Saturday, January 24, 2015

Dunia Baru

Alhamdulillah, dah 3 hari aku mula bekerja di tempat baru. Apa yang aku boleh gambarkan, tahun 2015 mungkin lebih mencabar bagi aku. Sekarang, semuanya serba baru. Persekitaran baru, orang-orang baru, office baru, semuanya baru lah. Sebelum ni, company yang aku bekerja tu kecil, bila masuk company baru ni aku rasa macam rendah diri. Sebabnya, aku rasa mungkin orang lain di luar sana lebih layak duduk di tempat aku. Jawatan Engineer di sini sangat mencabar, tambahan pula aku diletakkan di bahagian operasi. Ada beberapa peringkat perkerja di bawah aku dan aku rasa gayat sangat. Aku tak pernah berada di posisi setinggi ini. Maksud aku, posisi yang orang ramai di tempat kerja hormati.

Kebanyakan staff bawahan aku lebih tua dari aku. Mereka bekerja antara 10 hingga 20 tahun di situ. Bayangkan siapalah aku jika nak dibandingkan dengan mereka. Apa yang buat aku rasa terharu, mereka semua baik-baik belaka. Semuanya hormat aku walaupun aku masih muda dan mentah serta masih belajar memahami proses pembuatan dan kerenah orang bawahan. Kerja aku agak sukar, aku perlu memastikan setiap hari orang-orang dan mesin bekerja dan mengeluarkan output seperti yang diinginkan. Semua masalah yang timbul dan boleh mnjejaskan produktiviti akan ditanggung oleh aku. Seperti yang telah diberitahu oleh senior engineer, bahagian paling susah untuk dikawal adalah staff-staff bawahan. Banyak kerenah dan alasan tidak hadir kerja. Banyak alasan untuk tidak membuat over time dan macam-macam ragam lagi. Bnyak analisis yang aku perlu lakukan dari masa ke semasa untuk memperbaiki sistem sedia ada. Pendek kata, banyak benda yang aku perlu buat dan kemungkinan untuk aku akan balik ke rumah di malam hari adalah tinggi.

Aku cuba lakukan yang terbaik. Allah sudahpun berikan aku peluang. Aku tak akan sia-siakan. Apa lagi yang harus aku lakukan untuk teruskan hidup selain ini? Kesunyian yang aku lalui saban hari mungkin akan terubat dalam beberapa tahun akan datang. Satu tempoh yang agak panjang untuk aku menanti sesuatu yang tak pasti.

Kadang-kala, aku terfikir... apa yang harus aku lakukan dengan hidup aku? Hidup yang ditemani kesunyian sepanjang hayat aku. Kadang-kala aku berasa cemburu dengan mereka yang punyai pasangan kekasih lalu disia-siakan. Menanti seseorang untuk hadir ke dalam hidup adalah sesuatu yang memeritkan. Tak pernah terlintas dalam diri aku, yang suatu masa aku akan hidup sesunyi ini. Sepanjang hidup aku, aku ditemani teman-teman. Kali ini, aku sangat jauh dengan sesiapa pun. Aku hanya mampu berdoa.

1 comment:

Nu'maN said...

Ur life baru bermula .. take it slowly and steady ..insyallah .. mudah2 an semua dipermudahkan .. :p