Saturday, April 5, 2014

Cinta Mula Berputik

Atas sebab keselamatan, gambar-gambar sebelum ini telah dibuang. Semenjak-dua menjak ni hubungan aku dan dia semakin baik. Bahkan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Tatkala rasa rindu menjengah kami berdua, aku termasuk laman web Air Asia. Ada promosi. Dia minta aku tolong belikan tiket kesini pada 25 April hingga 27 April. Murah. RM88 pergi balik dari LCCT - AOR. Dia rasa teruja. Yelah, kali pertama nak naik kapal terbang. Sebelum ni dia hanya jemput aku di airport, kali ni aku pula jemput dia di airport. Aku begitu teruja. Yelah, sebelum ni aku mintak dia datang susah sangat. Kali ni dia bersemangat pulak. Tiap malam kami habiskan masa bersama dengan panggilan video. Aku tak pernah rasa bosan. Aku rasa bagaikan kami baru saja kenali antara satu sama lain. Tiga tahun aku sia-siakan masa aku bersamanya. Aku tak pernah anggap dia wujud. Inilah masanya aku betulkan semua kesilapan yang aku lakukan dan buat dia bahagia. Aku ingin dia tahu, bahawa kesabaran dia dengan kerenah aku selama ini telah memuahkan hasil. Kini aku utamakan dia lebih daripada orang lain seperti mana dia begitu mengambil berat terhadap aku selama  ini. 

No comments: