Sunday, October 19, 2014

Masa Berlalu

Entah. Aku tak pasti apa yang aku fikirkan. Kadangkala aku cuba untuk terima seseorang untuk menjadi satu cerita dalam hidup aku, tapi hati ini seakan tidak merelakan. Aku lebih selesa bekerja hingga lewat petang dan lepak bersama teman sekerja. Azuean, mula menunjukkan tanda untuk kembali. Tapi aku sekadar menolak. Aku tak lagi inginkan lelaki bertubuh sasa. Sekarang, aku lebih terpesona dengan mereka bertubuh biasa dan kurus. Entahlah.. Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu, hati ini sudah tertutup dan sukar dibuka oleh sesiapa pun. Apa yang aku inginkan hanyalah kerjaya yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin.

Dulu, aku mewah. Hidupku diatas. Segala kemahuanku ada saja yang tunaikan. Segala keinginanku pasti akan dikotakan. Hingga aku hanyut dan aku buta dimana masa depan. Aku tak buat apa-apa persediaan pun. Kerana aku sudah selesa dengan apa yang ada. Tapi bila masa berlalu pergi, segala yang aku ada hilang semuanya, aku mula sedar. Aku perlu berdikari. Aku perlu berusaha dengan apa cara sekalipun untuk aku terus hidup. Hidup aku, lain dari mereka. Hidup aku ganjil. Hidup aku penuh dengan kegagalan. Hidup aku... Penuh dengan penderitaan. Bibir ini seolah-olah sudah lali dengan rasa kegagalan dan penderitaan. Hanya mampu tersenyum walau dalam apa keadaan sekalipun. Pernah aku diuji dengan hal kerja di pejabat, aku hanya selamba diam tak berkata-kata dan senyum seakan tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Kata mereka;

"T**, kau tak ada perasaan ke? Ada masalah pun boleh senyum rileks depan pc tu?"

Jawabku; "Biar Allah tentukan, ini hanya dugaan kecil yang diberi untuk aku belajar dari kesilapan yang amat kecil, supaya aku lebih teliti dalam membuat keputusan"

Masa itu berlalu dengan perubahan di sekeliling. Begitu cepat aku hilang identiti asal. Begitu cepat aku hilang segalanya. Begitu cepat aku memulakan hidup baru dengan teman-teman yang amat ramai sekali yang Allah turunkan kepadaku. Alhamdulillah ya Allah.

No comments: