Sunday, June 22, 2014

Aku Lepaskan

HAku tak pasti, apa yang aku rancang ni adalah yang terbaik ataupun tidak. Aku akui aku sangat rindukan dia, aku sangat sayangkan dia. Tapi, pada masa yang sama aku tersiksa. Selepas balik dari KL, memang hubungan kami goyah. Aku buang segala ego, segala rasa marah dan aku mengaku semuanya salah aku. Tapi, dia langsung tak endahkan.

Aku jual handphone aku dan aku berikan dia RM400. Selepas 2 hari aku bank in baru dia mesej aku. Tapi, dengan nada yang marah. Semuanya jadi tak kena. Semuanya yang aku buat untuk dia semuanya salah. Aku cuba berbaik-baik. Aku buang segala keburukan dia dan aku terima segalanya untuk selamatkan hubungan ini. Tapi dia? Aku sakit. Walaupun dia sudah mula berbaik dengan aku, walaupun dia sudah mula membalas mesej aku, tapi aku tahu tahap keikhlasan seseorang. Sakit hati aku tuhan saja yang tahu. Andai kata dia punyai yang lain, kenapa dia terus biar aku bergantung tak bertali? Kenapa dia tak lepaskan saja aku ? Kenapa dia sanggup SAKITI AKU??


Malam tadi aku mesej dia. Tapi, lain aku tanya lain pula dijawab. Semalam, aku cuba bergurau seperti biasa, tapi dimarahnya aku. Katanya, hari sabtu pagi akan bertolak ke Kemasik, tapi bila aku lihat di facebook ahad petang baru bertolak. Aku tak sanggup lagi ditipu. Aku tak sanggup lagi hidup begini. Jika ini suratannya, aku redha. Aku telah lakukan sehabis baik. Aku cuba sedaya upaya. Tapi aku hanya manusia, aku tak mampu melawan takdir.

Esok, aku punyai interview penting. Interview kedua selepas lulus interview pertama. Jawatan sebagai Planning Engineer di salah sebuah kilang di Perai. Kawan-kawan ramai yang ucap "good luck" tapi dia langsung tak endah. 

Aku nekad, khamis nanti aku akan putuskan hubungan ini jika dia masih sakiti aku. Aku berhutang dengan orang lain, untuk bantu dia dalam kesempitan wang. Tapi aku dilayan seperti tak bererti apa-apa. Apa guna lagi aku disisi dia?

1 comment:

Rafi Isme said...

It's for the better. Walaupun tak tahu sangat kisah encik ni, tapi you should do whatever you think you should do.