Sunday, September 28, 2014

Cinta Sudah Mati

It's been awhile aku tak update blog ni dan tak melayan any text messages yang masuk dalam inbox fon. Bukan apa, aku dah malas nak bicara tentang hati dan perasaan. Ianya kadang kala menyakitkan dan mengimbau kenangan yang tak perlu dikenang lagi. Aku sudah pun lupakan dia dan aku tak ingin lagi mengulangi kesilapan aku dengan jejaka seterusnya.

Dengan kesibukan aku di office, aku tak punya banyak masa untuk fikirkan tentang hati dan perasaan. Aku biarkan saja semuanya berlalu dan aku pasti Allah akan datangkan kepadaku seseorang yang mampu menambat hati aku. Aku semakin dikenali ramai dikilang  kerana aku seorang planner. Kerja aku, uruskan produksi kilang dan push semua orang mengikut jadual aku. Ada yang benci aku dan ada yang suka aku. Sudah pasti kerja aku memang tidak disukai ramai kerana aku satu-satunya orang di kilang yang akan wujudkan situasi tegang dan panik dalam production. Bila datang satu projek dengan lead time yang pendek, sudah tentu semua orang akan bertungkus lumus siapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. 

Pendekatan aku mudah, aku berbaik dengan semua orang. Aku tak anggap orang-orang di bawah sebagai kuli, aku anggap mereka sebagai satu team yang membantu aku siapkan kerja dan hantar barangan yang dipesan pelanggan pada masa yang ditetapkan. Dalam semua-semua department, aku paling rapat dengan bahagian QA. Mulanya, bagi aku department QA salah satu department yang lembab buat kerja. Tiap hari pagi dan petang aku akan masuk ke makmal QA untuk push mereka siapkan kerja.

Bila dah setiap hari dengan mereka, aku rasa macam ada chemistry untuk aku lepak bersama. Selalu habis waktu kerja kami akan lepak sama-sama. Kata mereka, selama mereka kerja di situ tak pernah lagi planner nak kawan dengan technician dan supervisor seperti mereka.
Well, honestly aku suka kawan pun sebab budak-budak tu memang hensem haha.

Dalam semua-semua aku paling suka si Rodi. Dia memang baik sangat. Rupanya seakan Rahim, bezanya dia lebih tinggi. Gaya berjalan, pemakaian, gaya percakapan, bentuk badan dan rupa wajah memang betul-betul seiras Rahim. Aku pernah tegur;

"Mat Rod, hg memang dah takda baju lain ke selain jersey bola?"

Jawabnya;

"Salah ka pakai jersey bola? Aku suka, selesa"

Jawapan sama bila aku ajukan soalan kepada Rahim 4 tahun yang lalu. Setiap kali barang aku lalui proses inspection, Rodi akan bantu aku siapkan cepat-cepat. Dia tahu, budak-budak lain takkan buat dengan cepat sebab banyak lagi benda lain yang mereka perlu uruskan. Pernah dia disalahkan kerana barang aku hilang selepas dia buat inspection. Padahal, engineer gunakan sebahagian lot barangan aku untuk replacement kepada customer. Kesian dia kena marah. Aku diam tak boleh nak backup sebab aku planner dan dia QA. Memang secara rasminya planning department akan salahkan QA jika ada isu kualiti ataupun shortage quantity. Tapi Rodi memang baik sangat, dia selalu ajak aku keluar, siap nak ambil aku dirumah. Tapi tak pernah pun aku setuju untuk keluar bersama. Lepas balik kerja, selalunya aku mengadap pc aku dan study apa yang patut. Aku dah tak ada mood nak berseronok. Hidup aku sekarang hanya dengan kerja. Balik kerja, rehat, dan tidur sebelum jam 12. 

Semalam, aku tak boleh lari dari dia. Dia ajak aku keluar bersama main game. Sepatutnya hari sabtu aku cuti dan dia bekerja separuh hari. Kebetulan ada banyak kerja, aku datang ke pejabat untuk siapkan. Bila jam 1 petang, waktu pulang dia tunggu di tempat letak motosikal. Dia ajak aku makan bersama kawan-kawan QA dia yang lain. Aku ikutkan saja. Lagipun aku tak ada apa-apa nak dibuat dirumah. Lepas makan, kena paksa pulak temankan dia main game. Bila dah teman mesti la aku main sekali kan. Sedar tak sedar sampai pukul 7 petang. Entah kenapa, dalam ramai-ramai yang aku minat dalam kilang tu, si Rodi ni memang lain dari yang lain. Dia seakan bayangan Rahim yang datang dalam bentuk yang lain. Dia nampak lebih matang dari Rahim walaupun usianya jauh lebih muda. Aku tak mahu letak apa-apa harapan pun, dan kalau boleh aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan sesiapa. Aku sudah serik dikecewakan. 

Rahim sudahpun mati dalam hidup aku. Tak ada apa lagi yang aku kenangkan. Aku buang segala kenangan bersamanya dan segala media yang membolehkn aku hubungi dia. Aku dah pun block dia dari FB aku. Secara tak langsung dia tak boleh stalk aku dan aku tak boleh stalk dia. Entah apa dah jadi dengan dia sekarang aku dah tak peduli. Yang pasti, aku tahu Tuhan dah sediakan balasan yang setimpal untuk dia suatu hari nanti.

Hidup aku selesa, walaupun tak semewah aku bersama Basyeer dulu. Aku rasa semuanya cukup. Aku belajar untuk hidup secara bersederhana. Ini adalah pelajaran yang paling hebat dalam hidup.


2 comments:

Anonymous said...

Salam....saja nak tanya, you tak riau ke kot identiti u di discover??..mana la tau kot pembaca blog ni kerja di tempat yg sama atau berhampiran atau ada business dealings dgn company tempat u keje....i risau la for you...hope you'll be ok.

Anonymous said...

'risau'...riau plak..