Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan

Hari ini, aku dah okay. Aku dah mula senyum. Cuma selera makan aku belum ada. Sejak hari pertama puasa, aku hanya minum ketika berbuka dan makan sesuap nasi ketika sahur. Aku tak rasa penat, dan aku juga tak berasa lapar. Semalam, aku cuba paksa diri makan murtabak, habis muntah semuanya. Biar lah, mungkin badan aku berubah angin. Mau kurus agaknya. Aku dah delete post sebelum ini yang mendedahkan siapa Rahim. Aku lakukan itu dalam keadaan marah dan tertekan. Aku rindu, kecewa, sakit hati, marah, sayang dan macam-macam perasaan yang hadir. Tapi hari ni aku dah dapat kawal. Malam tadi, selepas solat terawih Hashim ajak aku pergi karaoke. Rupanya dia baru putus hubungan dengan awek dia yang dah bersama sejak 6 tahun. Aku 3 tahun lebih pun tak tertahan dia pulak 4 tahun. Dah tu dikebas kawan baik pulak. Rupanya ada yang lebih teruk dari aku. Aku dipermainkan tapi aku tak la sampai diduakan. Lepas balik karaoke kambi borak panjang dari hati kehati. Aku rasa lega. Ada teman ketika saat mencabar ni. Tapi aku runsing fikirkan macam mana nak bayar hutang orang yang aku buat untuk Rahim. Aduh. Pening. 

Apa pun, aku yakin. Allah berikan aku dugaan seberat ni supaya aku belajar, supaya aku tempuh. Mungkin Dia sediakan sesuatu yang besar menanti dalam hidup aku. Aku yakin, janji Allah itu pasti. Dia tak pernah mungkir janji, Dia maha adil lagi bijaksana. Dia maha pemurah. Cinta aku sekarang hanya kepada Allah. Dia boleh berikan aku kebahagiaan tatkala manusia tak mampu berikan kebahagiaan kepada aku. Dia tempat aku berlindung. Aku redha dengan segala kehendakNya. 

Berbalik kepada Ramadhan, bulan yang paling banyak meninggalkan sejarah pahit dan manis dalam hidup aku.

Aku kenali Azuean pada bulan Ramadhan 2005 dan dia tinggalkan aku pada Ramadhan 2007. Menangis aku teresak-esak di jeti Georgetown ketika aku cuba pergi ke Penang mencari dia. Aku pulang naiki feri dengan perasaan hampa, lalu aku buang segala pemberiannya ke laut.

Aku dan Rahim mula bersama pada Ramadhan 2011. Ramadhan 2012 kami bersama-sama di Kuala Lumpur habiskan masa bersama ketika latihan industri di syarikat yang sama pejabat yang sama dan jawatan yang sama. Ramadhan paling bahagia dalam hidup aku, paling dekat dengan yang tersayang. Banyak memori indah bersama dia yang ditinggalkan pada Ramadhan ini. 

Ramadhan 2013 aku bersama Basyeer bertungkus lumus menyiapkan pelan syarikat, tubuhkan syarikat yang sistematik. Aku ditinggalkan Rahim beberapa bulan sebelumnya. Ramadhan kali ini, Rahim tiada lagi dalam hidup aku dan aku telahpun buang dia dari hidup aku. Dan pada malam raya, dia hubungi aku semula dan kami mula berhubungan semula. Aku dan Basyeer tubuhkan program usahawan pada Ramadhan ini sehingga sekarang syarikat memperoleh keuntungan sekitar RM1000 sehari. Tapi aku tak sempat merasa sebab aku dah tinggalkan Basyeer kerana kami tidak lagi serasi selepas syarikat mulai kukuh.

Ramadhan tahun ini (2014) merupakan Ramadhan paling menyakitkan. Aku ditinggalkan terkontang kanting dengan bebanan hutang yang menimbun dan keadaan hidup yang susah tanpa pekerjaan. Aku rasa dipermainkan dan disia-siakan. Aku bersyukur, dalam masa yang singkat aku temui ketenangan. Ramadhan ini akan aku jadikan titik permulaan perubahan baru dalam hidup aku tanpa bergantung kepada sesiapa.

No comments: