Thursday, August 7, 2014

Kerja Kerja Kerja

Sebagai seorang yang tak pernah ada pengalaman sebagi Planner, memang hari-hari aku agak mencabar kebelakangan ni. Banyak benda yang aku perlu belajar. Tapi, semua tu jadikan aku lebih serious untuk teruskan hidup. Buat aku lebih serious untuk mencipta masa depan aku yang tak pasti. Tapi, apa yang aku pasti, aku mampu menjadi seseorang jauh lebih baik daripada sebelum ini. Aku bersyukur kehadrat Allah kerana diberi peluang. Allah itu maha kuasa, maha pengampun, maha penyayang. Pada saat aku kecewa ketika sesi temuduga aku gagal, aku masih mendapat jawatan yang aku pohon. Walaupun gajinya tidak seberapa untuk pekerja tanpa pengalaman seperti aku, aku bersyukur kerana ini satu-satu peluang yang Allah berikan untuk aku memperbaiki setiap sudut dalam hidup aku. 

Kerja aku banyak bergaul dengan orang. Sebagai Planner, aku perlu kenal semua orang di kilang. Dalam sebulan lagi, semua orang akan kenal aku. Setiap produk aku perlu follow up sampai siap. Pagi tadi, Managing Director turun ke padang untuk berjumpa aku. Aku ingatkan kebetulan, rupanya dia memang cari aku di pejabat tapi aku tak ada jadi dia turun ke production untuk jumpa aku. 


"Are you #$%^&*?"

"Yes. I'm the new Planner here." jawab aku. Padahal aku belum kenal siapa dia, aku buat-buat kenal jelah.



"How's your job? Are you comfortable with it? Anything I can help?"

"Everything is okay. I'm still learning and get myself familiar with the environment and my responsibility. I'm still not able to run the production myself."

"Okay, after you print out all the product drawings and BOM, you come and see me. Bring along the drawings and BOM I have few things to ask. I'm Dato' !#%*$ by the way."

Dia beritahu aku supaya pergi ke pejabat dia bila-bila masa aku lapang. Tanpa buang masa, dengan rasa gugup, aku pergi jumpa dia pada waktu petang. Aku ingatkan aku ada buat silap, rupanya lain pula situasinya.


Aku masuk ke bilik dia dengan rasa gugup. Tapi dia hanya senyum melihat aku dan disuruh duduk. Dia tanya beberapa soalan peribadi dan detail tentang diri aku seperti masa aku ditemuduga oleh manager aku. Dia juga tanya berkenaan pengetahuan aku dalam pengurusan inventori dan pengurusan production. Semuanya aku dapat jawab.


"I know you will be my champion. You will be my good planner one day. That's why I wanted to see you"

Bila dah dia cakap macam tu, baru aku rasa lega. Dia ajar aku selok belok pengurusan kilang, macam - macam dia ajar. Katanya, dia akan beri tunjuk ajar sehingga aku mampu mengajar orang lain. Lepas ni setiap email urusan aku dalam kilang, aku perlu 'CC' kepada dia. Dia nak tengok perkembangan aku. Katanya, 


"From now on, I'm your trainer. There is no boss in this company. We are all the same level working for this company"

Banyak yang aku bincangkan dengan dia. Dia banyak beri aku semangat untuk terus bekerja. Jika ada apa-apa masalah boleh terus rujuk dia tanpa melalui manager aku. Bila aku keluar je dari bilik Director, manager aku terus panggil. Terus soal siasat aku apa yang ditanya. Dia kelihatan agak resah, yelah takut aku mengadu benda pelik-pelik. Sejak aku masuk ke syarikat tu, aku banyak habiskan masa dengan rakan sekerja belajar sendiri dengan rakan sekerja. Manager yang ada pun tak pernah bagi apa-apa arahan. Sebaliknya dia pulak tanya aku macam mana aku kerja, duduk kat mana, computer email dan login windows dapat ke belum. Patutnya dia yang uruskan semua. Pelik kan? Macam aku pula yang jadi manager. Company ni pelik sikit. Selalunya, orang atas akan tekan orang bawah. Disini, orang bawah yang selalu tekan orang atas. Bayangkan, kerja aku perlu bodek budak-budak production supaya siapkan kerja on time. Kalau mereka merajuk memang susah la. Habis semua kerja delay. Kena pula ambil hati budak-budak QA untuk cepatkan proses inspection project aku. Ahh.. pelik. Patutnya aku yang bagi arahan bila barang aku nak disiapkan. 

Sepanjang aku di syarikat baru ni, semuanya okay. Aku happy dengan kerja baru aku, dan aku memang berminat dengan kerja ni. Budak-budak bawah pulak memang baik. Hensem-hensem pulak tu. Cuma dengan pekerja golongan tua la susah sikit aku nak rapat. Macam berlagak pun ada. Hilang semua masalah aku tanggung semua ni. Kerjanya agak sibuk, tapi enjoy. Kerja ni buat aku lupa siapa aku sebelum ni. Budak loser yang ditinggalkan terkontang-kanting mencari tempat bergantung. Bila semalam aku buka instagram, Rahim pos ada seseorang login FB dia. Aku tau dia ingat aku yang login dan stalk dia. Sebelum ni pun aku pernah buat masa pertama kali putus dengan dia dulu. Tapi kali ni aku memang menyirap la, sebab aku memang tak ada masa langsung nak stalk dia. Dia dah hilang dalam hidup aku. Aku dah tak kisah apa dia nak buat dengan hidup dia. Cuma aku harap jangan suatu hari dia datang melutut minta maaf sebab pintu hati aku dah tertutup untuk memaafkan orang seperti dia.

Aku mampu maafkan Ed yang cuba bunuh aku semasa aku mula bersama Rahim dulu. Aku bantu dia apply kerja di tempat aku. Minggu depan dia ditemuduga. Aku mampu maafkan dia. Dia pernah aibkan aku, dia pernah cuba bunuh aku. Sebab dia tak pernah lukakan hati aku sepertimana Rahim lakukan. Di tak pernah kecewakan aku sepertimana Rahim kecewakan aku. Sememangnya kemaafan aku tinggi nilainya. Dalam hidup aku, aku tak pernah maafkan mereka yang telah menyakitkan hati aku.


No comments: