Monday, July 28, 2014

Abdul Rahim Bin Abdul Rashid


"Ayiem.. aku nak bagitau something ni"

"Ape die?" Soalnya 


"Aku rasa baik kau jauhkan diri dari aku. Aku dah rasa lain dengan kau, aku ni suka dekat lelaki bila kau caring macam ni aku takut aku sukakan kau. Aku taknak sakit hati, aku tak nak kecewa, baik kau jangan dekat dengan aku"

Begitulah bermulanya kisah cinta aku dan Rahim. Langsung aku tak menjangka bila aku menolak untuk pertama kali bersama dia, dia berusaha yakinkan aku bahawa dia juga punyai perasaan yang sama terhadap aku. Pujuk rayu dia buat aku lemah dan hanyut bersama dia. Walaupun aku tahu dia sudahpun punyai kekasih dan Ed pula sebagai pemuas nafsu dia. Aku tak tahu bagaimana aku masih boleh terjerat dalam permainan cinta dia. Dia bukan taste aku dan aku dah lama berubah dan tinggalkan dunia PLU pada ketika itu. Mungkin dia gunakan ilmu pengasih? Aku tak tahu, tapi secara jujurnya aku pada mulanya tidak berminat langsung dengan jejaka bertubuh kecil, gelap dan tak tahu berfesyen. Bila setiap hari dia cuba rapat dengan aku, aku mula rasa sesuatu di dalam hati aku. 

Entry kali ini adalah kemuncak entry tentang Rahim, dan aku tak akan tutup buku sejarah aku dan Rahim untuk selama-lamanya. Permainan dia licik, pandai bermain wayang. 

Sebelum aku rapat dengan dia, aku sudah tinggalkan zaman PLU dan kembali ke landasan agama atas bimbingan Mie. Mie beri aku harapan tinggi yang dia tidak sesekali abaikan aku. Mie berpegang pada janji, dia tak akan biar aku susah, dia tak akan biar aku bersedih, dia akan kongsi kebahagiaan dia bersama aku. Dulu, semasa mula-mula aku melangkah kaki ke UTeM, rambut aku jarang sekali hitam. Mesti ada highlight. Aku pentingkan penampilan, setiap susuk badan aku akan aku jaga dengan rapi. Bila Mie cuba ubah aku, aku mula dekatkan diri dengan Allah dengan menjaga solat, aku botakkan rambut buang semua benda 'haram' yang ada pada diri aku. Aku selesa dengan perubahan aku. Aku mula malas jaga penampilan diri. Setiap malam aku dan Mie akan jalan-jalan sekitar Melaka untuk cari port makan yang best. Duit kami banyak dihabiskan dengan makan dan jalan-jalan. 

Bila tamat tahun 2, Mie balik ke Kedah untuk latihan industri aku pula terpaksa menetap di Melaka untuk inhouse training. Bila berjauhan dengan Mie, memang aku rasa agak sunyi. Hanya di waktu malam Mie akan SMS bertanya khabar. Aku banyak habiskan masa di tikar sejadah. Mudah bagi aku kerana aku tinggal berseorangan di bilik asrama. Pada ketika ini Rahim mula mendekati aku. Hubungan dia dan Ed mula bergoyah dan aku tak tahu kenapa. Ed dan Rahim selalu datang ke bilik aku untuk luahkan masalah masing masing. Mereka tak beritahu aku secara terus terang apa sebenarnya hubungan mereka berdua, padahal setahu aku Rahim sudahpun punyai teman wanita. Bila berlarutan, aku mula dipersalahkan dalam hubungan mereka. Aku dituduh sebagai perampas padahal aku tak tahu langsung apa sebenarnya yang sedang berlaku. Budak rumah aku pernah berpesan untuk jauhkan diri dari Rahim kerana Ed mula cemburu dengan aku kerana Rahim sebenarnya sukakan aku. Aku memang tak percaya apa yang mereka cakapkan. Mana mungkin dia boleh sukakan aku sedangkan aku dan dia baru saja kenal antara satu sama lain beberapa minggu yang lalu. 

Permainan dia begini... 

Dia adalah lelaki bisexual. Dia tak mampu untuk menjalinkan hubungan jarak jauh. Bila dia masuk ke UTeM, Jiha, teman wanitanya jauh. Dia mula abaikan Jiha dan rapat dengan Ed. Hubungan rapat dengan Ed buat mereka terjerumus dalam kancah PLU. Bila aku berpindah ke asrama dan tinggal bersebelahan dengan rumah mereka, dia mula meletakkan harapan untuk dapatkan aku. Dia berlakon yang dia nak berubah dan nak tinggalkan  Ed. Tak hairanlah dia pernah mengaku bahawa Ed pernah tendang dia ketika dia sedang solat. Kalau aku di tempat Ed pun aku akan lakukan benda yang sama. Solatnya sekadar lakonan untuk dia boleh rapatkan diri dengan aku. Dia minta aku kejutkan dia bangun untuk solat subuh setiap pagi. Padahal aku tak tahu Ed akan cemburu. Dia tunjuk aku yang dia adalah lelaki normal yang patuh pada agama. Masih aku teringat bila mana dia minta nombor telefon aku di Facebook, Ed maki aku macam-macam tanpa sebab. Aku bersabar. Aku banyak mengadi kepada Mie apa yang aku lalui ketika ketiadaan dia. Mie suruh aku jauhkan diri dari mereka. Bila mula cuti semester, dia mula ganggu aku di Facebook. Aku memang melayan. Dia cerita yang dia setiap malam pergi ke surau untuk solat terawih. Bila dah setiap masa berborak di facebook, aku mula sedar aku sudah terperangkap dan aku jatuh hati kepada dia. Aku nampak, dia mampu jadi pembimbing aku sepertimana Mie. Tapi, aku dan mie ada sempadan.

Macam-macam dugaan aku tempuh untuk bersama dia. Ed cuba bunuh diri kerana tak mampu terima apa yang berlaku. Ed cuba serang aku di rumah sewa untuk bunuh aku. Aku laluinya dengan sabar. Aku tahu satu hari nanti aku dan Rahim pasti akan bahagia. Sungguhpun begitu, aku berpesan pekada dia walau apa pun berlaku jangan tinggalkan Jiha. Tapi, bila aku rasa hubungan aku dengan Allah sudah mula jauh, aku mula memberontak. Semua apa yang dia lakukan serba tak kena bagi diri aku. Aku selalu pesan kepada dia, sejahat mana pun kita, jaga hubungan kita dengan Allah jangan tinggal solat. Tapi, bila setiap kali keluar bersama dia hati aku rasa tak tenang. Aku selalu terfikir kalaulah Allah cabut nyawa aku ketika aku bersama dia macam mana? Dia bawa aku ke Genting, naik roller coaster aku asyik terfikir kalau jadi apa-apa kepada aku nanti semua kawan aku tahu aku bersama Rahim. Sama juga bila dia bawa aku ke Cameron dengan menaiki motosikal dalam hujan lebat. Hati aku tak tenteram langsung! Kadang-kadang aku sengaja buat supaya dia tinggalkan aku. Aku tak mampu sakitkan hati dia kerana aku sayangkan dia. 

Lama-kelamaan, aku sudah mula terbiasa. Aku dah mula tinggalkan solat. Memang tiap hari ada saja waktu solat yang aku tinggalkan. Bila dia buat macam-macam untuk aku, aku mula terima semuanya. Bila hubungan ini menjangkau hampir 4 tahun, aku mula letakkan harapan. Aku sudah tak lama lagi untuk bersama dia. Aku cuba bahagiakan dia, aku terima semua keburukan dia. Kalau dulu aku tak suka dia dan bola sepak, aku dah mula cuba menceburi diri dalam minatnya. Aku ikut dia ke stadium untuk menonton bola. Aku temani dia menonton bola di kedai makan. Aku buat-buat tak hairan dengan bau busuk mulut dia. Aku buat-buat tak kisah bila dia lebihkan kawan-kawan dia dari aku. Aku tekad, aku akan bahagiakan dia dalm sehari dua ini sebelum dia dijodohkan. Angan-angan aku, aku akan bantu dia cari jodoh yang sesuai, aku akan jadi sahabat karib kepada isterinya dan dia akan jadi seperti abang aku. Aku akan lihat anaknya membesar dan manjakan anaknya seperti anak aku sendiri.

Angan-angan sekadar angan-angan bila dia berikan aku harapan menggunung dan buang aku ditengah jalan. Die memang tekad untuk tinggalkan aku. Baru aku sedar, betul kata kawan-kawan. Jika hubungan itu putus secara mengejut, tandanya hati dia sudah dicuri oleh orang lain. Tak mungkin dia akan lepaskan aku pada ketika rasa sayangnya masih ada. Yang pasti, dia sudah lama hilang rasa sayang dan cintanya terhadap aku setelah dia berpindah ke Kuantan. Yelah, dia dah ada kereta, dah bekerjaya boleh bawa diri dan buat apa saja yang dia inginkan. Padahal, ketika ini hidup aku tak punya apa-apa. Datang pula seorang ustazah yang menambat hati dia. Mungkin ustazah itu jodohnya, aku tak tahu, Allah lebih tahu apa yang dirancang. Permainan sama yang digunakan untuk pikat hati aku pada awal perkenalan dulu. Dia beritahu aku dia ingin berubah, tinggalkan aku dan berlagak alim untuk pikat hati ustazah. Yang pasti, permainan dia ketika ini lebih mencabar. Kalau itu keputusan dia, aku tak mintak banyak, aku  cuma mintak dia jadi peneman aku, kawan baik aku. Itu saja. Tapi dia betul-betul buang aku jauh. Langsung tiada khabar berita selepas dia lepaskan aku. Kalau memang dia nak buang aku dan bersengketa dengan aku sehingga akhir hayat dia, aku redho. Biar dia mohon ampun melutut depan aku di padang mahsyar nanti.


Aku tak kisah, aku banyakkan berdoa agar diberi petunjuk. Aku banyak habiskan hari-hari aku untuk beribadah dan kembali kepada diri aku yang dulu. Aku tekad akan ke Medan sepertimana yang dirancangkan. Aku akan kesana dan hilangkan diri untuk seketika waktu. Apa pun yang berlaku, aku tahu ada hikmahnya. Aku tahu dugaan yang Allah berikan ini ada ganjarannya. Aku percaya Karma. Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.



Dalam hidup aku, aku tak pernah mencintai seseorang sedalam aku cintakan dia. macam lirik lagu John Legend;


"Love your curves and all your edges,
All your perfect imperfections"

Aku suka semua rupa bentuk dia termasuk kesempurnaan dia dalam ketidaksempurnaan. Dulu, aku tak nampak semua. Aku hanya nampak dia hanya seorang lelaki selekeh yang tak akan mampu menawan hati aku sepertimana Mie menawan aku dengan memahami aku dalam semua keadaan. Tapi, bila aku buka hati aku seluas-luasnya untuk dia, belajar terima semua kelemahan dia, belajar terima dia seadanya, perasaan sayang aku terhadap dia mula mendalam. Tapi, bila perasaan aku kian mendalam dia mula menjauhkan diri dan mula menyakiti. Kisah cinta aku bersama dia terlalu pahit untuk dikenang. Segala kenangan manis bersama dia hanya kepura-puraan. Realitinya, perasaan dia terhadap aku hanya sekadar nafsu serakah songsang. Dia tak mampu teruskan hubungan jika tiada kepuasan nafsu baginya.

**For those yang minta no fon sila hubungi aku melalui 014-9312485 tq

No comments: