Thursday, June 26, 2014

Sinar Harapan

Fuhh.. tajuk kali ni bajet fefiling je kan. Okay.. hari ni aku excited sangat nak cerita sebab hari ni kan aku dah janji dengan diri sendiri kalau Rahim buat endah tak endah dengan aku lagi, aku akan putuskan hubungan. Sebenarnya, aku malas dah nak fikir tentang dia. Aku dah muak, dah tawar hati. Hari ni, aku bangun dengan aura positif. Aku dah mula dapat selera makan, dah banyak senyum. Aku bangun dari tidur terus ada mesej dari seseorang. Pendek kata, hari aku penuh dengan orang-orang bertanya khabar, berjenaka dan sebagainya. Aku dah tak rasa sunyi lagi. Aku tak pasti, mungkin ini semua aura positif yang dibawa oleh Wan. Lepas balik dari menonton wayang dengan dia, aku dah rasa tak sunyi lagi. 

Sepanjang malam aku berborak dengan Wan di whatsapp. Kalau nak dibandingkan dengan Rahim selama ni, aku tak pernah berborak begitu lama. Dari petang hingga lewat pagi, ada saja yang nak diceritakan. Aku bersyukur, dikala hati aku terasa kosong dan berputus asa untuk hidup, Tuhan anugerahkan Wan untuk temani aku dalam kesunyian. Minggu depan mungkin kami akan menonton Transformers untuk kali kedua. Katanya, nak cuba menonton versi 3D. 

Sepanjang aku berborak dengan dia, aku rasakan cepat betul masa berlalu. Hilang semua masalah dan kisah duka aku dengan Rahim. Aku sempat bertanya kenapa dia tidak berborak dengan teman wanitanya. Dia menjawab teman wanitanya sudah dapat kerja, dan mula sibuk. Dia pun malas nak mengganggu. Mungkin dia dan aku punyai masalah yang sama. Mungkin. Dia sempat mengajak aku ke Perth di awal tahun depan. Tiket akan ditempah selepas raya. Aku mulanya hanya berseloroh. Dia pula yang serious. 

"Aku dah ada spare duit ni, duit MARA aku masuk bulan depan aku book. Takkan la awal tahun hg tak kerja lagi kan? Mesti dah kerja. So nanti ada duit bayar la.. Janji kita boleh tengok Kangaroo"

Aku rasa bagaikan ada sinar baru dalam hidup aku. Aku tak mengharap apa-apa dari dia, aku cuma mahu hilangkan rasa kosong dalam hati aku. Andai Tuhan takdirkan dia akan menjadi seorang rakan karib aku pada masa akan datang, aku sudah bersyukur. 

Wan adalah kenalan aku sewaktu di politeknik. Kami berkenalan ketika aktiviti kem suai kenal kelab St. John Ambulance. Seingat aku, dia bukanlah sekumpulan dengan aku, tapi aku masih ingat wajah dia ketika perkhemahan dulu. Sebenarnya, aku sudah lama lupakan dia. Tiga tahun dulu, sewaktu aku baru mengenali Rahim, dia secara tiba-tiba muncul di Facebook. 

Aku: "Awak ni sapa? kenai ka?"

Wan : "Hoi! Dah lupa aku? Member lama ni"

Aku: "Mana aku ada kawan nama Ridzuan Amir"

Wan: "Buat lupa plak.. dulu kita masuk kelab St. John skali masa poli dulu.. tak ingat? Aku ingat hg sebab hg kena pakai baju perempuan malam last tu cun gila aku tengok."

Aku: "Hahaha.. sengal aku mana ingat dah lama. Benda tahun 2005, semester pertama kat poli"

Bila dah add dalam Facebook, kami mula rapat. Sehinggalah aku dan Rahim bersama. Aku sudah jarang hubungi dia selepas itu. Saiz badannya seakan Rahim, kecil-kecil cili padi. Tapi kalau nak dibandingkan dia dengan Rahim, jauh macam langit dan bumi. Wan jauh lebih tampan dari Rahim. Berkulit putih, dan berbadan kecil. Pandai bergaya.. Dulu aku ada juga menaruh hati terhadap dia, tapi setelah aku bersama Rahim. Walaupun ketika itu aku tak begitu berminat dengan Rahim, aku tak akan tinggalkan dia dan lukakan hati dia. Lagipun, aku tak tahu apa pula perasaan dia terhadap aku. Tapi, dulu dia selalu tanya aku

"Hg ni gay ka? Aku tengok hg ni manja semacam"

Memang aku tak akan mengaku selagi keadaan tak memaksa. Semalam, sewaktu keluar menonton wayang kami berborak panjang. Dia begitu terkejut bila memandang aku dengan badan yang semakin lebar.

"Hang ni dulu kat poli hensem gila kot, macam mana boleh jadi comel macam ni pulak? Frust putus cinta?"

Ayat tu memang aku selalu sangat dengar kalau berjumpa dengan kawan lama. Wan pula, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Cuma dulu kulitnya agak gelap, sekarang pula putih melepak. Aku bersyukur Tuhan bawa dia hadir dalam hidup aku ketika aku rasa disakiti dan kekosongan. Bagi aku, ini adalah sinar baru dalam hidup aku, supaya aku tak begitu berharap kepada seseorang yang tidak pasti sejauh mana kasihnya terhadap aku.

No comments: