Friday, August 8, 2014

Realiti Hidup

Ramai yang rasa, bila mereka baca blog ini mereka mampu menilai siapa aku. Bahkan, mereka yakin aku adalah seseorang sepertimana mereka rasa. Tapi, bagi aku sesiapapun tak mungkin kenali siapa sebetulnya aku selagi tak pernah wujud dalam kisah hidup aku. Belakangan ni, ada saja pembaca blog ini yang cuba jadi sebahagian daripada cerita disini. Ada juga yang nak jadi watak Mie. Ada juga nak gantikan Rahim. Ada juga yang nak ubah jalan cerita hidup aku sepertimana yang dia inginkan. 

Aku hanya manusia. Dan pada ketika aku kesunyian, disakiti, ditinggalkan dan dipermainkan, hati aku semakin keras. Aku sendiri tak tahu apa yang aku inginkan sekarang. Yang aku tahu, aku nak ubah hidup aku supaya dihormati oleh orang lain. Aku dah tak kisah sesunyi mana hidup aku asalkan aku tak salah memilih untuk sekian kalinya. Aku tahu bertapa sakitnya bila ditinggalkan. Aku akan ingat sampai ke liang lahad bagaimana seseorang yang cuba bersungguh-sungguh untuk dapatkan hati aku sehingga dia berjaya dan kemudian dicincang lumat. 

Dulu aku tak pernah terfikir aku akan hidup sesusah ni. Dimana saja aku hidup pasti ada tempat bergantung. Bila satu hari, pada masa aku tak lagi punya tempat bergantung, aku ditinggalkan terkebil-kebil mencari tempat berlindung. Tapi, bila sudah jemu hidup dengan bergantungan, aku mula melangkah untuk belajar erti hidup. Hidup aku selama ini dibayangi zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Aku sedar aku sendiri belum bersedia untuk menjadi seorang dewasa. Tapi, usia kita tidak akan pernah boleh diubah. Itu realiti hidup yang perlu ditempuh setiap insan. Hari tua yang akan mendatang selama ini yang buatkan aku takut. Aku takut untuk hidup dalam kesunyian. Hidup tanpa belaian kasih sayang. Tapi, apa saja yang akan mendatang akan aku cuba tempuh dengan ditemani Allah tuhanku. Dia saja yang mampu temani aku hingga ke akhir hayat aku.

Hari ni, Mie akan meminang gadis idamannya. Silap aku. Aku lupa tarikh yang diberikan. Dan hari ni aku bekerja. Aku tak sempat hadiri majlis tersebut. Semalam semalaman dia memujuk untuk aku hadir. Sebelum ini aku ingatkan rumah kekasih dia di Penang rupanya di Sungai Petani. Memang aku tak sempat dan aku tak apply pun cuti. Silap aku. Memang silap aku. 

4 comments:

Anonymous said...

actually sy mengalami situasi yg hampir sama ngn awk. cuma sy masih bertahan even hati saya menangis setiap hari. saya xde kekuatan utk btol3 lepaskan relationship sy sb i have nothing. xde kawan xde sahabat xde segalanya. sb tu saya masih cuba utk bertahan. bagi sy awk kuat dlm mengharungi segalanye n awk ada rakan utk support...

lelaki seksi said...

Lupakan saja dia walaupun dalam hati ada sayang jangan terlalu tunjukan yang awak masih sayangkan dia secara depan-depan takut nanti dia semakin ego terhadap awak...

Anonymous said...

Satu hari nanti, jika adik sudah umur 4ohan ke atas, bila adik dah berumah-tangga, beranak pinak...adik akan lihat ke belakang segala yg adik lalui semasa muda ini dgn senyuman - yes, you will look back in amusement about the lthings you went through when you were young and innocent.... begitulah kehdupan di dunia ini... just call me uncle...i went through it too when i was young... now when i look back ..."how silly"....i say to myself. hahaha... tapi itu adalah liku2 hidup seseorang yg pernah bercinta dgn lelaki dan juga pompuan... tapi kenangan semasa muda memang indah..walau pun ada kepahitan. Ia mematangkan kita. I dedicate a song to you... pls tgk dlm u tube lagu bertajuk "Yesterday when I was young" nyanyian Dustry Springfield ataupun penyanyi French Charles Aznavour...


Keep on writing, I enjoy reading your stories because i can relate to it. All the best to you in all your undertakings, cute boy.

Anonymous said...

Dusty Springfield...bukan Dustry... typo error