Friday, December 19, 2014

Mendongak ke Langit

Kadang-kadang kita rasa macam dunia ni betul-betul tak adil. Kenapa orang lain dapat lebih daripada kita dan kenapa kita perlu berusaha gigih untuk mencapai sesuatu? Aku sedar. Hidup ini bagaikan roda. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Hidup aku tak pernah susah. Tapi, dalam setengah tahun akhir-akhir ni aku mula faham bertapa susahnya nak hidup. Aku mula faham aku perlu berusaha gigih untuk dapatkan sesuatu.

Hari Rabu, jam 1.30 ptg aku sampai di tempat yang dijanjikan. HR hubungi aku tempoh hari untuk temu janji aku bersama tuan Director. Aku tak sangka pertemuan kali ini dijadikan sebagai temuduga kedua. Aku tak bersedia langsung. Seperti biasa, temu duga dilakukan dengan mengenalkan diri aku kepada dia. Tapi, setiap frasa "event" hidup aku ditanya dengan mendalam. Apa aku buat semasa di sekolah? Semasa diploma? Semasa degree? Huraian mengenai projek akhir di universiti? Dan paling mendalam mengenai pekerjaan aku sekarang. Banyak ditanya bahagian teknikal. Pengetahuan dalam engineering dan sebagainya.

Habis 30 minit mengenai aku dan pengalaman. Aku ditanya pula mengenai kebolehan menyelesaikan masalah. Sejam masa diambil untuk "Personality Test" aku rasa macam nak give up. Aku tak pernah lalui sesi temuduga seterik ini. Dah macam nak menangis aku dibuatnya dalam bilik tu. Semua soalan personaliti dan psikologi yang ditujukan kepada aku dijawab salah belaka.

Sampai satu ketika, dia tanya aku;

"It's kinda hard right?"

"Of course it is! I never been through this kind of test!"

"Do you think you pass? U think u gonna be selected?

"I have no idea. Really. I just failed the personality test"

"Don't mind with the test. Take it easy. It's fine"

Tiba masa aku pula bertanyakan soalan. 

"Why did the previous engineer left?"

Jawabnya, engineer lepas dah tak tahan dengan kerja ni dan berhenti. Tapi, dia telah bekerja selama 5 tahun disitu. Aku diberitahu di company tu jarang yang berhenti. Ada lah seorang dua dalam tempoh 2 3 tahun. Sebab tu mereka teliti dalam memilih seseorang untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

 Habis sejam setengah masa berlalu. Kemudian, aku ditemuduga pula oleh senior engineer. Hanya ditanya soalan basic dan dia lebih banyak terangkan mengenai skop tugas. Sejam berikutnya sesi temuduga tamat. Aku terus pulang ke rumah dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Dalam kebasahan aku balik mandi dan terus terbaring. Aku menangis. Aku mungkin gagal untuk mendapat tempat. Aku tak pernah menyangka satu temuduga yang begitu susah akan terjadi. Tak pernah aku lalui sesi temuduga sesusah itu. 

Aku terdiam dan bisu. Hanya termenung mengenangkan nasib. Semua hanya sekadar angan-angan. Aku terlalu cepat meletak harapan. Terlalu cepat berangan-angan untuk bejerja dengan gaji yang lebih lumayan. 

Jam 6.40 petang. Telefon aku berbunyi. Panggilan dari nombor yang aku rasa biasa. 

"Hello. Salam.. Saya ni encik **** macam mana interview tadi? Okay ke? Sorry la saya tak sempat jumpa tadi saya perlu ke kastam."

"Susah sangat-sangat interview tadi. Tak pernah kena interview sesusah tu"

"Memang la. Dia kan director. Tapi saya nak confirmkan sesuatu ni. Kat form interview ni ditulis macam ni - Ask him and get confirmation via phone whether he can work on shift or not. If Yes, hire him. If not... I don't know."

Jawabku.. "Boleh je. Takde masalah pun lagipun saya bukan buat apa pun malam-malam"

"Eh jangan cakap macam tu. Bukannye apa, sekarang ni bukan ada shift lagi pun. Tapi dalam pertengahan tahun depan maybe kita akan ada expension so sime engineer perlu masuk shift dan saya tak sure lah maybe awak or maube orang lain yang kena. Tapi nak make sure semua engineer agreed dulu la"

"Boleh je cik saya takde masalah"

"Okay kalau macam tu lepas ni please alert saya punya call ye. Saya akan call lagi untuk detail tentang medical checkup and so on. Saya dah buat proposal gaji awak untuk bos saya dan nanti dia bagi keputusan I'll straight let you know. Maybe.. It's way more than you expected lah. Alhamdulillah la. Kan? Lepas tu, kita ada 3 kali bonus sebulan gaji pada bulan Mac, July dan December. Seronok tak? Boleh bantu parent dah lepas ni."

"Terima kasih la cik. Saya ingat dah tak dapat dah. Kena bantai teruk dah tadi. Ni cik tak balik kerja lagi ke?"

"Tu la tadi saya pergi kastam lepas balik saya tengok form ni then saya terus call la. Berita baik kan, baik saya sampaikan. Tak elok tangguh lama-lama"

Alhamdulillah. Hati rasa tenang setenangnya. Mati-mati aku ingat dah tak dapat. Cara ditemuramah macam aku ni semua serba tak boleh. 

Mungkin, hidup aku akan berubah selepas ni. Aku tahu, segala dugaan dan cabaran yang aku lalui sekarang ni akan hilang. Aku dah pun berada di tahap paling bawah dalam hidup aku. Seteruk mana lagi akan aku lalui aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, walau apa pun dugaan yang Allah berikan ianya kerana Dia ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku ada sebelumnya. Terima kasih Ya Allah!






2 comments:

Anonymous said...

Plzz selalu update ur blog k.im ur silent reader sehari adelah baca blog ni 2-3 kali even dh byk kali khatam haha mybe sbb kita hampir senasib..

azli7079 said...

Tahniah...permulaan 2015 yg sgt baik, saya tak tahu kenapa saya seronok baca kt blog ni, lepas satu, satu saya baca.... tahniah....