Sunday, January 18, 2015

Mimpi

Entahlah... Setelah berbulan lamanya aku mampu hidup tanpa dia, belakangan ini aku asyik termimpi-mimpi tentang dia. Hampir setiap malam wajah dia wujud dalam mimpi aku. Kadang-kala aku langsung tak fikirkan dia, pun masih dia masuk dalam mimpi aku. Kadang-kadang, aku mimpi dia kejar aku. Kadang-kadang, aku mimpi aku berbaik dengan dia seperti tiada apa-apa. Kadang-kadang, aku mimpi dia datang berikan senyuman dan dakapan sayang. Aku seakan tak mampu hidup tanpa dia. 

Mungkin, dalam hari-hari cuti aku otak aku tak banyak berfikir lalu memori dia kembali segar diingatan. Aku banyak habiskan masa aku berchatting secara rawak di group pengguna  Apple. Ada seorang jejakanberjaya menambat hati aku. Tapi, aku tak anggap apa-apa. Aku tak letak harapan apa-apa. Hanya sekadar teman di media sosial yang ajak berkenalan dan mencari teman baharu.

Bila aku teringat tentang dia, hati aku sakit. Luluh. Dada aku sesak. Bagaitan tak mampu menerima apa yang telah berlaku. Aku hanya bersabar. Biar masa tentukan. Semoga perjalanan aku selepas ini lebih senyuman daripada penderitaan. Aku mohon padamu ya Allah, buanglah segala ingatanku terhadap dia jika dia bukan lagi sebahagian daripada hidupku!






No comments: