Sunday, January 25, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 2




Episod 2

Secret Admirer

Aku rasa tenang. Tak pernah aku rasai ketenangan yang datang dalam hidup aku. Aku punyai ramai teman-teman. Aku punyai teman rapat yang amat memahami. Bagi aku, semua itu sudah cukup untuk lengkapkan hidup aku dan aku tak pernah ada niat di dalam hati untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Aku terima kekurangan diri aku sebagai homoseksual. Aku tak layak untuk dicintai ataupun mencintai. Aku belajar untuk sendirian, aku tahu aku mampu untuk sendirian. Aku hanya ada Mie untuk aku luahkan apa yang aku pendam di hati. Antara aku dan Mie tiada rahsia antara kami. Aku boleh jadi diri aku sendiri ketika bersama dia.

Hari terus berlalu… aku dan Ed semakin rapat. Jika sebelum ini aku ke kampus dengan menumpang kereta Syed, sekarang aku ke kampus bersama Ed. Cuma kadang-kadang Ed lambat aku pergi sendirian. Aku semakin rasa bahagia. Kadang-kadang aku rasakan seperti cinta aku terbalas. Adakah dia punyai perasaan sama seperti apa yang aku rasa terhadap dia? Aku Cuma pendam. Aku tak pernah letakkan harapan apa-apa. Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan Rahim. Apa yang Ed buat semua sebut nama Rahim. Kenapa Rahim begitu penting dalam hidup dia? Kadang-kadang aku ajak Ed untuk turun makan berdua, tapi dibawanya Rahim. Aku rasa macam budak Rahim ni selalu saja spoilkan rancangan aku untuk lebih rapat dengan Ed. Kadang-kadang aku rasa sangsi. Mereka berpakaian hamper serupa. Makan bersama, tidur bersama. Aku Cuma bersangka baik.

-----------------------------

Bila di Facebook, Rahim selalu saja komen status aku diikuti Ed. Aku tak pernah buruk sangka terhadap mereka. Cuma apa yang aku rasakan mungkin mereka akan menjadi kawan baik aku selepas ini. Aku hanya doakan yang baik-baik.

“Besok tolong kejutkan aku subuh boleh?”

Mesej facebook dari Rahim buatkan aku rasa sangsi. Kenapa dia minta aku kejutkan subuh? Sedangkan dia ada Ed dan teman wanita untuk lakukan.

Keesokan pagi, aku bangun dan terus hubungi dia untuk bangun solat subuh. Tapi, apa yang kurang enak ialah Ed seakan cemburu.

“Kenapa dia suruh kau kejut dia bangun? Aku kana ada?” Tanya ed.

“Eh, dah orang mintak aku kejut, aku kejutkan la” Jawabku.

Hari berganti hari, hamper setiap pagi aku akan kejutkan mereka berdua untuk bangun solat subuh. Rahim semakin rapat dengan aku, sepertimana aku rapat bersama Ed. Rahim selalu saja hubungi aku di Facebook. Macam-macam diborak. Bila aku bertuit di twitter, dia pun ikut buat account Twitter. Aku dan teman wanitanya pula semakin kenali antara satu sama lain. Aku juga dengar khabar angina bahawa Ed dan Rahim memang kerap bergaduh. Memang aku tak pernah nampak mereka bergaduh, tapi bila orang sekeliling mula berbicara aku mula percaya. Bagi aku, biasalah aku dengan Mie pun selalu bergaduh. Bahkan aku berani untuk menampar Mie sedangkan Mie tak pernah tangankan aku. Memang aku seorang yang agak degil dan keras kepala. Bagi aku, hanya Mie seorang saja yang mampu mengawal emosi aku.

“Tom, weekend ni kita pergi Kulim tau. Abang aku bertunang. Syed nak photoshoot majlis tu” Ajak Aimi.

“Okay, tengok la macam mana, aku pun bajet bukan ada sangat ni” Jawabku.

Khamis malam kami bertolak ke Kedah. Aku tak pasti lagi sama ada aku akan naiki kereta bersama Ed ataupun Syed. Aku tak kisah, aku hanya menumpang aku hanya ikutkan saja aturan mereka. Seeloknya aku naiki kereta dengan Ed, sebab Syed dan Aimi akan terus ke Kulim manakala aku akan singgah rumah abang aku di Penang dan Ed juga akan balik ke kampong di Penang.

Bila aku masuk kereta Ed, suasana agak muram. Aku syak Rahim dan Ed mesti baru bergaduh. Aku dah mula kurang senang dengan situasi demikian. Aku dan Rahim di belakang manakala Ed dan Syafik di depan. Rahim banyak ajak aku berbual. Aku tengok muka Ed dah lain. Seakan tak suka aku bersama mereka. Sampai di RnR Ayer Keroh, aku tukar dan naiki kereta Syed. Selesa aku rasa. Kami berempat. Aku di belakang bersama Aimi manakala Farad an Syed di depan. Kami singgah di RnR Sungai Buloh untuk berehat. Dalam kami menunggu di KFC Jejantas Sungai Buloh, satu keratin akhbar memang menarik minat kami. Wajah aku terpampang di buka akhbar dalam kisah pembentangan projek semester lalu.

Kami teruskan perjalanan. Dalam pukul 4 pagi kami sampai di Slim River. Kami singgah di rumah Rahim untuk hantar Rahim. Selepas hantar Rahim, aku naiki kereta bersama Ed. Sampai di Penang dalam pukul 7 pagi.

Sepanjang aku berada di Penang, Rahim banyak berbual dengan aku di facebook. Kali ini, dia beranikan diri untuk memintak nombor telefon. Tanpa rasa apa-apa, aku terus bagi number telefon. Tak lama selepas itu, Ed mula mengamuk. Tiba-tiba dia soal aku bermacam soalan.

“Kau borak apa dengan Rahim? Kenapa dia tak mesej aku apa-apa pun tapi mesej kau?” Tanya Ed. Aku mula rasa kurang senang bila dihujani berbagai persoalan.

“Dia tanya aku, bila nak balik Melaka. Pastu dia mintak number fon aku pun bagi la.” Jawabku dengan selamba.

“Kenapa dia tanya kau pulak bila nak balik? Dia kan naik dengan aku, kereta aku. Kenapa dia tanya kau pulak?” Pertanyaan Ed buat aku rimas. Mesti ada sesuatu antara mereka sehinggakan aku dijadikan mangsa.

Ed terus pulang ke Melaka bersama Rahim dan Syafik. Aku pula pulang bersama Syed, Aimi dan Fara. Setiba di Melaka, keadaan seperti tegang. Ed bergaduh besar dengan Rahim. Ed buat keputusan untuk berhenti belajar dan pulang ke kampung. Secara tak sengaja, aku masuk ke rumah kereka. Aku lihat Ed sedang menangis dan sedang kemaskan barang untuk pulang. Rahim pula hanya diam membisu dan menjawab beberapa perkara. Aku tak tahu apa nak buat. Aku terdiam. Aku tak pernah nampak orang bergaduh sebegitu teruk. Ed menangis teresak-esak!

Aku terus pulang ke bilik dan tanyakan kepada Syed dan Aimi. Syed beritahu, semuanya punca dari aku.

“What??” Kenapa pulak aku? Aku ada buat salah ke?” Tanya aku kepada Syed.

“Ed tu jeles dengan kau sebab kau dah rapat dengan Rahim. Aku rasa baik ko jauhkan sikit dengan dorang. Rahim tu aku kesian jugak la, rapat dengan Kimi pun Ed marah” Syed berlalu pergi.

Aku duduk terdiam dalam bilik. Sungguh aku berasa hairan. Kenapa dia nak cemburu dengan aku? Sedangkan aku sukakan dia, bukan Rahim! Aku bertindak menjauhi mereka buat seketika. Aku masih belum ceritakan apa yang terjadi kepada Mie. Kalau Mie tahu bagaimana reaksinya?

Tengah hari sabtu, aku turun ke Kafe setelah bangun. Aku makan seorangan. Tiba-tiba aku dapat satu SMS dari nombor yang aku tak kenali.

“Hai, boleh berkenalan?”

“Sape ni?” Balas aku.

“Saya dah lama perhatikan awak. Awak ni comel la. Nak kenalan boleh?”

Aku rasa tersentak. Selama ini ada yang perhatikan aku? Setahu aku, sejak aku bersama Mie aku sudah jarang jaga penampilan. Awal semester lepas pun aku botakkan rambut untuk buang semua pewarna rambut atas desakan Mie.

“Kau jangan nak memanin boleh tak? Sape ni?” Jawab aku.

“Hehe. Aku la Ayiem. Kau tak save number aku ye?” Jawabnya.

Memang Rahim ada SMS aku sebelum ni, tapi aku tak simpan nombor dia. Lagipun masa tu aku masih gunakan handphone Nokia 1100.


Bersambung…..

1 comment:

Nu'maN said...

Citer betul kan nie ..
Sambung la lagi .. tak sabar nak tau seterusnya .. hehe