Saturday, December 6, 2014

Move on Bitch!

Tak banyak yang berubah dalam hidup aku. Selepas beberapa minggu menyepi daripada menulis dalam blog ni, malam ini hati rasa terdetik untuk menulis walaupun tak ada apa difikiran untuk diluahkan. Semuanya sesak. Aku rasa seperti tak mampu lagi lalui hari-hari aku seperti ini. Aku perlu mengorak langkah untuk terus berusaha untuk berjaya. Setelah beberapa bulan aku bekerja, beban kerja semakin meningkat, gaji pula kalau aku ceritakan kepada sesiapa, tak ada satu pun dari mereka yang berpendapat ianya cukup. Gaji aku bukanlah pada paras pemegang ijazah. Tapi, sudah memang niat aku untuk bekerja sementara untuk mencari pengalaman.

Minggu depan, aku dijemput untuk ditemuduga lagi. Ada 3 syarikat berlainan hubungi aku dan membuat temujanji temuduga pada minggu depan. Aku runsing. Macam mana aku nak mohon cuti selama 3 hari tanpa notis yang munasabah?

It was funny moment when I recall my tele-conversation with Encik Khalid. He called me and invited me to an interview session. You know what he asked?

"Sekarang adik kerja dekat ****** ye?" Sekarang kat office lagi ke?"

"Ya.. dekat office la ni, cakap pun nak kena cover ni bang takut kantoi dengan bos.. jap saya nak keluar pergi lobby senang sikit"

So aku pun sambung conversaton sambil berjalan turun ke lobby...

"Oh, macam tu.. Saya ni En. Khalid dari **** dan nak invite adik lah untuk sesi interview jawatan Operation Engineer. Adik ada apply kan few days back dekat Jobstreet?"

Sebenarnya, aku pun dah lupa apa yang aku apply dekat Jobstreet tu. Aku main tekan je.. lupa dah aku ada apply company ni.. Company ape entah tak pernah pulak aku dengar namanya...

"A'ah ade.. memang saya apply pun kat Jobstreet" - Nampak sangat ayat cover buat-buat mintak dengan serious.

"By the way, saya nak tau la kenapa nak tukar kerja ye? Gaji sikit eh?"

dalam hati aku.. ("Amboi dia ni.. memahami betul... ")

"Haha.. tahu takpe memang gaji sikit.. tak sepadan dengan degree.. Cik pun tengok kan resume saya berapa income saya sebulan.. sedih kan?

"A'ah memang pun.. tu la tak sepadan dengan degree holder.. I mean engineering degree holder pulak tu. Takpe macam ni, saya ni dari ****, a Japanese company la, bukan local ye.. once received adik punya application saya dah forward ke manager untuk review and dia mintak saya call untuk arrange interview. Menwhile, nak tanya boleh ke saya arrange interview pada hari Rabu next week pukul 10 pagi?"

"Okay jugak.. boleh la"

"Okay nanti I'll send the details including map.."

Sejam berikutnya aku pun terima email dari dia... dia tulis selasa 10 December  jam 10 pagi.. Thwn dia call lagi..

"Hello, dik.. Saya En. Khalid tapi sorry sangat-sangat email tu salah nak betulkan, hari rabu 10 pagi saya tulis selasa"

"Okay-okay takpe saya faham.."

Dan lepas 10 minit dia call lagi..

"Hello.. saya ni En. Khalid lagi.. sorry sangat-sangat lupa nak cakap maklumlah hantar email tergesa-gesa dah nak balik ni kelam kabut sikit.."

"Amboi awalnye balik saya kat office bersepah lagi keje ni.."

"Haha.. biasa la.. nanti nak hadap jem lagi.. macam ni nanti bawak dokumen bla bla bla"

Aku rasa macam.. he made my day lah... dalam stress aku dekat office tu tiba-tiba ada datang sorang yang aku tak pernah kenal chill me up. Meanwhile, hari isnin aku ada interview di sebelah company encik Khalid tu jugak. Then, hari rabu di company tu and then hari khamis di KL. Entah lah, aku memang dah rasa mual dah dengan kerja kat sini. Apa nak jadi jadi lah aku memang nak tukar kerja and move on. Tapi.. baru aku sedar bila dah ada pengalaman bekerja di certain company, memang orang pandang. Dulu nak dapat satu interview pun susah. Sekarang sekali tekan butang apply kat jobstreet tu banyak pulak datang tak terlayan. Last week pun aku dah pergi 2 company and both of them offered the same position as I am now. Dan aku dah tak nak kerja position ni. Kerja coordinate everything dan buat orang menyampah sebab nak semua orang ikut apa aku plan. Sometimes, orang memang tak akan faham apa yang berlaku dalam seluruh sistem. Orang macam aku je tau dalam semua sistem tu apa yang masalah bila barang patut siap dan bila benda tu pelu dihantar ke customer. Meanwhile, aku tengok budak-budak engineer selamber je kerja buat bodoh je. Aku nak suruh siapkan sesuatu benda ambil masa 2 3 hari bazir masa ada dia kisah? Baik aku apply jawatan engineer je.




No comments: