Saturday, June 28, 2014

Beban Hidup

Betul kata orang. Hidup ni umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang kadang kita di bawah. Setinggi mana pun kita, kita tetap akan lalui keadaan dibawah. Aku sekarang berada di paras paling bawah dalam roda hidup. Menanti sesuatu yang akan mengubah aku untuk naik semula. Semuanya jadi buntu. Aku tersangag buntu. Aku memang tak belajar dari kesilapan. Bodohnya aku. Aku sekarang tak punyai sebarang pekerjaan, tak ada sumber kewangan, tak ada kawan, tak ada segalanya. Aku hanya ada kedua orang tuaku yang hanya bergantung kepada abang dan kakak aku yang memberi wang. Dengan keadaan famili yang susah, aku gagal mendapat pekerjaan. Pada masa yang sama, aku terpaksa berhutang orang lain untuk bantu Rahim dalam kesempitan. Kesudahannya, hari ini dia dengan rasminya memutuskan hubungan ini dengan bebanan hutang yang aku tanggung. 

Macam mana aku nak bayar duit tu aku pun tak tahu. Harta yang aku ada cuma handphone ini saja. Kalau aku jual, bukan mudah aku nak dapatkan semula. Terima kasih Rahim. Aku tak pernah rasa tersiksa dan terhina sebegini. Dia buat keputusan tiba-tiba sewaktu aku masih berharap cintanya. Kejam. Memang kejam. Tapi apa daya aku untuk terus bertahan? Apa daya aku untuk ubah pendiriannya? Aku buntu. Hidup aku dah cukup susah, ditambah pula bebanan sebegini. Siang malam aku berdoa supaya hidup aku berubah. Tapi kenapa Tuhan ambil dia pula dari aku? Kenapa semakin aku berdoa, semakin berat beban yang diberikan? Beban ini sangat tak tertanggung, beratnya bukan kepalang. Hidup aku sunyi, sepi, apa yang ada cuma angan-angan kosong yang takkan tercapai.

Selesai solat terawih, aku pulang kerumah dengan hati yang tenang. Dalam 21 rakaat aku pohon dalam setiap sujud aku supaya Allah kembalikan kepada aku Rahim yang aku kenali beberapa tahun lalu. Kesudahnya, aku sms dia untuk mendapatkan kepastian. Jawapannya lagi teruk. Dengan semudah itu dia memutuskan hubungan tanpa berfikir apa yang aku rasa. Dia tak mampu berfikir bagaimana aku hendak lalui ini semua buat kedua kalinya. Aku berikan dia peluang kedua, peluang yang digunakan untuk merobek hati aku sehingga mati sekian kalinya. Aku redha. Andai ini jalan hidupku, aku redha ya Allah. Aku mohon supaya hadir seseorang yang lebih baik untuk aku dan aku mohon supaya dia tidak diberikan hidayah. Aku pohon biar dia rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku pohon biar dia tersiksa lebih dari apa yang dia lakukan. Aku tahu dia pernah menyakiti Ed, pernah menyakiti Jiha untuk aku. Semuanya dilakukan kerana nafsu serapah dia yang gila. Dia sia-siakan hidup orang lain untuk dia hidup lebih sempurna. Buarlah.. Aku cuma berharap dia dia berubah fikiran walau aku tahu itu tak mungkin berlaku selagi aku masih jadi seorang yang tiada apa-apa untuk dimanfaatkan.

No comments: