Sunday, January 25, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Episod 1


Dalam entry-entry aku sebelum ni, aku tak pernah cerita dengan detail macam mana kisah aku dengan Rahim bermula hingga berakhir. Kali ni, aku akan ceritakan kisah aku dan dia dengan sedikit kelainan....

Episod 1

"Takdir Temukan Kita"




“Bang, tolong berenti di simpang TTU depan tu boleh?”

Bas berhenti di betul-betul simpang TTU. Aku berjalan kaki ke rumah Mie yang sekarang didiami oleh budak-budak kelas Design berikutan cuti semester. Cuti semester kali ini, aku perlu habiskan ‘Latihan Dalaman’ dimana semua mahasiswa tahun 2 yang akan terus ke tahun 3 akan menjalani latihan praktikal di dalam kampus selama 10 minggu. Mie pula dah nak masuk tahun 4. Jadi, dia pulang ke Kedah untuk jalani latihan industry selama 3 bulan. Biasanya, semasa cuti semester aku akan letak motosikal aku di rumah Mie. Syafik ajak aku tinggal bersama mereka, tapi aku tak berapa berminat. Sebabnya, aku rasa kecil hati sebab dah set untuk tinggal di situ tapi last minit budak-budak ni yang tinggal.

“Nah, kau ambik kunci rumah ni. Aku sepatutnya tinggal kat hostel tu, tapi dah budak-budak ni ajak tinggal dengan dorang, aku tinggal la sini.” Mamat berikan kunci kepada aku. Tapi aku menolak kerana aku dah janji dengan Zaim untuk tinggal serumah dengan dia.

“Takpe la Mat, nanti ape pulak kata Zaim aku dah janji dengan dia”

Aku ambil motosikal dan terus ke kolej Murni. Masalahnya, Zaim pulak tak sampai lagi. Mana aku nak lepak? Jadi, aku singgah rumah yang Mamat berikan.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam.. laa kau ke? Buat apa sini?” Tanya Syed.

Rupanya, Syed yang tinggal di situ. Aku kenal rapat juga dengan dia. Walaupun kelas kami berasingan, tapi semasa tahun 1 dulu di hostel Bunga Raya, rumah dia bertentangan dengan aku. Secara tak langsung kami memang kenal.

“Aku nak stay sini sekejap. Tunggu Zaim sampai. Mamat bagi aku kunci rumah ni, tapi aku dah janji dengan Zaim nak stay serumah dengan dia. Dengan budak-budak Kelantan kaki DotA”

“Rumah dia nombor berapa?” Tanya Syed lagi.

“Entah lah, dia cakap tingkat 5. Rumah tingkat atas tu ada 2 tingkat so ada banyak kosong lagi lah” Jawab aku.

“Camni jelah, ko tinggal je kat sini. Tingkat 1 takde la teruk sangat kau nak ulang naik atas sana. Lagipun aku memang tinggal berdua je rumah ni. Kau ambil bilik sebelah bilik aku tu, takde orang. Bilik hujung sekali tu kita buat store je, sebab bilik tu kipas rosak” Syed mengajak.

Bila difikirkan balik, memang betul apa yang dia cakap. Lagipun aku memang malas panjat tangga banyak-banyak Nak main dota, Syed pun main juga, selalu juga aku main DotA bersama dia menggunakan LAN kolej. Aku tak berikan sebarang jawapan. Tapi, Syed terus bawa beg aku ke dalam bilik. Nak tak nak, aku memang perlu tinggal di situ. Bermula lah kisah hitam aku….

Malam pertama di kolej, aku keluar makan bersama Aimi. Syed selalunya akan keluar makan dengan Fara. Jadinya, aku dah Nampak kenapa dia beriya-iya sangat ajak aku tinggal disitu-Jadi peneman Aimi. Kalau aku tak tinggal di situ, mesti Aimi akan keseorangan bila Syed keluar dengan Fara.


Bilik asrama Murni memang kurang selesa. Berlantaikan simen yang berlubang-lubang. Keesokan harinya, aku ke Mydin beli alas katil dan bantal. Tak sengaja aku memilih warna pink. Aku kemaskan bilik sebaik yang boleh. Di tengah-tengah bilik aku letakkan sejadah supaya mudah untuk aku bangun tidur amik wudhu dan terus solat. Aku masih ingat pesan Mie, jangan lupa solat. Walau dia tak bersama aku, Allah pasti tahu. Aku cuba patuh dan taat kepada perintahNya. Hingga satu tahap, aku rasa bersalah bila aku tertinggal solat. Kebiasaannya, aku berbaju melayu Johor pada waktu maghrib hingga Isyak.

Pada hari ketiga, aku nak cuci baju aku yang kotor. Masalahnya aku taka da baldi. Jadi, Syed sarankan aku pinjam dengan Ed. Rumah Ed hanya bersebelahan.

“Oh! Ed duduk sebelah je? Lah.. dekat sangat. Tak sangka pulak”

Aku ketuk pintu dan Ed jemput aku ke bilik. Di hujung sudut bersebelahan tingkap, aku  nampak roommate Ed tengah leka bermain game dengan hanya memakai boxer. Terdetik di hati ‘Wow, boleh tahan mamat ni.. taste jugak! Tapi muka tak hensem la pulak’

Sebenarnya, Ed adalah rakan sekuliah aku. Memang aku menaruh hati terhadap Ed sejak mula dia memasuki kelas aku bermula pada tahun 2 semester 1. Tapi, aku tak pernah cuba dekati dia. Kami hanya bertegur sekadar teman sekuliah. Dia selalu datang lewat ke kelas. Entah apa yang dibuat di asrama. Aku dan Aimi mula makan di Kafe kolej dan aku mula berkenalan dengan mereka-mereka yang lain. Selalunya, Ed akan ajak aku ke CafĂ© pada waktu malam bersama roomatenya Rahim. Kadang-kadang kalau lambat sangat aku terus pergi seorang diri. Aku memang sudah terbiasa makan seorangan setelah Mie tak ada.Lagipun, aku menyampah tengok gelagat dua kawan baik tu bergaduh manja. Mengada-ngada pun ada. Aimi pula, kadang-kadang balik dari kampus terus tidur. Kadang-kadang dia keluar makan seorangan di Bandar. 

Malam-malam aku di hostel dihabiskan dengan bermain DotA. Memang rumah aku agak sunyi kerana kami hanya bertiga. Syed akan keluar pada waktu makan malam, Aimi pula buat hal dia sendiri. Pada masa lapang, aku akan duduk di dalam bilik dan bermain DotA. Pada malam jumaat biasanya sudah solat maghrib aku akan baca Yassin. Hanya dengan cara itu aku akan rasa tenang. Tiap malam, Mie akan SMS bertanyakan khabar. Macam-macam aku adukan kepada dia. 

"Aku takda kat sana jangan nakal-nakal. Solat jangan lupa. Tak lama pun, 3 bulan je. Nanti aku balik sana boleh teman hang makan malam. Sabar lah, 3 bulan je pun. Ada masalah apa-apa cerita kat aku."

Ayat SMS yang kebiasaannya Mie hantar. Memang dia risaukan keadaan aku. lagipun sepanjang kami masuk ke Universiti, kami tak pernah berjauhan. Dia sentiasa ada dengan aku.


Hari terus berlalu... dan aku rasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku antara Ed dan Rahim. Mereka selalu keluar bersama. Ed pula asyik cemburu buta. Semua Rahim buat dia cuba kawal. Ada juga terdetik di hati aku bahawa mereka mungkin lebih dari sekadar kawan. Tapi aku tak mahu ambil tahu. Aku hanya fikirkan nak habiskan program secepat mungkin supaya aku boleh balik bertemu dengan Mie. Lagipun, aku fikir Rahim sudahpun punyai teman wanita. Tak mungkin dia dengan Ed ada sesuatu. Aku tak sedar bahawa setip hari aku semakin rapat dengan Ed dan Rahim. Mereka selalu datang ke bilik aku. Selalu ajak aku kesana kesini. Pintu bilik air rosak pun Rahim tolong betulkan. Ed pula, kadang-kadang memandai buka PC aku. Kadang-kadang aku rasa macam tak ada privasi. 


Bersambung...

No comments: