Sunday, December 14, 2014

Janji Allah itu Pasti

Setelah beberapa bulan aku bergelut dengan hidup yang agak sukar, aku sudah mula nampak jalan keluar dari semua permasalahan ini. Memang sejujurnya sejak aku berpindah ke rumah sewa hidup aku agak susah. Gaji aku tak sampai setengah bulan pun dah habis. Bayar utiliti semua tinggal la seratus dua untuk aku bertahan hingga awal bulan berikutnya. Bukan aku tak bersyukur, tapi aku cuba cari sesuatu yang lebih baik. Kalau macam ni selamanya, sampai bila aku tunggu untuk bantu kedua orang tuaku?

Alhamdulillah.. Aku sudah diterima kerja di salah sebuah syarikat multinasional sebagai seorang Jurutera Operasi. Pada sesi temuduga, aku tak mengharap apa-apa pun. Aku kurang berkeyakinan. Yelah, aku dari company kecik nak apply untuk jawatan engineer di company besar. Bila jejak kaki ke tempat tu aku rasa segan. Tempatnya besar, lobbynya lebih canggih. Terpukau aku dengan suasana tempat kerja di situ. Sebelum aku ditemuduga oleh manager, HR bagi aku tips dan intro pasal company dan apa yang aku akan dapat kalau aku dilantik sebagai engineer disitu. Mereka tawarkan gaji dan elaun yang cukup banyak. Lebih dari jumlah PTPTN yang aku pernah dapat setiap semester di universiti dulu. Jauh lebih besar dari gaji si Rahim. Aku dengan tenang mengiyakan saja apa yang diberitahu oleh HR. Dalam hati aku, terdetik.. "Layak ke aku dapat jawatan ni? Macam tak logic je"

Sesi temuduga semua berjalan dengan lancar. Aku jawab semua soalan dengan jujur dan entah macam mana terdetik dalam hati aku boleh tanya si interviewer;

"What makes me your candidate for this position? What did you see in my resume that makes you call me for this interview?"

Masa tu memang awkward sangat. Si interviewer pun dah terpinga pinga macam mana nak jawab soalan aku tu. Dia cakap;

"I saw your current job scope fits for this position. I think you as a planner has the skills I required. My requirement is simple. I'm not looking for an expert, I just need someone who can coordinate people, well communicate with other departments and hard working. I see that in your resume. All planners knows how to communicate and coordinate right? I have 200 employees and 80 machines to take care of in my department. If you were selected, you'll be joining the other two engineers to take care of these employees and machines, also sustain the KPI by daily basis. Don't worry it's not project basis like you currently doing."

Jawapan aku.. "Oh.. I see"

Aku rasa memang give up. Aku rasa macam tanggung jawab tu besar sangat. Mampu ke aku buat nanti? Lepas sesi interview, aku balik rumah terus terbongkang tidur. Takde harapan.

Bangun dari tidur petang tu, aku nampak 7 missed call. Ada 1 mesej;

"Call saya semula. Urgent"

So aku pun call. Rupanya aku diterima kerja. HR mintak aku scan pay slip terkini dan email kepada dia serta bagi tarikh untuk masuk kerja. Aku kaku. Tak tahu apa nak cakap. So HR tu yang tetapkan;

"Macam ni lah.. 15hb January okay?"

"Haa ok la macam tu.. Terima kasih encik"

Hari rabu ni aku perlu pergi ke company tu lagi untuk berjumpa dengan Director. Katanya bukan interview. Tapi lebih kepada chit chat dengan top management. I'm dead. Wish me luck guys. Alhamdulillah...

4 comments:

Ryzrien said...

Pernah rasa pengalaman cam nih.. dr kerja kt opis jenis kedai pejabat 3 tingkat.. masa pergi interview.. tngok bangunan dah rasa mcam x layak.. smpai naik lift pon x reti sebab pakai sistem kad.. tp Alhamdulillah.. janji Allah itu Pasti.. :)

Ibnu Kaula said...

Salam

Aku dah lama ikut blog ko sejak ko dengan Rhm lagi. Kadang-kadang aku simpati dan kesian dengan nasib naik turun ko. Tapi kali ni, post ini terutama buat aku rasa sangat happy. Happy dengan kau. :) Alhamdulillah!

Aku harap kau terus happy dan terus sabar dan kuat untuk menghadapi kehidupan dengan sedaya upaya kudrat.

Kau hebat sebenarnya. Aku harap kau sedar akan itu. Dan moga Allah Taala senantiasa jaga kau sepanjang masa insyaAllah :)

Really happy for you! :)

Go fly
and reach the stars
up at the high sky!

CroniXsouL said...

Terima Kasih Ibnu Kaula.. :)

bukankosong said...

kdg kita jgn pandang rendah kat diri sendiri

tp even berjaya nnti jgn pula lupa diri

btw gd luck k! :)