Tuesday, March 18, 2014

Complicated

Susah aku nak terangkan... 2 hari ni mood dia baik, tiap malam dia text.. hari ahad, dia diamkan diri seharian, sampai aku update status di Facebook tentang kesedihan aku. Dia whatsapp;

"Tu sedih-sedih, marah kat sape?"

"Kat abg la sape lagi!" balas aku..

"Tak payah nak emo tak tentu pasal, abg ade je ni tak lupe pun"

Mood aku bertukar happy sikit dah. Minggu ni dia balik kampung di Perak. Nak tengok anak buah baru katenye. Abangnya baru mendapat cahaya pertama 2 minggu lepas. Pukul 6.30 petang dia bertolak untuk pulang ke Pekan. Besok, isnin dah kerja. Sememangnya, aku dari dulu risau kalau dia pergi mana-mana waktu malam. Jauh tu, dari Perak ke Pahang. Perjalanan melalui Karak. Dulu, masa di Melaka dia selalu balik ke kampung dengan motor. Tuhan saja yang tahu bertapa risaunya aku. Sekarang tak risau sangat sebab dah ada kereta. Dia memang suka bawa aku jalan-jalan. Pernah kami bergaduh tahun lepas sebab aku marah tiap minggu dia balik ke kampung sampai tak ada masa dengan aku. Sampai dia naik angin, dia beritahu aku hal sebenar.

"Saya balik kampung sebab saya belajar memandu, ambik lesen kereta! Semua sebab awak tau tak! Saya nak awak selesa! Kalau saya bawak kereta saya boleh bawak awak jalan-jalan lebih senang!"

Tapi masa tu hati aku ni keras. Apa dia buat semua tak kena depan mata aku. Aku tak percaya dia langsung. Lepas dia lulus lesen kereta, hubungan kami putus. Memang aku marah sangat masa tu. Aku jadi benci. Tambah pulak, dia ke kelas dengan kereta aku pulak tumpang kereta budak rumah. Jeles pun ada lah. Tapi aku tak kisah pun, pandang muka dia pun aku dah muak. Entah macam mana, lepas habis belajar kami boleh bersama semula. Siap pergi konvo sekali, semua orang tak tahu. Hehehe.

Bila aku kat KL haritu, memang kami banyak berjalan. Boleh kata tiap malam dia datang ambil aku di condo. Pernah dia datang, aku buat lambat.. mandi lah, makan lah, bersiap lagi sejam dia tunggu kat bawah sambil borak dengan pak guard. Kisah ape aku, aku memang anggap dia kuli. Langsung tak pernah nak fahami perasaan dia. Bayangkan, balik kerja pukul 6 dari Puchong, dia terus ke Batu Caves untuk ambil aku. Macam dekat je kan? Dah ambil aku, jalan-jalan ke Cheras, Genting, Kampung Baru... ahh.. ceruk mana kat KL tu kami tak pergi lagi.. semua dah. Genting dengan KL tu anggap macam pergi pasar je. Sebab dia tahu aku suka ke tempat dingin. Selalunya kalau ke tempat crowded, sesak, aku berpeluh macam lagi 1 kilometer. Tak tahan panas.

Bila aku fikir balik, selama 3 tahun aku dengan dia aku langsung tak hargai dia. Aku anggap macam sampah. Lambatnya aku sedar. Bila berjauhan, baru aku sedar bertapa kosongnya hidup aku tanpa dia. Bila aku rasa kosong, aku mula memberontak. Aku mula mencari salah dia. Sampai dia dah muak dengan perangai aku yang nak semua benda yang sempurna.

Okay, back to the story. Dalam perjalanan dia balik ke Pekan tu, dalam pukul 9 malam dia whatsapp.

"Sayang! Abg eksiden ni..!"

"Kereta berpusing-pusing tadi jalan licin Kat Temerloh lagi ni!"

Aku mula gelisah. Aku rasa macam nak menangis! Macam mana aku nak pergi ke Temerloh tu? Aku terus call dia..

"Abg eksiden ke? teruk ke? abg kat dalam ambulance ke ni? kereta macam mana?"

"Abg okay lah, kereta je belakang tu teruk sikit kena divider tadi. Tadi hujan, abang bawak 80 je, tapi dah nak jadi kan, kereta abg terpusing langgar divider. Abang okay lah, takyah la risau. Ni kat RnR ni, minum-minum jap nak ketuk belakang tu kemik, bergesel dengan tayar"

"Abg ni! Syg da pesan kan jangan balik malam! Dengil! Bawak laju la tu!" gertak aku.

"Laju apa, abg bawak 80 je la, kan hujan.. dah benda nak jadi kan! Dah la, abg nak ketuk ni nanti abg mesej"

Risau aku dibuatnya. Aku ingat teruk tadi. Lepas dia ketuk kereta tu, dia singgah minum-minum rehat. Sambil whatsapp aku. Aku cakap, elok la aku teman dia dalam kereta, call dia borak-borak hingga dia sampai ke asrama.

Aku temani dia dalam sejam setengah hingga dia sampai. Tenang rasanya hati. Dua hari ni mood dia baik, dia selalu whatsapp. Dah tak bad mood lagi dah. Aku harap, hubungan ni kekal kukuh seperti dulu.

1 comment:

lelaki seksi said...

kerana ego hilang semuanya..