Thursday, June 26, 2014

Bergantung Hidup

Selama ni hidup aku selalu bergantung kepada seseorang. Sejak memulakan hidup jauh daripada keluarga, aku tempuhi segala dugaan bersama Mie. Sejak melangkah kaki ke kampus, aku tak pernah berjauhan dengan Mie. Susah dan senang aku mesti ada dia. Kami berdua mula hidup berdikari dengan bergantung antara satu sama lain. Banyak perkara yang dia ajari aku. Sejak minggu sual kenal, aku takut bersendirian jauh daripada keluarga. Dia saja keluarga yang aku ada dikala berjauhan. Dia ajar aku menjadi lelaki, ajari aku bermain futsal dan hadiahkan kasut futsal, walaupun kasut tu aku buat pergi kuliah je. Dia ajari aku dekat dengan Tuhan. Ada ketika dia terpesong, aku bawa dia kepangkal jalan. Dia banyak bersabar dengan sikap aku yang terlalu mengongkong. Aku juga sabar dengan sikap dia yang gila bola dan keras hati. Di saat dia mula kenali cinta dengan Lisa, aku cemburu. Aku mula mengongkong dan memerhati setiap gerak geri dia. Sampai satu ketika, dia perlu bawa aku bersama ketika mereka keluar bersama. Aku tahu, dia amat memahami aku. Dia tahu aku tak boleh berjauhan dengan dia. Dia juga sedar yang dia juga bergantung dengan aku. Mana tidaknya, dia bukan banyak duit. Segala perbelanjaan kami, kami urus bersama. Dia pandai uruskan kewangan. Kad ATM aku pun, aku biar dia yang pegang. Kalau aku uruskan sendiri, tak sampai sebulan duit PTPTN lesap. Semuanya aku bergantung dengan dia sehinggalah Basyeer mula bekerja. Basyeer mula membantu aku. Hidup aku mula senang bila 2 orang ini menjadi tempat aku bergantung. Sehinggalah aku berkenalan dengan Rahim. Tak ada apa-apa yang aku harapkan dari Rahim. Aku lihat Rahim sebagai seseorang yang hadir dalam diri aku ketika aku berjauhan dengan Mie dan Basyeer. Aku sebetulnya tidak perlukan dia dalam hidup aku ketika itu. Dia bertungkus lumus mendapatkan kepercayaan aku untuk bergantung dengan dia. Tapi, bagi aku dia tiada apa-apa yang aku boleh harapkan. Mana tidaknya, jika aku dalam masalah dia selalu tiada disisi. Bila aku mula sedari keputusan aku untuk bersama Rahim adalah satu kesilapan, aku cuba buat dia menjauhi aku. Aku abaikan dia. Tak ada apa-apa yang aku boleh harapkan selain hanya menyakiti hati aku sendiri. Aku sedar yang aku perlukan Rahim apabila Mie tamatkan pengajian dan aku masih ada 1 tahun untuk tamatkan pengajian. Tiada siapa yang aku boleh harapkan selain dia tatkala aku berjauhan dengan Mie. 

Ketika pengajian aku berbaki 4 bulan, Rahim putuskan hubungan dengan alasan dia mahu berubah. Pada mulanya, aku sedih, aku geram, aku marah. Tapi, bila aku sedari yang aku masih punyai Mie dan Basyeer, aku boleh terima semuanya. Hidup aku mewah ketika Mie mula bekerja. Dia bantu aku dalam segi kewangan, begitu juga Basyeer. Dalam masa seminggu saja aku dapat lupakan Rahim. Aku tak kisah dia mahu pergi dalam hidup aku, tak ada apa yang aku harapkan. Selama ini pun aku tidak pernah meletak sebarang harapan untuk dia. Sehinggalah hubungan aku dengan Basyeer mula bergolak ketika bisnes kami mula berkembang. Aku rasakan aku betul, dia pula rasa apa yang dia buat betul. Yalah, sebelum ini bisnes kami kecundang dengan kesilapan dia membeli kilang yang tiada keuntungan dan 20k lebur begitu sahaja. Dalam hubungan aku dan Basyeer sedang bergolak, Rahim kembali. Dia yang buat aku senyum ketika aku punyai masalah dengan Basyeer. Mie pula menyepi bila aku mulakan hidup aku dengan Basyeer. Mungkin dia rasa aku sudah hidup senang dan aku tak perlukan dia lagi. Tapi, Mie juga bersungguh-sungguh mahu aku kembali ke Kedah ketika aku bergaduh besar dengan Basyeer. Mie yang tanggung segala perbelanjaan aku untuk berpindah kembali ke Kedah. Bila aku kembali ke Kedah, Mie selalu bawa aku keluar makan, temani dia pergi interview untuk company baru, dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama, aku rasa kosong kerana aku sudah berjauhan dengan Rahim. Walau aku bersama Mie, aku masih nampak Rahim. Sehinggalah Rahim bawa aku ke Langkawi. Aku mula sedar yang aku sebenarnya sudah punyai perasaan yang sangat mendalam terhadap Rahim. 

"Kalau abang tak sayang, abang tak bawak datang Langkawi ni tau"

Ungkapan tu membuatkan aku mula meletakkan harapan setinggi gunung untuk Rahim. Aku sangat terharu apa yang dia telah buat. Percutian yang simple, tapi penuh bermakna dalam hidup aku. Aku tak pernah rasai percutian yang begitu menyeronokkan. Setelah pulang dari Langkawi, Rahim mula menyepi. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan, aku tak tahu kenapa, tetapi aku boleh merasakan yang dia sudah mula menjauhi aku ketika aku mula meletak harapan yang tinggi terhadap dia. Sampai sekarang, aku masih tidak pasti adakah dia masih menyayangi aku dan mencintai aku setulus hati? Sedangkan ketika aku mula berharap dan bergantung dengan dia, dia mula menyakiti aku dan sia-siakan aku? Aku tak pasti... Kesilapan aku apabila aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap dia dan aku menyesal.

Semalam, aku rasa sangat tertekan. Dua hari aku tak boleh tidur fikirkan Rahim. Aku menangis, senigga aku tertidur. Pada malamnya, Ridzuan ajak aku menonton wayang, tayangan perdana Transformers. Kami berjumpa lebih awal, dia bawa aku jalan-jalan sekitar bandar dan masuk ke panggung pada jam 12.15am. Dia buat aku lupakan Rahim untuk seketika. Terima kasih Wan... tak sangka dapat couple free gift kerana dia menempah tiket lebih awal.. dapat keychain couple dan bekas minuman limited edition transfrmers untuk couple. Sweet kayanya hehe..




No comments: