Monday, August 25, 2014

Secret Admirer

Fuhh...! Penat sungguh hari ni. Hari pertama aku di kilang tanpa 'guru'. Husna, senior aku dah pun selamat berhenti pada Jumaat lepas dan dia dah pun mula kerja di syarikat baru. hari ni, semua projek yang dia pernah pegang semuanya di hand over kepada aku. Dalam 12 orang planner di syarikat aku, aku orang ketiga pegang projek terbesar dan projek ni pulak boleh dikatakan agak kritikal sebab semua projek aku adalah dari client utama dan terbesar. Satu je silap, habis satu kilang akan cari aku. Hari ni, boleh dikatakan hari paling sibuk dalam hidup aku. Tak sempat duduk di pejabat ada saja kerja nak dilakukan. Dari pagi sampai ke pejabat, baru balas setengah email dapat panggilan telefon turun ke production. Balik office balas emel , turun lagi ke production jumpa orang sana sini bincang masalah dan sebagainya. Telefon tak henti-henti berdering. Pukul 7 baru balik rumah, lepas waktu kerja dah tak berapa sibuk aku duduk di pejabat siapkan kerja. Cepat betul masa berlalu, 5.30 petang aku duduk taip menaip depan komputer tu tengok jam sekali lagi dah pukul 7.

Bukan aku nak cerita bab kerja kat sini, tapi aku nak cerita yang hari-hari aku semakin mencabar. Aku suka kerja ni, suka sangat. Walaupun gaji aku sebelum confirm ni tak lah seberapa, tapi aku bersyukur Allah dah pun makbulkan doa aku. Doa aku mohon supaya aku diberikan kerja yang fit dengan minat dan gaya hidup aku. Aku yakin, satu hari nanti aku akan berjaya macam orang lain jugak. Tiap hari ada saja masalah baru dan aku belajar benda yang baru setiap hari. Pendek kata, kerja ni tak akan bosan sebab tiap hari ada saja benda baru yang datang. Tekanan kerja tetap ada tapi bila tekanan kerja tu datang, hidup aku dah mula sibuk, aku terus lupakan semua tragedi dalam hidup aku. 

Hidup aku, dari dulu hanya jadi tulang belakang kejayaan orang lain. Kebanyakan yang rapat dengan aku semuanya dah pun berjaya, termasuklah yang pernah siksa hati aku. Entah lah, kenapa Allah beri kejayaan kepada orang sekeliling aku padahal aku tak kemana. Aku yakin, suatu hari aku akan diberi kejayaan seperti mereka. Orang kata, aku pandai beri semangat. Mie berjaya kerana aku di belakangnya. Ched berjaya juga kerana aku di belakangnya. Firdaus juga dah jadi kapten kapal besar pun ada aku dibelakangnya. Tapi, kelemahan aku, aku tak mampu beri semangat untuk diri sendiri. Bila aku jatuh, tak ada sesiapa pun yang mampu tarik tangan aku untuk bangun semula. Aku bangga mereka berjaya dalam hidup, itu yang aku inginkan. Tapi, aku langsung tak mampu untuk berbangga dengan hidup aku kerana ketika ini pun aku masih berharap pertolongan orang lain. Entah lah, sekarang ni aku serahkan semuanya kepada Allah untuk tentukan arah hidup aku. Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Ha... ni aku nak cerita the best part kat tempat kerja. Aku sebenarnya, paling happy kerja kat kilang tu sebab kebanyakan yang bekerja di situ masih single, muda-muda dan kebanyakan hensem. Hehe. Ada la beberapa orang yang menambat hati aku. Tiap pagi aku akan kejar dia untuk buat inspection barang-barang aku sebelum dihantar kepada customer. Masa aku mula masuk dulu, dia ni aku nampak macam kerek semacam. Bila dah kenal rupanya dia ni baik. Rutin harian aku memang tiap pagi aku akan berjumpa dengan dia. Sekarang dah pandai mengusik aku. Hehe. Budak kedua aku suka, budak IT. Kerja dia ni troubleshoot computer, buat wiring and so on lah. Budak IT kan. Sebenarnya aku boleh dikatakan dah expert dalam bidang komputer ni. Tak perlu panggil dia pun aku boleh settlekan sendiri. Sejak hari pertama aku masuk kerja, dia ni macam suka rapat dengan aku je. Hari pertama aku keluar makan sorang-sorang, kebetulan dia pun makan di kedai yang sama. Dia dengan tanpa segan silu terus duduk tepi aku dan dia ajak kawan-kawan department IT dia sekali. Zam ni kulit hitam manis, tinggi sikit je dari aku. Ada janggut sikit, kurus kering macam si Rahim. Hari ni, aku terpaksa pindah office sebab department aku diarah berpindah ke bagunan utama dekat dengan bilik tuan director. So lepas ni senang la si tuan director nak soal siasat bila ada masalah. Kebetulan pulak, space dah penuh terpaksa la kami berkongsi space dengan department IT. Jadinya, aku dengan budak ni dah makin rapat la. Awal pagi dia dah masuk office aku nak angkat PC. Aku cakap, PC aku tengah guna nak reply email. Dia tunggu aku siapkan kerja, padahal orang lain dah ready dah. Dia tunggu nak angkat barang-barang aku jugak. Bila dah pindah ke bilik baru, barang orang lain pun tak sempat diangkat, dia terus setup PC aku siap dengan network connection. Barang orang lain dia suruh budak-budak bangla angkatkan. Eh.. rasa special pulak kat situ kan.. Seharian dia duduk kat bilik aku setupkan office untuk aku. Sebelum balik tiba-tiba monitor aku jadi masalah. Gambar jadi blur semacam.

"Zam, tengok ni monitor jadi apa?" Soal aku.

"Ni masalah kecik ja ni, mai sini nak buat.." jawab dia.

Memang mudah, terus dia ambil monitor baru dalam kotak dan pasangkan kat aku. 

"Suka dak? Kalau tak suka aku cari lain" Soal dia.

"Eh.. benda baru mesti la aku suka!" jawab aku.

Benda paling surprise aku dapat hari ni, ceritanya macam ni. Dah dua tiga hari nombor plate motosikal aku tu senget sebelah sebab screw dah jatuh. Aku tak sempat nak singgah bengkel motor. Lagipun rasa leceh nak singgah sebab nak tambat satu screw je. Kalau ikutkan aku, nak je biar sampai nombor plate tu jatuh then aku buat baru. Hehe. Kebetulan, masa aku nak balik tadi, aku nampak nombor plate motor aku dah ditambat cantik dengan screw baru berwarna purple. So sekarang ni aku tengah terfikir siapa la gerangan yang baik hati tambatkan screw aku tu. Hmmmm tak boleh tidur malam la gamaknye malam ni....




2 comments:

Din said...
This comment has been removed by the author.
azli7079 said...

Saya sdg melewati hati sukar dh 3 hari ni, x sangka, baca cita ni mbuat terhibur... trm ksh ya