Thursday, January 29, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 3




Episod 3

Cemburu Buta


Aku terus simpan nombor telefon Rahim. Tapi, setelah aku ceritakan semuanya kepada Mie, dia sarankan aku supaya berjauhan dengan Ed dan Rahim.

“Dengar cakap aku, aku taknak nanti hang jadi mangsa keadaan. Buat macam aku selalu buat lah, jangan ambik tahu hal orang lain, kita buat hal kita dah la..”

SMS yang dikirim Mie memang buatkan aku sedar. Kalau aku tak jauhkan diri, mesti aku akan ditarik ke dalam masalah Ed dan Rahim. Tapi pesanan Mie kadang kala aku abaikan. Aku masih melayan SMS dari Rahim dan Ed.

Ed datang ke bilik aku dan memujuk. Dia meminta maaf kepada aku atas sikapnya yang melulu. Dia sedar aku mula menjauhkan diri, begitu juga Rahim. Dia mula ceritakan tentang Rahim. Dia luahkankepada aku bahawa Rahim selalu memarahinya. Rahim mula menunjukkan sikap yang berlainan sejak belakangan ini. Apa yang dibuat Ed semuanya salah.  Patutlah mereka kerap bertengkar. Tapi, bagi aku, itu semua normal. Taka da masalah pun kalau bergaduh sebab aku dan Mie pun selalu bergaduh. Aku sarankan dia supaya mengalah walau dalam apa keadaan. Kalau dua-dua tinggikan ego, masalah tak akan selesai pun.

Dalam beberapa hari berikutnya, Rahim pula cuba memujuk aku. Manakan tidak, aku sudah bosan dengan permainan dia dan Ed yang kaitkan aku dalam masalah mereka. Aku buang Rahim dari friend Facebook atas saranan Mie. Aku rasa tenang dalam seminggu dua. Taka da sesiapa pun yang mengganggu. Aku selesa keluar makan seorangan ataupun ditemani kawan serumah. Aku selesa pergi ke kampus sendirian. Malam aku ditemani Mie. Macam-macam benda diborak. Mie seakan tahu aku bosan sendirian.


--------

“Kau datang terus Wangsa Maju la.. Pagi besok terus pergi je tak payah aku jemput kau kat segambut”

Naim pesan pada aku supaya terus ke Wangsa Maju untuk bermalam di rumah dia. Dia ajak aku ke bukit Broga pada pagi sabtu bersama budak-budak fotografi. Aku naiki motosikal bersama Aimi ke Kuala Lumpur.

“Tak boleh weh, budak-budak Segambut ajak futsal malam ni kat Kepong.. Aku dah janji dengan dorang dah” Aku memang surah rancang perjalanan aku. Memang sudah janji dengan kawan-kawan sekampung untuk berfutsal. Jadi, aku buat keputusan untuk bermalam di Segambut.

“Okay la kalau macam tu besok pagi aku jemput kau kat Segambut la. Pukul 5 pagi. Jangan lewat bangun pulak” Pesan Naim.

Aimi tinggal di Putrajaya, jadi dia tinggalkan aku di stesen Bangi. Aku terus naiki Komute ke Segambut. Inilah kali pertama aku ke Kuala Lumpur dengan motosikal. Rasa agak menakutkan, bayangkan dari Ayer Keroh ke bangi hanya mengambil masa 1 jam 15 minit.

Sememangnya, dah lama aku tak main futsal. Kali terakhir aku bermain futsal beberapa bulan yang lepas. Memang aku tak pandai main bola. Futsal pun Mie yang ajarkan. Dia cuba ajar aku jadi ‘lelaki’ sejak tahun satu di kampus.

Aku dibawa bermain fitsal di Kepong. Memang aku malas main sebenarnya, sebab aku ke KL atas tujuan lain. Tapi atas dasar kawan-kawan, aku setuju juga bermain.

“Aduhh!” Jerit aku.

Aku menampan bola yang terlalu laju. Memang aku tak pernah rasa sesakit itu sejak bermain futsal. Aku terduduk.

“Hang okay ke weh?” Tanya Khairi

“Aku tak okay! Sakit ni weh! “ Jerit aku.

Khairi terus datang untuk lihat keadaan aku.

“Weh.. dah bengkak ni… ambik baju aku ni balut aku pegi ambik ais” Khairi segera buka baju dan balut tangan aku dengan bajunya, sambil dia pergi dapatkan ais.

Memang sudah ditakdirkan aku tak berpeluang untuk ke bukit Broga. Aku hanya duduk di rumah dan menonton TV. Sementara itu, Ed juga syak aku berjumpa Rahim. Manakan tidak, katanya Rahim pun ke rumah abangnya di KL. Entah macam mana, aku boleh adukan ke Rahim. Ada sepotong dua SMS aku bersama Rahim, katanya Ed pandai mengurut. Ed selalu mengurutnya selepas bermain fitsal.

ED : “Tak SMS Ayiem ke?”
Aku : Tak. Aku sakit tangan ni, terseliuh main fitsal semalam, kau urutkan boleh?
ED : Aku mana reti urut. Kesian…
Aku : Kau ni, kalau aku mintak kau cakap tak reti, kalau Ayiem kau pandai je urut kan?
ED : Haha, kau cakap tak SMS Ayiem, macam mana tau aku selalu urut dia?
Aku : Ha! Memang dia ada SMS aku. Kenapa? Jeles?
ED : Eh, buat apa aku nak jeles? Entah2 korang ada jumpa kat KL tak? Ayiem balik KL gak.

Entah kenapa, hati aku tiba-tiba rasa sakit. Rasa nak marah. Kenapa dia tak tahu selama ini aku menyimpan perasaan teradap dia? Kenapa dia selalu menuduh aku dan Rahim ada hubungan?

“Ed, tangan aku sakit ni. Kau jangan nak sakitkan hati aku pulak! Agak2 la kau nih! Kenapa kau ni cemburu buta sangat? Kau ni gay kea pa? Ingat aku dengan Ayiem bercinta kea pa? Dah la aku malas nak layan kau ni. Menyakitkan hati je!”

SMS aku dan Ed terhenti di situ. Memang aku marah. Kenapa setiap kali berbicara dengan Ed, dia kaitkan aku dengan Rahim?

Ed terus SMS untuk memujuk dan memohon maaf. Katanya hanya berjenaka. Tapi aku langsung tak membalas sebarang SMS dari dia. Bukan perkataan itu yang aku mahukan. Dan sekarang, aku mula sangsi tentang hubungan dia dan Rahim. Kenapa dia begitu cemburu dengan aku?


Bersambung…

1 comment:

syira yaya said...

Menarik cerita ni :)