Thursday, April 10, 2014

Golongan PLU amat menjijikkan!

Malam ni hubungan aku dengan dia agak tegang. Yelah, setiap malam aku tunggu text dari dia macam bangang je. Aku tulis 10 patah dia reply 4 5 patah. Tu pun 5 minit sekali via WeChat. Aku bukannya apa, rasa kecik hati la kalau aku je yang lebih terhegeh-hegeh. So i said.. I give him 2 or 3 days free and I wont bother him if he really busy. Enuff about that sebab post kali ni aku nak berceloteh tentang benda lain...

Seminggu lepas aku buat facebook akaun baru. Yelah, saja nak cari kenalan PLU dalam facebook. Niat aku sebenarnya nak cari kawan area Kuantan sebab aku akan kerap kesana. Kawan straight ada ramai disana. Tapi saja aku ringankan badan nak cari kawan PLU di dunia realiti. Sepanjang hidup aku tak ada kawan PLU dalam real life. Memang semua kawan aku straight dan susah untuk aku luahkan apa yang aku pendam jika ia berkenaan dunia PLU. Memang aku sedang mencari kawan yang boleh dibuat kawan dan faham hati seorang PLU. Selama ni blog ni la yang menjadi sahabat aku untuk luahkan apa yang aku pendam. Hubungan aku pula dah jadi berat sebelah, aku perlu jaga hati dia sedangkan sekarang aku tak nampak dimana sikap dia untuk ambil berat hal aku.

Bila dah buat FB baru, mula la aku browse satu ke satu group. Ramai yang aku add. Tapi tak ada pun yang aku rasa boleh dibuat kawan. Manakan tidak, bila kita nak berkenalan dia tanya stat tinggi berat semua. Ahhhh aku dah berpunya kau tak payah nak tanya semua tu. Aku cari kawan bukannya boyfriend!

Banyak juga aku jumpa manusia-manusia pelik yang mempamerkan susuk tubuh tanpa seutas benang. Ramai juga yang bajet hot dan comel. Ramai juga memperlekehkan orang lain sedangkan dirinya sendiri tak begitu baik. Memang sukar untuk kita ubah mentaliti sebegini. Sampai bila golongan PLU di Malaysia akan terus dihimpit cemuhan? Mana tidaknya. Lihat diri anda, lihat kawan-kawan anda. Adakah mereka menunjukkan golongan PLU seperti kita adalah golongan orang yang baik-baik? Kebanyakan hanya mencari kepuasan sex semata-mata. Memuaskan nafsu serakah tanpa menilai kesannya. 

Mari kita fikir sejenak. Bila disebut Gay atau Homoseksual kebanyakan akan mencemuh. Ianya sesuatu yang amat menjijikkan! Itu baru disebut golongan. Tidak lagi didedahkan apa yang golongan-golongan PLU seperti kita buat di dalam media sosial? Sangat menjijikkan! Aku juga gay, tapi aku tahu batasnya. Jaga maruah kita. Jangan biar orang lain mencemuh orang seperti kita sebagai golongan yang tak bertamadun. Pantang ada lubang nak jolok. Bertukar-tukar pasangan. Berikan tawaran sex di media sosial. Beri tontonan percuma susuk tubuh. Kenapa perlu kita buka aib sendiri? Tak malukah kita? Renung-renungkan...

3 comments:

Nor Kaunselor said...

sya suka baca story awk..sy ad benda nk tanya awak please sent me ur email..

Anonymous said...

mcm mana jadi kaunselor nih... baru nak suruh 'send' dah eja 'sent'

Ryzrien said...

ko still bertuah coz ada kawan yg boley hangout...