Monday, June 23, 2014

Gagal

Semalaman aku tak tidur, study balik semua benda berkaitan interview aku. Pukul 8 pagi aku bertolak ke Penang. Aku sampai di syarikat tersebut jam 9.30 kerana kesesakan di lebuhraya PLUS. Aku masuk, isi borang dan mulakan sesi temuduga. Temu janji aku dengan pihak syarikat pada pukul 10 pagi. Semuanya berjalan dengan baik, aku mampu menjawab semua soalan yang ditanya. Handphone aku tidak dimatikan, hanya biarkan dalam mod senyap. Tapi, sedang temuduga sedang dijalankan dia hubungi aku tak henti-henti. Bunyi getaran handphone aku disedari penemuduga dan dia dengan segera tamatkan sesi temuduga. Aku mungkin gagal sesi temuduga. Selesai temuduga, dia SMS yang pihak bank akan hubungi aku. Aku tak tahu mana dia tahu pihak bank akan hubungi aku, tapi aku memang sakit hati sangat. Aku buat semua benda untuk dia. Aku bantu dia memohon pinjaman bank, dengan meletakkan nama aku sebagai reference. Aku jual handphone aku untuk bantu dia dalam kesesakan. Aku mengalah dalam semua keadaan. Tapi ini balasan dia? Semua orang tahu bahawa sesi temuduga peringkat kedua adalah sangat penting dan aku hampir dapat pekerjaan yang aku idamkan. Tapi semuanya lebur! Kerana 3 panggilan dia tak henti-henti!

Kalau benda berkaitan kepentingan dia, dia cari aku. Tapi bila aku perlukan sokongan dia tak pernah disisi. Selepas SMS pagi tu, aku dah tak dapat lagi sebarang text dari dia. Apa aku hanya diperlukan jika dia nak guna? Siapa aku bagi dia? Kawan-kawan lain semua sibuk bertanya macam mana sesi interview aku. Aku tak balas sebarang pertanyaan. Memalukan. Aku hanya minta dia bertanya keadaan aku. Aku hanya dia ambil tahu tentang diri aku.

Katanya sibuk kerana aktiviti sukan. Tapi dia tenaga pengajar, bukan pelajar. Aku tak bodoh. Tapi aku perlu bertindak seperti orang bodoh di depan dia. Semua tipu helah dia aku tahu. Tapi aku sanggup berpura-pura aku percaya. Aku tahu dia cuba jauhkan diri, cuba cari alasan untuk jauhi aku. Tak apa lah, aku janji pada diri aku, berikan masa sehingga Khamis nanti. No more tears after on.

1 comment:

Khai said...

Tukar no jela.... the best solution klu xnk dgnggu lg....