Monday, March 31, 2014

Takut

Saat aku mula jatuh hati dan menyayangi dia, hati aku gelisah. Aku takut suatu hari perpisahan akan terjadi. Aku takut bila berjauhan hatinya berubah.

Aku baru kembali ke Kedah pagi tadi. Aku ke Kuantan jumaat pagi. Sesampai aku di Kuantan, keadaan agak tegang. Dia tak sangka aku sampai awal dan dia dah ada hal lain. Ditambah pula kawan serumah tak balik kampung. Dia berbelah bagi nak datang kepada aku untuk tinggalkan rakan serumah sorang-sorang. Aku pula mula memerajukkan diri.

"Takpe la abg, syg beli tiket siap-siap la pagi besok syg balik. Abg xyah dtg la pandai2 la syg cari tempat tido japg"

"Jangan nak tambah serabut abg bleh x?"

Dan aku senyap. Dia datang setelah sejam aku tunggu di Kuantan Sentral. Memang angin satu badan jugak aku tunggu. Aku offkan handphone. Tunggu sambil main game. Sejam berlalu aku rasa tak lama pun. Sebab aku tahu dia akan datang. Dah sejam lebih berlalu, aku on kan semula phone.

"Abg kat parking luar tempat biasa."
"Kenapa off ni"
"Kenapa call tak dapat text tak sampai ni?"
"Ish.. Syg kat mana ni?"

Bertubi-tubi text dia masuk. Aku dengan muka selamba berjalan ke kereta sambil buat muka good mood padahal dalam hati memang nak je aku maki dia macam sebelum-sebelum ni. Aku senyap je nak ambil hati dia. Masuk kereta aku kiss dia di pipi. 

"Ish! Orang nampak nanti macam mana? Dah la orang tunggu dia off phone! Kenapa off? Merajuk lagi?"

"Mana ada orang nampak! Orang tak off pun.. Line sini teruk kot"

Dan aku pura-pura senyum. Entah. Mungkin senyuman aku tu memang betul-betul ikhlas kot. Bila dah duduk sebelah dia aku jadi happy semacam. Aku pun tak pasti.

Lepas makan, kami cari hotel seluruh Kuantan. Memang semua hotel penuh. Stress jugak aku, dia berhenti kereta aku yang jalan kaki tanya room availability setiap hotel. Memang dia tak nak la kalau pergi hotel mahal. Sekarang dia kedekut semacam tak macam dulu. 
Kisah apa aku, yang penting aku kena ambil hati dia sebaik mungkin, bagi harapan setinggi mungkin supaya suatu hari nanti jika dia ingin tinggalkan aku, dia fikir beribu kali. 

Dapat hotel tak berapa okay. Hotel apa entah. Memang buruk. Tapi okay la at least ada aircond dan attached bathroom. Dah dapat bilik aku terus mandi. Dah la tak mandi dari pagi. Dah aku mandi, keluar je bilik air, terlanjur. Hm.. Kali ni lain. Tak boleh cerita kat sini  oke. Pendek kata, selama ni aku memang tak bagi dia main yang bawah. Aku blow je tapi kali ni aku bagi all out. Lepas je habis dia ngadu rasa nak demam. Aku pun terpaksa la keluar pergi beli mineral water & sedikit makanan untuk dia makan ubat. Keluar je dari bilik aku rasa lutut aku menggeletar. Turun tangga rasa macam orang tua je langkah sikit-sikit. Menggeletar satu badan. 

Hari kedua dia bawak jalan-jalan sekitar Kuantan je. Bosan. Nak je aku suruh dia bawak pergi karaoke ke tengok wayang ke tapi dia macam takde mood je. Tengah hari tu dia bawak cari hotel lain yang selesa sikit. Aku ikutkan aje. Malam tu teman dia tengok bola. Kalah la pulak. Dah la hujan basah kuyup dalam stadium tu. Jadi orang perak sekejap. Ni gambar sebelum pergi stadium. Dia belikan jersey lagi hehe.


Kesudahnya, balik tu teman dia tengok bola lagi kat kedai makan. Memang tak boleh miss game Chelsea. Selama ni aku larang dia tengok bola sebabnya dia kalau dah dapat tengok bola aku dia terus lupa. Sebab tu dulu pernah kami putus  sebab dia pilih bola daripada aku. Sekarang ni aku perlu belajar terima dan hormati benda yang dia minat. 

Balik hotel malam tu dia rasa tak sihat pulak. Tidur awal. Tengah-tengah malam tu entah macam mana aku boleh jadi gedik semacam buat dia tergoda.. Orang tak sihat pun jadi kuat hehe. Dah2 aku dah terlebih cerita dah ni memalukan betul. Kalau dia tahu mesti kena marah ni.

Apa yang aku risaukan adalah, bila berjauhan ni dia pun sibuk dengan kerjaya dia, aku pulak terkontang-kanting tengah merangkak develop bisnes baru. Income tak seberapa padahal dia dah senang lenang. Tapi.. Kalau dulu aku tak payah keluarkan duit sesen pun untuk aktiviti bersama dia, sekarang ni apa-apa sikit dia nak aku share. Dulu dia takde duit tak ada pulak nak merungut. Sekarang ni banyak duit kedekut pulak. Tu la merisaukan aku. Kalau dulu, aku faham bila dia simpan duit mesti dia simpan untuk aku. Sekarang ni aku tak pasti untuk apa dia menyimpan sampai aku ke Kuantan pun pakai duit sendiri dah dua kali. Nak harap dia datang Kedah memang tak lah.. Busy lah tak ada cuti lah. Mintak cuti balik kampung boleh pulak. Karma. Aku risau sangat. Aku tak tahu sejauh mana sayang dia terhadap aku sekarang ni. Aku buat apa yang termampu untuk bahagiakan dia. Kalau 6 bulan lagi aku rasa tersiksa macam ni aku dah nekad.. Aku terpaksa lepaskan. Tiap hari aku usaha gigih nak kuruskan badan. Aku risau kalau-kalau dia dah tak sukakan aku, siapa lagi yang nakkan aku? Itu yang selalu bermain di fikiran. Mahu tak mahu aku kena kuruskan balik badan aku. Jaga penampilan semula. Memang dia tak suka aku kurus, tapi perlu ke aku jadi macam ni semata-mata nak sedapkan dia sedangkan aku tak rasa dihargai?


1 comment:

Zulaikha Adam said...

Adik chomel. Give ur phone number pls...

Nak berkenalan, blh?

Kak Olai :D