Tuesday, October 28, 2014

Lenyapkan Memori Di Langkawi

Percutian selama 2 hari di Langkawi bersama kawan-kawan membuat aku lupa segala kenangan aku bersama dia di Langkawi suatu ketika dulu. Percutian yang tak dirancang. Segalanya begitu cepat dan aku agak takut untuk menjejak kakiku di bumi Langkawi pada awalnya.

Banyak kenangan aku bersama dia di Langkawi suatu ketika dulu. Bila teringat akan Langkawi, pasti wajah dia akan muncul di benak fikiran kerana itu satu-satunya kenangan yang sangat bermakna dalam hidup aku sebelumnya. Kini, bila disebut 'Langkawi' pasti kenangan bersama teman-teman yang aku ingati.. Bukan lagi kenangan bersama dia. Percutian ini banyak meninggalkan kenangan manis bersama mereka. Banyak dugaan yang kami tempuh dan tempoh 2 hari di sana diisi dengan penuh aktiviti yang menyeronokkan. Aku bersyukur kerana Tuhan beri aku waktu dan kesempatan untuk aku buang segala kenangan aku bersama dia.

Sampai di langkawi sekitar jam 2 petang, terus kami uruskan kereta sewa dan tempat tinggal. Petangnya mandi pantai dan malamnya membeli belah dan lepak di bar berdekatan sambil menonton live band. Larut malam bercerita hal hati dan perasaan.

Keesokannya, terus ke Oriental Village untuk naiki gondola ke puncak gunung Mat Cincang. Sambil pusing-pusing ke semua tempat di pulau, setiap seorang daripada kami belanjakan lebih RM1000 untuk percutian kali ini. Kebanyakan habis dengan hiburan dan makan-makan. Tak ada lah beli banyak barang pun. Urm.. Ya.. Aku dah pun pokai sebelum gaji bulan depan. Tapi tak rasa menyesal langsung semuanya berbaloi baloi.










No comments: