Thursday, January 1, 2015

2014 Dalam Kenangan

Pejam celik pejam celik dah berlalu pun tahun 2014. Tahun yang paling mencabar bagi aku. Tahun yang paling banyak aku belajar erti hidup. Entry kali ini aku akan rangkumkan segala sejarah yang berlaku di tahun 2014.

1. Aku mula bekerja di salah sebuah institusi kewangan pada Januari 2014. Kerjaya yang agak mencabar.

2. Februari, Rahim dipanggil untuk bekerja dengan badan kerajaan. Hubungan kami mula goyah. Aku seakan tidak rela untuk berjauhan.

3. Mac, aku berhenti kerja. Semata-mata mwngejar Rahim. Aku ke Kuantan secara tergesa-gesa dan aku letak jawatan kerana cuti aku dibekukan.

4. Hubungan aku mula pulih di bulan April. Rahim datang melawat aku. Kami bahagia. Hubungan kami terlalu rapat, kami mula melampaui batas.

5. Aku ke Kuantan pada bulan Mei untuk bertemu Rahim dan sesi temuduga. Rahim bawa aku pulang ke kampung halaman Slim River. Aku cuba putuskan hubungan sememangnya aku rasakan aku sudah bersedia kehilangan dia. Dia memujuk..

6. Jun, aku bertemu Rahim di Kuala Lumpur. Kami bergaduh besar. Pulang dari KL, Rahim menyepi san 28 Jun dia memutuskan hubungan.

7. Ramadan paling menyedihkan dalam hidup aku. Aku berusaha bersungguh-sungguh melupakan Rahim. Setiap malamku ditemani air mata. Rahim datang temui aku untuk terakhir kalinya. Setelah itu, aku tidak lagi kenal siapa Rahim. Dia bukan Rahim yang aku gilakan dulu.

8. Aku mula bekerja di bulan Ogos. Aku mula melupakan dia. Datang bermacam ragam manusia cuba mencuit hati aku. Hati seakan mati. Susah untuk aku terima sesiapa pun.

9.  September. Aku lupa segala kenangan pahit bersama Rahim. Aku tumpukan sepenuhnya kepada kerjaya. Aku banyak luangkan masa bersama teman sekerja.

10. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi yang terbaik di bulan Oktober. Aku mula pegang projek terbesar di syarikat.

11. November. Aku mula bosan dan tertekan dengan bebanan kerja yang terlalu banyak. Aku mula tertekan dengan hidup yang tidak seberapa. Aku mula mencari pekerjaan yang lebih terjamin dan gaji yang mencukupi untuk menampung segala keperluan aku.

12. Alhamdulillah, December paling bermakna dalam hidup, aku diterima kerja sebagai Engineer selepas 2 sesi temuduga yang mencabar mental. Dengan gaji yang cukup lumayan hingga Mie sendiri sukar untuk percaya. 

2014. Tahun yang paling mencabar dalam hidup. Aku akan kenang tahun 2014 sebagai tahun yang paling banyak memberi pengajaran.

Sabtu ini, Mie akan melangsungkan majlis akad nikah. Minggu ni setiap hari aku terima text dari dia mohon aku hadir. Insya'allah jika tiada aral melintang, aku akan di sisi dia disaat terahir dia bergelar bujang. Dia dah mintak hadiah kahwin.. Ada idea? Sila berikan cadangan di ruang komen. 

2 comments:

lelaki seksi said...

Bagi dia panampar!. Tak lah gurau je,entahlah tak tahu nak bagi cadangan beli hadiah apa. hehehe

azli7079 said...

2014 yg penuh mencabar....
hakikat yg sama saya lalui ....
2014 saya berakhir dgn tragik menyedihkan
dan bermula 2015 juga menyedihkan....