambik dia kat MC, pastu aku pulak kena tuduh suka dekat dia pastu malam tadi aku kena penyepak free ja! :’(“

“Tunggu! Aku call.. cerita kat aku..”

Mie terus hubungi aku. Memang dia marah, sebab dia tahu aku memang tak pernah buat hal dengan orang. Aku tak pernah dengar Mie bertutur dalam gaya percakapan yang kasar seperti ini.

“Sapa pulak terajang hang ni? Teruk ke?  Berani betoi depa mai cari pasai dengan kita!  Apa masalah depa tu? Cerita dekat aku!” Belum aku buka mulut, dia dah tanya soalan bertalu-talu.

“Mie.. nak balik la. Semua orang kat sini perangai pelik-pelik depa semua tak suka aku. Tu la aku cakap kalau takda hang memang macam-macam la masalah datang.”

“Nak aku p sana tak weekend ni? Tapi cerita la dulu apa jadi..”

Aku terus ceritakan apa yang berlaku dari awal. Aku ceritakan semuanya yang bermula sejak lawatan aku ke Penang bersama mereka. Mie tak terkata. Memang masalah ini nampak sangat rumit. Dia sendiri tak tahu apa patut aku lakukan.

“Takpa la, lepas ni tak payah la kawan dengan depa. Aku kan ada, nak sunyi apa? Kalau sunyi SMS la. aku” Mie mula memujuk. Aku tahu dia sekadar ingin tenangkan aku.

“SMS buat apa! Susah la hang takda sini tau tak! Ni baru 3 bulan, nanti hang dah grad tinggal aku sorang-sorang kat sini macam mana?” Aku mula sebak. Memang menyedihkan bila aku terfikir macam mana hidup aku bila Mie tamatkan pengajian dan aku masih lagi berbaki satu semester.

“Habis tu nak buat macam mana? Sabar jela, tinggal berapa minggu lagi ja kan? Nanti balik sini aku belanja makan. Ni nanti jangan nak pandai-pandai kawan balik dengan budak-budak tu. Kalau aku tau jadi lagi masalah macam ni sekali hang aku buat!” Mie mula tegas. Memang aku tak pernah dengar dia bercakap seakan memberi arahan seperti itu. Selalunya aku yang mengarah.

“Berani ka buat aku? Try la buat! Tak mau kedai biasa-biasa. KFC pun tak mau. Nak makan western pulak. Hehe” Aku mula rasa ceria.

“Dah.. dah.. aku sebenarnya nak keluar ke town sekejap ni. Ada blind date. Hehehe..”

“What? Amboi.. sapa pulak ni? Aku tak tau pun?”

“Alah, budak yang praktikal sekali dengan aku la. Depa ajak keluar makan-makan malam ni. Mana ada blind date. Hang pun tau aku tak reti ngorat. Tak lama la, sat lagi aku balik la”

“Okay la macam tu. Take care. Jangan balik lewat sangat.. Bawak kereta tau, jangan bawak motor. Malam-malam camni bahaya”

“Ya lah.. Assalamualaikum.”

“Waalaukummussalam”

Aku hanya terkurung di dalam bilik. Lepas baca Yassin, aku main DotA dan baca novel. Aku pinjam novel dari Aimi. Aimi memang banyak koleksi novel. Tak sangka pula lelaki straight minat baca novel jiwang karat.

Malam berlalu.. Mie hanya menyepi. Tak ada sebarang SMS dari Mie. Selalunya dia keluar mana-mana dia akan beritahu aku dia dah sampai rumah.Aku buat keputusan untuk tidur. Tapi, belum sempat aku pejamkan mata, satu SMS sampai.

“Aku eksiden ni... Aduh mati la aku...“
Tanpa membalas SMS dari Mie, aku terus hubungi dia. Memang aku dah mula rasa seram sejuk bila baca SMS dari Mie. Baru sekejap tadi aku suruh hati-hati, sekarang dah kemalangan.

“HAH! Eksiden apa pulak ni Mie! Kan aku dah cakap drive elok-elok!”

“Aku nak cepat tadi, sebab dah lewat. Mana aku nampak pokok tumbang tengah jalan ni. Kiri kanan bendang tiba-tiba ada pokok pulak tengah jalan”

“Sah bawak laju kan?! Ok ka tak ni? Luka ke patah ke apa tak? Orang tolong tak?”

“Aku bawak 80 jela. Mana laju tapi malam-malam mana nampak. Aku okay ja tak dak apa-apa pun. Kereta ni la, mati aku nak jawab ngan Abah. Ni orang kampung datang alih pokok semua..”

“Eeee.. saja buat orang risau lah! Kata nak balik awal tapi lewat jugak siap eksiden pulak tu”

“Dah.. hang tak payah start berleter. Kalau tunggu hang habih berleter tak tau pukul berapa aku nak sampai rumah..” Mie memang faham sangat dengan perangai aku yang kuat berleter mengalahkan mak nenek. Selalunya bila aku mula ceramah dia hanya diam tunggu aku habiskan. Kali ni dia hentikan perbualan.

“Bukan berleter tapi sapa tak risau main hantar SMS mati mati pulak!”

“Aku okay ja ni. Takda apa lah, esok pagi nak p repair kereta siap-siap.. duit lagi huhu”

“Ada duit tak tu? “ Soal aku

“Ada lah.. elaun aku banyak lagi.. nak aku topup?”

“Haa! Esok topup aku RM10! Hehehe” Hati aku dah mula tenang. Mie seakan tak ada masalah.

-------------

Hari terus berlalu, Ed dan Rahim tak lagi mengganggu aku. Dalam facebook sekalipun aku sudah unfriend mereka berdua. Semuanya tenang. Aku banyak habiskan masa dengan group project. Kebetulan pensyarah yang merangkap supervisor kumpulan aku bahagian research, memang projek kumpulan aku perlu lebih elok dari orang lain. Tiap hari group aku banyak habiskan masa di bengkel siapkan prototaip yang sudah kami design pada awalnya. Kebetulan, fakulti buat lawatan ke Proton Tanjung Malim. Dan kebetulan lagi, kos aku akan pergi lawatan bersama kos Rahim. Secara tak langsung, Ed dan Rahim akan pergi bersama.

Sepanjang lawatan ke Proton City, Ed hanya berkepit dengan Rahim. Berjalan berpimpinan dan lalu sebelah aku seakan ingin melihat aku cemburu. Padahal, dalam hati aku tak ada langsung rasa cemburu. Bahkan aku lebih rasa selesa. Kawan-kawan yang lain pula mula bergosip tentang mereka. Nampak sangat hubungan mereka terlalu ganjil. Terlalu rapat. Ada sesetengah budak cakap mereka Gay dan tidur bersama setiap malam. Aku layankan saja semua gosip luar yang aku dengar. Sedangkan aku sudahpun tahu yang Ed memang gay dan sayangkan Rahim lebih dari sekadar kawan.


Bersambung...

1 comment:

JAZZLEE said...

Awat hang biag depa trajang hang, klau aku lah dh tentu depa mymbah bumi, biag depa tau lngit tu tinggi, bru depa ada akai, hehe