Saturday, January 31, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 4





Episod 3

"Pengakuan"


Setelah balik ke Melaka, Ed dan Rahim sudah mula berbaik dengan aku. Tapi aku masih berhati-hari supaya tak terjerat dalam permainan mereka. Walaupun situasinya kalau dilihat agak normal, tapi bagi aku hubungan mereka agak pelik.

Dalam minggu-minggu terakhir ini, kami diberikan projek mengikut kumpulan masing-masing. Lega rasanya bila dapat tahu tak seorangpun daripada Ed mahupun Rahim yang termasuk dalam kumpulan aku. Tapi, aku tak dapat bantu banyak dalam penyiapan projek, tangan aku masih sakit dan berbalut.

Semuanya seakan baik saja. Rahim berikan aku minyak urut untuk aku urut tangan aku. Ed tahu, tapi dia seakan tidak kisah. Aku hanya dengar gossip-gosip dari rumah sebelah yang Rahim dan Ed sering bergaduh, tapi aku tak kisah pun asalkan tak libatkan aku. Tapi, sering Ed datang ke bilik aku untuk luahkan masalah. Bagi aku, inilah masa terbaik buat aku untuk jernihkan keadaan dan lebih rapat dengan Ed. Sering aku nasihat Rahim supaya berbaik dengan Ed. Dari apa yang direcitakan oleh Ed, aku tahu mereka berdua lebih dari sekadar teman. Aku hanya pesan kepada Rahim, kalau Ed hanya bertepuk sebelah tangan, jangan diberi harapan apa-apa pun. Tapi, bagaikan dicurah air ke daun keladi Rahim masih manjakan Ed. Wanil, teman serumah mereka masih nampak Ed tidur di sebelah Rahim setiap pagi. Aku rasa mereka memang ada hubungan yang lebih. Aku hanya diamkan saja, tak mahu nanti aku dikata fitnah, bersangka baik lebih elok.

Cerita mengenai Ed cemburu dengan aku sudah menular ke kolej. Kawan-kawan yang lain seakan memerli aku. Apatah lagi teman serumah. Syed selalu saja berjenaka mengenai Ed dan Rahim. Setiap pagi, sebelum mandi dia akan masuk ke bilik aku dengan bertuala.

“Tom, meh… kiss sikit” Panggil Syed di depan pintu.

“Kau ni dah gila ke apa? Ingat aku macam Ed ke?” Marah aku.

“Alah.. kalau dengan Ayiem mesti kau nak kan? Kalau aku kau jual mahal” Seloroh Syed.

“Haha.. memang lah. Ayiem tu hensem, tough, kau tu jambu mane standing!” Perli aku. Bagi aku, Rahim bukan taste aku. Berkulit gelap, rendah dan kurus kering. Memang aku tak berminat langsung.

Kadang-kadang, perbuatan Syed hampir mencabar iman aku. Setiap kali sebelum mandi mesti dia menjengah bilik aku. Ada suatu pagi, dia datang rapat dengan aku suruh aku sentuh bahagian sensitive.  Digeselnya ke badan aku. Nasiblah aku masih kuatkan diri. Aku tahu dia straight. Dan aku masih boleh berfikir dengan waras apa yang akan terjadi jika aku ikutkan nafsu. Syed orangnya tampan, boleh dikatakan agak macho.

Daus, seorang junior yang rapat dengan Rahim dan Ed datang ke kolej. Dalam semua orang, Daus saja yang boleh menegur Ed. Ed orangnya keras kepala, tak mahu dengar nasihat. Malam itu, aku dipanggil Daus untuk ke bilik mereka dan kami semua nasihatkan Ed. Ed seakan boleh menerima, tapi aku masih rasa sangsi. Apa hubungan mereka berdua? Malam itu, lewat malam Daus ajak kami keluar makan dan aku dipaksa naiki motosikal bersama Rahim. Aku boleh nampak riak wajah Ed yang sangat tak menyenangkan. Sepanjang di kedai makan Ed tak bercakap apa-apa.

Hari terus berlalu, tangan aku masih lagi berbalut. Masih tak mampu mengangkat barang berat tapi aku sudah boleh menunggang motosikal. Jumaat malam, aku dengar cerita dari rumah sebelah yang Rahim dan Ed bergaduh lagi dan Rahim pulang ke kampung petang itu. Setiap kali mereka bergaduh, aku seakan tak tenang. Aku tak tahu apa puncanya.

-------------


“Salam.. tolong ambik aku kat Melaka Sentral boleh?”

SMS daripada Rahim buat aku hairan. Kenapa dia minta aku ambilkan? Ed kan ada?

“Wslm. Boleh, tapi aku takde helmet lebih. Kau ade ke?” Aku membalas.

“Helmet kau pinjam dengan Ivan. Dorang ada rasenye. Tapi kau jangan sampai Ed tau plak. Pandai2 la cover.”

Tanpa banyak fikir, aku setuju saja ambil Rahim di Melaka Sentral. Basnya sampai dalam pukul 8 malam. Selepas solat maghrib, aku terus ke rumah Ivan untuk meminjam topi keledar. Tapi, terserempak pula dengan Ed dalam perjalanan aku ke parking.

“Kau nak pergi mana ni dengan helmet ni? Tangan tu kan sakit lagi, boleh ke bawak motor?” Tanya Ed.

“Aku nak pergi ambik member aku kat MC” Aku jelaskan.

“Oh.. Ayiem ke? Aku pun nak g MC ambik Ayiem japg, jom la sekali”

“Err...Takde la, member aku la. Takpelah, aku da lewat ni aku gerak dulu.” Aku rasa bersalah. Apa aku buat ini sama ada betul atau tidak? Kenapa aku perlu rahsiakan?


Sampai saja di Melaka Sentral, aku berhenti depan pintu utama menunggu rahim berjalan ke arah aku. Dia sempat belikan air lalu diletak di dalam bakul motosikal. Aku menggalas beg Rahim dan Rahim dan membonceng di belakang. Setelah motosikal bergerak dalam 50 meter, sebuah kereta dari belakang datang melulu seakan mahu melanggar kami. Rahim hanya buat tak tahu. Kereta tersebut mula berikan hon dan menghimpit kami. Rahim hentikan motosikal di tepi jalan dan kereta tersebut berhenti agak tengah. Semua orang di sekitar kawasan itu mula memandang kearah kami. Ed keluar dari kereta dan terus cabut kunci motosikal aku.

“Oh! Aku tanya nak kemana kau tak mengaku! Betul lah kau datang ambik Ayiem!” Sergah Ed.
Aku memang tak sangka langsung yang Ed akan ekori aku.

“Aku dah janji dengan dia taknak beritahu kau. Dia yang suruh aku ambik dia.” Jawab aku. Memang aku rasa sangat takut dan rasa sangat bersalah. Apa aku buat ni?

“Ed, balik la Ed. Aku suruh dia ambik aku.” Rahim mula bersuara.

“Aku tak kira, kau naik kereta sekarang! Balik dengan aku!” Sergah Ed lagi.

“Dia yang datang ambik aku kan, aku balik dengan dia la. Kau balik la Ed, tolong lah” Rahim mula merayu.

"Kenapa kau suruh dia ambik kau? Aku kan ada? Aku ada kereta, dia ni dah la naik motor tangan pun sakit! Tangan sakit konon, Ayiem mintak ambik boleh pulak kau ambik!" Ed membebel.

“Ayiem! Kau balik dengan dia lah!” Aku mula marah.

“Aku agak dah korang berdua ni mesti ada apa-apa. Nak pergi ambil member konon... Korang berdua ni suka sama suka ke apa? Ed mula menyindir dan membebel.

“Kau ni kenapa eh Ed? Yang kau jeles sangat dengan aku ni kenapa? Kau ni gay ke? Kau ingat aku hadap sangat dengan Ayiem kau ni? “ Aku mula marah. Aku rasa malu sangat bila orang ramai mula mengelilingi kami di tepi jalan.

“Memang pun! Memang aku gay! Yang kau nak rampas Ayiem dari aku kenapa?” Ed meninggikan suara. Aku tak sangka langsung Ed akan mengaku sebegitu. Memang aku dah lama agak, memang dia dan Rahim lebih dari sekadar kawan. Aku bertambah malu.

“Ed, dah la tu balik la Ed malu dengan orang ni..” Rayu Rahim lagi.

“Dik, ketepi sikit .. kereta belakang nak lalu.” Tempik orang di sekitar kawasan itu. Memang jalan itu sampai sesak disebabkan Ed berhenti di tengah-tengah jalan.

Aku mula marah. Semuanya berlaku dengan cepat. Aku memang rasa sangat malu dengan apa yang mereka lakukan terhadap aku.

“Ayiem! Balik dengan dia!” Aku menengking. Lalu, aku ambil kunci dari Ed dan beredar.
Sepanjang perjalanan aku balik ke kolej, fikiran aku melayang. Macam-macam perkara yang hadri dalam benak fikiran. Apa salah aku hingga aku dituduh perampas? Apa salah aku bila seseorng memohon bantuan dan aku membantu? Apa salah aku sehinggakan apa saja yang aku lakukan salah di hati Ed?

“Kalau aku rampas Ayiem betul-betul dari kau baru kau tahu!” bisik hati aku.

Hati aku rasa tak tenang. Aku rasa seperti ada sesuatu yang mengganggu. Semuanya serabut. Kalau aku terus pulang ke kolej, pasti hal ini masih panas disana. Pasti Ed dan Rahim bergaduh di rumah. Mesti semua orang akan salahkan aku. Padahal, aku hanya menurut apa yang Rahim minta. Orang minta pertolongan, aku membantu. Itu saja.

Aku terus ke rumah Asilah. Aku dan Asilah memang rapat. Dia salah seorang teman rapat aku di kampus. Asilah seorang wanita yang berperwatakan seakan lelaki. Banyak masalah aku, akan aku luahkan kepada dia. Kami berdua memang rapat dari dulu lagi. Sudah macam adik beradik, aku kerap juga hantarkan dia ke Melaka Sentral ketika dia mahu ke Kuala Lumpur bertemu teman lelaki.
Kebetulan, Asilah pulang ke kampung. Zana dan Alif pula berada di depan rumah mereka. Zana dan Alif merupakan teman sekuliah, mereka bercinta sejak kami tahun 2 di universiti. Zana serumah dengan Asilah. Mereka mengajak aku keluar bersiar-siar. Zana dan Alif bertanya kepada aku kenapa tergesa-gesa nak jumpa Asilah? Aku ceritakan semua apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka hanya ketawa, memang ianya sesuatu yang agak kelakar bila diingatkan semula.

Kami singgah di Mydin kerana Zana ingin membeli sesuatu. Aku hanya ekori mereka. Dalam 30 minit selepas itu, aku terima SMS daripada Rahim.

“Kau kat mana?”

“Aku kat Mydin ni dengan Alif dan Zana. Kenapa?”

“Tak balik lagi ke? Kau okay ke?”

“Aku taknak balik malam ni. Aku takde mood. Korang jangan cari pasal dengan aku lagi”

“Aku nak ikut kau. Aku tak boleh la duduk kat rumah ni.. Panas! Sakit hati!”

“Erm.. okay la datang la nak datang. “

"Tunggu sana. Aku datang"

Kami berjalan-jalan dan menunggu Rahim ni pintu masuk. Sambil berbual, Rahim sampai. Dia terangkan kepad kami yang dia lari keluar. Ed paksa dia duduk di rumah. Bila Ed halang dia keluar, dia pukul Ed dengan helmet sampai mulut berdarah.


Bersambung....

1 comment:

CroniXsouL said...

kalau awak tau cite sebenar silalah cerita :)