Saturday, March 15, 2014

Kebahagiaan dalam tangisan...

Aku tak tahu.. aku buntu. Segala yang aku buat tidak kena. Aku tak tahu mana silapnya. Semuanya bagaikan karma yang berbalik kepada aku sehingga tak tertanggung dibuatnya. Dia di depan aku semuanya manis. Bila berjauhan, aku bagaikan sampah. 

Selepas balik daripada Kuantan, hubungan kami kembali baik seperti sediakala. Dia berterus terang beritahu aku yang dia masih menyayangi dan merindui aku. Tapi, beberapa hari berikutnya, lain pula jadinya. Setiap kali aku text tak dibalas. Kadang-kadang, dia berbual. Kadang-kadang dia menyepi. Sibuk katanya. Padahal, bukan aku tidak tahu apa yang dibuat setiap hari. Kerjanya mengajar beberapa jam dan kembali ke bilik pensyarah. Pulang pada jam 5 petang, dan menyepi hingga ke larut malam sebelum pukul 12 baru dibalas text aku. Aku tak faham. Pelbagai persoalan yang hadir dalam kotak fikiran. Sesungguhnya aku sudah tidak yakin bahawa dia masih menyayangi aku. Aku juga buntu fikirkan apa yang dia mahu dari aku. 

Setiap malam aku tangisi apa yang sedang berlaku sehingga mata sudah penat lalu dibuai mimpi. Aku berusaha turunkan berat badan. Katanya, dia akan datang untuk bersama aku awal April ini. Aku tekad, aku mahu dia lihat aku seperti mana dia mula-mula ketemu aku. Aku mahu buang lemak dibadan sebanyak yang mungkin! Ini adalah jalan terakhir aku. Apa nak jadi, jadilah. Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk perbaiki hubungan yang semakin parah ini. Diasaat-saat kisah cinta aku yang makin runtuh, hati aku seakan-akan tidak merelakan. Perasaan sayang, cinta, rindu datang kepada aku dengan segar. Bukankah ini yang dia inginkan sejak perkenalan kami dahulu? Ada ketikanya aku mohon supaya tuhan cabut nyawa aku daripada aku rasa tersiksa sebengini. Baru aku mengerti bagaimana rasanya digantung tak bertali. 

Aku tahu, hatinya sudah tawar. Sudah berputus asa dengan sikap aku yang pentingkan diri sendiri sejak 3 tahun dulu. Sepanjang aku bersama dia, aku tak nampak dia di depan mata. Aku lebih hargai Mie dan Ched. Berkali-kali dia ulangi dia cemburu. Tidak pernah aku hiraukan. Apa saja kemahuan aku dia perlu kotakan. Aku selalu bandingkan dia dengan orang lain. Aku inginkan dia sempurna mengikut kehendak aku. Aku tidak pernah sedar bahawa sejak 3 tahun yang lalu, Tuhan dah kurniakan aku hadiah paling istimewa dalam hidup aku. Aku aja tak reti menghargai. Aku bertanya kepadanya 2 malam lepas, kenapa dia bersikap sebegini? Katanya, dia sudah tawar. Sudah tak mampu nak berbuat apa-apa. Akulah orang yang paling sukar untuk dibahagiakan. Terkenang kembali percutian kami di Langkawi, dia berterus terang bawaha dia kehabisan duit. Sebab itulah dia hilang mood pada hari ketiga kami disana. Bayangkan, dia kembali ke Kuala Lumpur dengan wang sebanyak RM30. Kejamnya aku tak tahu memahami dia. Semua yang aku inginkan dia berikan. Panjang perbualan malam itu. Tak henti-henti aku memohon maaf apa yang aku telah lakukan kepada dia selama ini. Aku tak pernah hargai dia seperti mana dia hargai aku!

Setiap malam, gambaran di kota Melaka akan datang menemani tidurku. Bandaraya sejarah yang meninggalkan begitu banyak sejarah aku bersama dia. Menyusuri pekan-pekan kecil, kedai-kedai ternama, semuanya jadi segar. Bagaikan ianya baru semalam berlalu. Malangnya, semuanya aku tak pernah hargai selama ini. Pernah kami keluar berdating di sekitar bandaraya Melaka, aku merajuk. Bayangkan, aku jalan kaki dalam satu kilometer dan dia tak henti-henti memujuk untuk naiki motosikalnya. Sampai di hotel, aku check in. Aku suruh dia balik, sebab aku tak nak balik dengan dia. Aku sangka dia akan terus pulang, tapi dia menunggu aku berjam-jam di luar. Katanya, kalau sampai pagi pun dia akan tunggu untuk bawa aku balik. Selepas beberapa jam, aku jemput dia masuk. Memang aku kejam. Aku tak pernah fikirkan perasaan dia selama ini. Apa yang berlaku hari ini adalah daripada apa yang aku telah lakukan. Aku menyesal. Kalaulah masa itu boleh diputar balik, akan aku balik ke masa itu dan baiki kesilapan aku. 

Ati aku sakit. Aku tak pernah rasai kesakitan sebegini. Aku tak pernah rasa tidak dihargai sebegini. Aku tak pernah rasa tidak dilayan sebegini. Apa lagi aku perlu lakukan untuk betulkan semuanya kembali? AKU SAYANG DiA!!!! AKU MENGAKU HARI INI AKU SAYANG DIA DAN AKU TAK MAMPU BIARKAN DIA PERGI!








1 comment:

Khai said...

gambar nie betul ker fake saja??