Sunday, July 20, 2014

Bermula Hidup Baru

Aku dah mula kuat, tiap hariku penuh dengan aktiviti. Tengah hari hingga selepas berbuka aku kerja dengan kakak aku di Bazar. Dengan gaji sehari RM30 cukup untuk aku buat modal untuk pindah ke Penang nanti. Malam pula aku sibuk melepak dan tonton movie di skrin layar bersama kawan-kawan sehingga waktu sahur.

Aku dipanggil bekerja di XXX Holdings Pulau Pinang. Gajinya tak seberapa tapi aku bersyukur, tatkala aku kesunyian dan rasa kekosongan aku diterima kerja sebagai engineer. Mungkin Allah telah tetapkan yang aku mungkin akan berjumpa seseorang yang lain selepas ini. Aku ingatkan temuduga aku gagal, yelah masa sesi temuduga boleh pula Rahim hubungi aku bertubi-tubi. Sampai interviewer tamatkan sesi temuduga serta merta. Aku dah pun berazam, aku akan bekerja bersungguh-sungguh cari pengalaman sebanyak mungkin dan kembangkan karier aku. Telah banyak masa yang aku buang dengan Rahim yang tak tahu menghargai setiap apa yang aku lakukan untuknya.

Sabtu 19hb Julai Rahim datang seperti yang dijanjikan. Kami berjumpa seakan tiada apa yang berlaku antara kami. Aku raikan hari jadi dia pada malam itu, dengan kek yang mahal hanya dimakan secubit. Dia peluk aku semasa tidur. Selesa. Semalam, kami berbuka bersama. Tak banyak yang dibincangkan. Dia sentiasa sibuk dengan Smartphone, aku langsung tak kisah dengan siapa dia berbual, kalau dia ada orang lain sekalipun aku sudah tidak peduli. Malamnya aku bawa dia karaoke. Aku nyanyikan lagu yang kena pada diri aku. Ditujukan kepada dia. Tapi aku tahu dia tak tahu apa pun. Dia hanya sibuk dengan smartphone. Kalau Mie lah, dah makan makian aku. Disebabkan aku dah janji nak buat pertemuan terakhir ini sangat bermakna, aku pendam saja.



Semalam, aku tak boleh tidur walaupun dipeluk rapat. Entahlah, aku rasa macam lengannya semakin kurus. Mungkin juga aku sudah terbiasa tidur dipeluk Mie dengan lengan yang besar dan berdada bidang. Selepas sahur, kami terlelap seketika sebelum aku habtar dia ke airport. Mulanya aku tak sedih, tapi selepas saja dia masuk ke balai perlepasan, aku kirimkan nota terakhir ini kepada dia.

Selamat tinggal.. Dan selamat hari lahir yg ke 26. Aku x boleh bagi banyak. Itu saja yang aku mampu. Walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi keikhlasan aku berikan itu sangat tinggi nilainya. Nampak tak patung tu asek senyum je? Bila kau pandang dye aku nak kau senyum.. Hehe. Aku mintak maaf kalau sepanjang 2 hari ni aku tak mampu buat kau gembira. Aku cuba sedaya upaya buat macam kita tak ada apa- apa masalah. Aku cuba senyum sebanyak mungkin walaupun hati aku masih berdarah. Kebetulan, minggu lepas Wan ajak aku keluar nak bawa aku jalan-jalan katanya. Aku fikir, kalau aku duduk dengan kau di hotel tu pun aku tak tahu macam mana nak buat. Macam serba tak kena. Bila dia bawa aku keluar, jalan-jalan, makan-makan, dalam hati aku dok fikirkan kau je, aku mintak wan hantar aku balik hotel lebih awal. 

Malam tadi aku tak boleh tidur walaupun kau berikan aku pelukan yang sangat selesa. Begitulah Mie selalu peluk aku, bezanya dia punyai lengan yang lebih besar dan tak bertulang. Hehe. Kepala otak aku ni asek fikirkan aku hanya ada beberapa jam saja lagi bersama kau sebelum kita berpisah untuk selama-lamanya. Bodoh kan aku? Sedangkan kita dah pun putus dan sepatutnya kita tak perlu berjumpa lagi pun. Aku cuba uji kau dengan beberapa benda, dan aku dah temui jawapannya. Dan aku tak perlu lagi mengharap cinta dari kau. Aku nak kau bebas dengan siapa pun dia selepas ni aku nak kau bahagia. 

Minggu depan, aku akan berpindah ke Penang. Aku dapat kerja tu. Ingatkan tak dapat, yelah masa interview, kau call terus manager tu hentikan sesi temuduga. Aku balik nangis dalam kereta masa tu sebab aku rasa macam sia-sia aku study sepanjang malam pergi penang awal pagi untuk interview last last jadi macam tu. Mak pulak bising lagi asek pergi interview kerjanya tak pernah dapat. Masa tu aku rasa marah sangat dekat kau. Aku rasa macam, selagi kau ada dengan aku, kau akan terus tarik aku supaya aku tak boleh berjaya macam orang lain. Tapi, pada dasarnya, kaulah satu-satunya tujuan untuk aku terus hidup dan cuba untuk berjaya. Lepas kau cakap kau nak putus, aku rasa macam aku tak tahu nak buat apa. Kalau aku dapat kerja, duit tu aku nak buat apa? Kalau aku ada duit hidup senang tapi sunyi buat apa? Tapi bila Mie sekolahkan aku, aku mula nampak realiti hidup. Aku pun sedar dulu masa awal kita bersama, aku tanamkan dalam diri hubungan terlarang macam ni takkan kekal lama. Tapi.. Bila dengan kau aku tak sangka langsung boleh menjengah 3 tahun. Hanya kerana 3 tahun aku berikan segala harapan untuk kau dan aku percaya yang hubungan ini akan kekal sampai kau kahwin. Padahal, ia tak mungkin akan berlaku. Kan?

Lepas kau melangkah masuk dalam flight tu, aku nak kau lupakan saja aku. Aku tak pernah wujud dalam hidup kau. Kau adalah lelaki normal yang akan berkahwin, dan akan berkeluarga tak lama lagi. Aku akan mulakan hidup baru dan buang segala sejarah ini. Lagu-lagu yang aku nyanyikan semalam sebenarnya aku tujukan kepada kau. Entahlah, mungkin kau tak faham. Tapi tak apa lah, nasik sudahpun jadi bubur. 

Aku akan sentiasa doakan kau supaya bahagia. Itu janji aku. Semua pemberian aku, aku harap kau simpan baik baik. Nanti kau pergi la ye Medan tu.. Aku tak sempat kot. Duit pun dah habis untuk 2 hari ni. 

Selamat tinggal. 

Mulanya aku tenang. Tapi, dalam perjalanan balik ke hotel, hati aku sebak. Aku menangis teresak-esak. Biarlah. Biar semua orang jadi saksi aku bersedih dan aku berjanji tak akan menangis lagi untuk dia. Aku kurang sihat, sebab tu aku pesan kepada dia jangan check out hotel dulu, sebab aku nak balik tidur di hotel tu malas nak terus balik rumah. Sampai di hotel, buka saja pintu bilik aku masih terbayang dia di atas katil. Menangis lagi aku. Kenapa semua ni terjadi? Padahal sudah 3 minggu aku pulih dan lupakan dia tapi dengan sekelip mata wajah dia seakan tak hilang dari fikiran. 

Aku buat keputusan balik ke rumah. Aku rasa tenang. Biarlah dia pergi dengan nota terakhir aku tanpa satu balasan pun. Aku akan mulakan hidup baru minggu depan. Bersama orang-orang baru, bersama kawan-kawan baru. 1 Ogos 2014 detik perubahan aku untuk fokuskan kerjaya dan masa depan.

2 comments:

Anonymous said...

Yg dlm gambar tu Rahim kan? Sabar lah. Kuat kan semangat. Yg pnting truskan hdup dn blajar dri ksilapan, pndng ke hdapan . Pkir psal msa hdapan n isikan hri2 dgn prkra yg bgi manfaat pda dri sndri , family n orng rmai. Atleast kita sumbangkn ssuatu . Hope brjya dlm hdup , dunia dn akhirat . Ok . Allah je yg berhak mnilai kita n tntukan kita sma ad kita dlm syurga or neraka nnti dn bkn mnusia. Gay, straight or anything else, ape2 pun solat jgn tinggal n brusaha elakkan dri buat bnde yg bkn2. Bnykkn buat amal such derma, wakaf n lain2 as bekalan kita di hri akhirat nnti.

lelaki seksi said...

Tahniah dah dapat kerja. Fokus pada kerjaya dan keluarga,benda lain usah terlalu di fikirkan. Belajar dari kesilapan yang lalu dan teruskan kehidupan yang baru dengan semangat yang baru. Semoga berjaya menempuh alam baru..