Monday, June 16, 2014

Mimpi Tak Kesampaian


Semuanya berubah, dengan sekelip mata aku jadi lemah. Aku buang segala ego aku untuk dapatkan dia. Aku turut segala kehendaknya supaya dia sayangi aku. Aku mendengar segala permasalahan dia boleh harapkan aku untuk beri dia kekuatan dan motivasi hidup. Aku bertungkus-lumus mencari kerja berdekatan dengan dia supaya dia tahu aku bersungguh-sungguh sayangi dia. Tapi, hanya kerana aku merengek untuk mendapat sedikit perhatian dimarahnya aku. Jadi, dalam hubungan ini semuanya hanya untuk dia? 

Dia tak tahu aku sakit. Dia tak tahu aku lemah. Dia tak tahu kenapa aku selalu dirumah. Dia juga tak tahu kenapa sekarang aku sangat perlukan dia. Dia tak tahu kenapa aku berubah daripada seorang yang pentingkan diri, seorang yang egois kepada seorang yang lemah dan sedia menuruti apa yang dia mahukan. Dia tak tahu sebenarnya sebab aku berhenti kerja. Dia tak tahu kenapa aku memilih pekerjaan yang tidak perlukan banyak tenaga. Dia tak tahu kenapa hati aku cepat terluka. Dia tak tahu kenapa aku selalu menangis. Banyak yang dia tidak tahu. Tapi, setiap malam bila berborak dia akan ceritakan semua tentang dia. Aku tahu segalanya, apa yang dia lakukan ketika dirumah dan di tempat kerja. Biarlah... biar satu hari dia sedar kenapa aku berubah sedemikian. Mungkin setelah aku tiada.

Aku dan dia sudahnpun rancang percutian kami bersama. Dia telahpun membeli tiket ke Medan, Indonesia pada tanggal 21 Ogos. Setiap hari aku berangan-angan bercuti bersama dia di sana. Kadang-kadang, aku rasa akulah orang yang palng bertuah kerana mempunyai si dia. Namun, semuanya sekadar angan - angan. Hidup aku kembali sunyi. Setiap detik fikiranku melayang fikirkan nasib hubungan aku bersama dia. Tapi, aku dah tak punyai kekuatan untuk baiki semuanya. Biarkan semua hancur. Aku sudahpun batalkan tiket ke Medan. Aku juga yakin, bahawa kali ini semuanya akan berakhir. Aku mahu berhenti menangis. Aku mahu bina kembali kekuatan aku dahulu. Aku tak pernah merengek untuk dapatkan perhatian, tapi bila aku fikirkan balik, aku sudah jauh berubah kerana dia. Aku jadi lemah, aku bergantung harap dengan dia. Segala apa yang aku lakukan, aku akan fikirkan dia. Aku dulu tak seperti ini. Apa yang aku mahukan, aku buat tanpa pertimbangkan orang lain. Aku dulu letakkan diri aku di depan supaya aku tak dikecewakan. Dulu egoku tinggi supaya aku tidak meletakkan harapan terhadap seseorang. Biar angan-angan itu sekadar menjadi angan-angan. Kesunyian yang aku lalui sekarang tidaklah seteruk mana. Ada saja kawan-kawan bertanya khabar dan ajak kesana sini. Berbanding sebelum ini sehinggakan aku terpaksa ke Kuantan untuk dapatkan dia. Kali ini, mungkin tidak. Sebelumnya, aku tahu aku bersalah dan dengan keadaan aku sekarang aku memang perlukan dia.


Apa yang aku harapkan sekarang adalah perubahan dalam hidup aku. Setiap kali aku bersujud aku mohon supaya Tuhan berikan aku tempat kerja yang jauh dari segalanya. Kerjaya yang sibuk supaya aku boleh lupakan segalanya. Hati aku sudahpun tertutup untuk semua. Tertutup serapat 7 tahun dulu setelah Azuean tinggalkan aku. Aku bersyukur Azuean kembali dalam hidup aku untuk berikan aku kekuatan untuk aku tabah menghadapi semua ini. 








No comments: