Sunday, June 15, 2014

Dugaan

Aku sekarang di dalam bas. Jam menunjukkan pukul 11.24 malam. Aku bertolak dari Kuala Lumpur di hentian Duta pada jam 4.30 petang. Lambat betul bas ni. 

Sebulan Setengah Sebelumnya...

Aku sambut kedatangan dia dengan sangat gembira. Dia datang ke Alor Setar membawa senyuman kepada wajah aku. Selama 2 hari aku tak kenal erti bosan atau sunyi. Aku bawa dia pusing satu bandar Alor Setar. Kebetulan, aku dapat call dari sebuah syarikat dari Kuantan jntuk sesi temuduga Industrial Engineer. Aku bersetuju dan pada pagi ahad, dia berangkat pulang ke Kuantan dan aku pula ambil flight pada isnin jam 9.40 malam.

Aku turun di Kuala Lumpur dan bermalam di rumah teman di Sungai Buloh. Keesokan petang aku bertolak dari KL ke Kuantan. Sampai saja di Kuantan Sentral, aku perlu tunggu dia lebih sejam untuk dia menjeput aku sebelum pergi makan. Aku tak kisah, aku sedar aku nak tumpang rumah dia. 

Keesokan harinya aku temuduga. Dia hantar aku ke syarikat tersebut sebelum dia terus ke tempat kerja. Aku selesai sesi temuduga pada jam 11 pagi dan aku tunggu dia menjemput aku pada jam 7 malam. Kalau aku ambil teksi ke rumah sewa dia pun, aku tak punyai kunci rumah. Mahu tak mahu aku perlu tunggu. Seharian di EC mall. Aku tunggu dengan penuh rasa sabar. 

Keesokan harinya, dia bawa aku balik ke Slim River. Aku sangat excited. Entah, bila teringat balik suasana kampung dia aku jadi seronok. Suasana kampung yang betul-betul kampung. Sunyi. Sejuk. Sebelum bertolak balik ke Slim, kami singgah di IKEA untuk jalan-jalan. Nak makan meatball ramai pula. Tiba2 dia dengan sengaja beritahu aku dia pernah kesitu bersama ed dan ketika itu hubungan kami tegang. Mood aku jadi kurang stabil dan aku diamkan diri hingga ke Slim.

Setibanyak di Slim, dia mengajak aku masuk. Bawa aku ke kamar. Selesa. Sepanjang 4 hari bersama dia di Slim River buatkan aku sedar. Dia sememangnya berubah. Dulu kali terakhir aku ke Slim River, dia tak pernah menjauh dari aku. Bawa aku jalan-jalan hingga ke cameron highland dengan motosikal. Sungguh aku tak sedar ketika dia bersusah payah bawa aku ke Cameron, dengan keadaan hujan lebat, aku marah aku merajuk. Tapi aku rindu sangat itu. Sekarang hanya memori pahit yang ditinggalkan di Slim. 4 hari yang membosankan dengan dia yang alas melayan aku. Aku rasa bagaikan penumpang di rumah orang yang tidak aku kenal. 

Sewaktu perjalanan aku pulang ke Kedah, aku nekad aku mahu lepaskan dia. Biar lah apa terjadi aku tak sanggup begini lagi. Dari Kuantan hingga Slim aku dilayan bagai sampah. Kami jarang berbual. Ketika aku nekad untuk tinggalkan dia, ketika semngat aku masih utuh, dia cairkan semuanya. Dia memujuk. Tunjuk sikap ambil berat. Aku mula menaruh harapan kembali.

13 Jun, aku bertolak dari Alor Setar ke KL. Aku sampai sekitar jam 9 malam. Dia sampai dari kuantan tidak lama dari itu. Aku lapar. Dari pagi aku tidak makan atau minum. Aku bangun terus siapkan baju untuk dipacking. Terus pergi tunggu bas selepas solat Jumaat. 

Malam tu, dia pada milanya baik. Aku suka layanan sebegitu. Malam tu aku happy. Tidurku lena. Sangat selesa di peluk. Tengah hari berikutnya, kami terus ke Selayang dari Ampang. Booking hotel dan terus ke stadium untuk perlawanan bola. Aku ikutkan saja. Sememangnya kinat dia, aku tak boleh bantah. Bisik hati aku, biar dia dengan minat dia. Akan ada masa untuk aku selepasnya.

Selesai menonton bola, kami makan dan kembali ke hotel. Dia terus tidur tanpa hiraukan aku. Aku jadi pelik. Kenapa sikap dia cepat berubah? Sekejap baik sekejap suram, sekejap marah, sekejap memujuk. Aku tak faham dan aku tak kenal lagi siapa dia.

Semalam memang aku tak dapat tidur. Aku hanya merenung wajah dia. Kian lama kian banyak perasaan aku dan emosi aku bergolak. Aku tak pasti sejauh mana dia sayangi aku. Aku jua tak pasti adakah semua ini hanya palsu? Semuanya bermain di fikiran. Aku dari katil sebelah menghampiri katilnya. Ditanya pula aku

"Cari apa?"

Aku terus baring di sebelah. Aku tidak diendahkan. Aku merenung lagi. Lama2 jiwaku memberontak. Besok aku dah nam balik takkan dia tak kisah langsung?kalau aku sayang seseorang, bila hari terakhir bersama aku akan penuhkan masa bersama. Aku tak tahu lagi apa yang dia inginkan dan aku tak pasti siapa aku dihatinya.

Sampai pagi aku gagal untuk pejamkan mata. Bila aku pejamkan mata, air mata pula yang hadir. Aku berontak. Aku kejut dia bangun pada jam 7 pagi jntuk hantar aku pulang sekarang. Aku tak tahan dengan rasa yang hadir di hati aku.

Dia memujuk, dan aku mula mengantuk dah labuhkan badan ke katil. Aku tidur nyenyak dak aku tak ingat apa2. Dia kejutkan aku untuk hantar aku pulang pada jam 12. Dalam hati aku, kenapa cepat benar masa berlalu? Kenapa masa yang ada biarkan berlalu tanpa bibit bibit manis bersama?

Perang dunia berlaku. Katanya egoku tinggi, tapi bila aku cuba tundukkan dia lagi meninggi. Aku tak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan. Aku berserah. Aku sakit. Motor aku kat Shahab tu taktau mcm mana. Entah2 dah kena curik

No comments: