Tuesday, June 17, 2014

Tidak Bertajuk

Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang nak aku ceritakan malam ni sebab tu tak ada tajuk untuk pos ni. Tapi, apa yang aku nampak, blog aku ni makin hari makin banyak page view. Ramai silent readers rupanya. Aku bina blog ni beberapa tahun dulu sekadar suka-suka dan tempat untuk aku luahkan apa yang terpendam. Bila dah luah, aku rasa tenang sikit. Tambah-tambah dengan keadaan macam ni kan. Kalau korang ikuti perkembangan blog ni, sebenarnya blog ni akan aktif bila aku ada masalah peribadi. Bila aku happy, aku jarang tulis disini. Bagi aku, kegembiraan tu tak perlu dihebohkan, nanti orang cakap riak pula. Biarlah semua nampak aku di sudut gelap. Sudut yang menyedihkan. 

Sebenarnya, aku tak pasti. Dalam kekusutan jiwa aku ni, aku tak pasti sama ada aku perlu lupakan dia ataupun memujuk dia kembali. Aku sendiri tak pasti sama ada dia masih cintakan aku. Itu pokoknya. Kalau aku tahu dia benar-benar sudah tidak ada perasaan terhadap aku, aku boleh buang dia dari hidup aku dengan mudah. Bagi aku, percintaan itu perlu peranan kedua belah pihak. Jika aku cintai seseorang yang tidak cintai aku, ianya umpama membunuh hati aku sendiri. Sebaliknya, jika seseorang cintai aku, aku akan berusaha supaya dia tidak kecewa walaupun hati aku bukan untuk dia. Kalau dia masih punyai perasaan yang sama terhadap aku, aku dengan rela hati buang segala keegoan aku untuk memilikinya kembali. Kenapa ramai di kalangan mereka bercinta memutuskan hubungan sedangkan mereka masih menyayangi antara satu sama lain? Hanya kerana ego, hilang segalanya. 

Semalam aku berceloteh dan bersemangat untuk lupakan dia, sedangkan semalaman aku tak boleh pejamkan mata memikirkan dia. Aku hantar pesanan ringkas cuba memujuk dia. Tapi bila bangun tak ada sebarang balas dari dia. Aku jadi kusut, aku tak pasti kenapa banyak sangat tanda tanya? Kalau tak nak katakan tak nak. Kan mudah begitu? Hari ni aku penuhkan waktu aku dengan solat dan bacaan Al-Quran. Hati aku rasa tenang. tatkala membaca Al-Quran, hatiku sebak. Aku menangis. Aku tak tahu apa sebabnya. Tak pernah aku rasa tenang sebegini. Aku teruskan membaca sehingga aku lupa segala masalah aku. Tuhan itu maha pengasih. Dikala aku dalam kesedihan, Mie hubungi aku. Minggu lepas lagi aku beritahu dia aku nak upgrade iPhone. Tadi, dia berikan aku duit untuk aku upgrade iPhone. Katanya, nanti dah jual iPhone lama bayar balik. Tapi.. ada juga rasa hati aku... aku rasa tergerak untuk jualkan iPhone aku untuk bantu Rahim kerana dia tengah sesak. Tapi, apa aku nak beritahu Mie nanti? Persoalan ni selalu bermain di fikiran. Apa pula akan berlaku jika aku berikan semua duit tu kepada Rahim? Kalau dia tetap dengan pendirian dia teruskan merajuk macam mana? Ahhh! Buntu aku fikirkan!


Biarlah.. biarlah dia dengan egonya. Memang dia anggap aku tak berguna. 


1 comment:

albertelizaberth said...

Mengharapkan diaakn sedar setiap kehadiran mu penting,