Monday, March 3, 2014

Aku Sayang Dia...


Ops! Tarik balik. Sebelum ni aku ada post yang aku nak berhenti blogging. Tapi, aku tarik balik sebab ada kisah sambungan.. :)

Aku tak tahan, sungguh. Ianya sangat menyakitkan. Dua hari dia pergi senyap membisu membuatkan aku rasa diri terasing. Selama ni, aku jarang ambil berat tentang Rahim, seperti penulisan dalam blog ini, tak banyak yang aku ceritakan tentang dia. Aku tak tahu perasaan apakah yang hadir ketika itu, tapi aku rasakan kekosongan yang teramat dalam diri aku. Mungkin orang yang aku sayang sudahpun pergi. Maksud aku, aku lari dari hidup Ched dan Mie tak lagi rapat dengan aku seperti dulu. Baru aku rasai bertapa pentingnya Rahim dalam hidup aku. Berkali-kali hubungan kami retak, pecah, berkecai tapi aku tak pernah rasa kehilangan kerana selama ini aku letakkan harapan dan kepercayaan tidak sepenuhnya. Tanpa aku sedari, kali ini aku letakkan harapan menggunung dan angan-angan setinggi langit bersama Rahim.

Sabtu lalu, aku terpaksa ke Langkawi atas urusan kerja. Aku tak jangkakan lawatan aku ke Langkawi akan mengimbau kenangan aku bersama Rahim Disember lalu. Sesampai aku di Langkawi, aku teringat semuanya. Semua kenangan manis aku dan dia di Langkawi selama 3 hari sungguh membuatkan aku rasa lemah. Kenapa aku rasakan perasaan sebegini? Ucapan keramat dia berulang kali bermain di fikiran...

"Kalau abang tak sayang sayang, abang tak bawak sayang datang Langkawi ni tau!"

Aku bersama teman sekerja singgah di beberpa tempat untuk membeli belah. Tapi, aku hanya diam membisu. Hanya wajah Rahim saja bermain di fikiran. Aku mula sebak. Aku cuba hubungi dia tapi tak diangkat. Berpuluh whatsapp aku hantar langsung tak dibalas. Aku sms juga tak dilayan. Aku mula sedar, dia sudah bersedia untuk pergi dalam hidup alku. Perasaan sedih mula datang.

Petang di Langkawi sangat mendamaikan. Kelihatan matahari mula membenamkan diri di ufuk barat. Hati aku sakit. Sakit mengenangkan apa 3 tahun aku bersama Rahim. Aku baru sedar, selama ini hidup aku banyak bergantung kepada dia. Aku banyak habiskan masa bersama dia. Tapi aku letakkan dia di sudut tidak penting dalam hidup aku. Aku tekad, aku mahu dia kembali walau apa cara sekalipun.

Aku pulang ke rumah dengan rasa sunyi, aku menangis teresak-esak. Sesungguhnya aku sangat rindukan dia. Aku sangat berharap dia kembali. Setiap masa aku hantarkan text kepada dia merayu dia kembali. Aku ceritakan kepada Mie yang aku ditinggalkan kekasih. 



"Ooohh! Dah kapel senyap-senyap, tak mau bagi aku tau.. la ni dah putus sedih baru cari aku?"

Aku membalas,"Ahh selama ni aku tak suka dia. Aku tak nampak dia, dia tak lawa macam awek hang tu sebab tu aku tak nak cerita kat sapa-sapa"

Panjang perbualan aku dengan dia. Dia tak tahu kekasih aku yang aku tangisi ketika ini adalah seorang lelaki!

Konklusinya, Mie nasihati aku...

Mie; "Pujuk dia. Jangan biar dia pergi. Pujuk selagi boleh. Tanya betul-betul kepada dia betul ke dia dah tak sayang? Pujuk tiap hari jangan berhenti. Kalau dah sebulan dia tak layan, move on tak payah nak kenang lagi"

"Bukan ke Mie tak pujuk pun Lisa dulu? Pandai pesan orang dia pun menangis tak berlagu dulu.. macam kita taktau"

Mie; "Sebab Mie tak pujuk la Lisa p kat laki lain. Lagi la sedih.. tak pa la.. Gila jugak kalau ngan Lisa, dah habis study nak ikut dia p Sarawak? Memang tak la kan... tu Mie dah bank in RM300 beli tiket p melancong. Kalau dia takmau, p jauh-jauh lupakan dia.. tenangkan fikiran"

Sekali lagi aku buat perjudian. Duit yang Mie berikan aku beli tiket untuk ke Kuantan. Aku nak cari lelaki ni sampai dapat. Sampai dia mengaku depan-depan aku yang dia dah tak sayangkan aku. Tiap hari aku mesej Rahim, merayu. Aku nyanyikan lagu. Aku beritahu dia yang aku dah belikan tiket untuk kesana. Dia tetap membisu. Memang status di Facebook aku berbau kesedihan. Yon, teman karib aku di sekolah dulu bertanyakan khabar. 

"Awat sedih sangat ni? Semua status aku tengok macam frust je?"

"Memang aku frust, aku sedih ni, bf aku tinggalkan aku"

Dengan selamber aku beritahu dia 'bf' aku tinggalkan aku. Memang dia tahu aku spesis ni. Dan aku pernah cuba berhubungan dengan dia sewaktu lepas SPM dulu tapi hubungan tu gagal. Nanti aku ceritakan tentang Yon ya?

"Aku dah puas text dia, call dia semua dia tak layan Yon.. tolong aku wey aku sedih ni"

"Bagi number dia, meh aku tanya kenapa"

Selepas beberapa minit, aku hubungi Yon..

"Tak tak angkat ek?"

"Dia angkat, tapi bila aku tanya... Ada masalah dengan Tom ke? Dia cakap takde pape, pastu aku nak tanya lagi dia cakap dia tengah drive nanti dia call hang balik"

"Tipu la tu.. takkan la dia nak call aku dah 2 3 hari aku text aku call tak angkat-angkat"

"Tunggu la nanti dia call la tu.. kalau dia sayang, dia call nanti. Sabar k? Aku dengar suara dia macam dia ok je takde pape lahh"

"okay.."

Aku rasa tenang sikit. Aku tak tahu dia tengah drive untuk ke Pekan, tempat dimana dia ditempatkan sebagai tenaga pengajar. Selepas beberapa jam, aku text dia lagi..

"Awak, sori tau sy ganggu tadi, sy tak tau awk tengah drive.."
"Awk tak sampai lagi ke? Sy risau ni dah tengah malam ni awk drive lagi"

Tak ada balasan diterima. Aku solat, mohon supaya dia berikan jawapan. Aku mohon supaya dipermudahkan hati aku untuk lupakan dia...tiba-tiba aku dapat balasan whatsapp dari dia,

Rahim; "Dah sampai dah. Kat kuantan ni... yang cerita kat orang hal kita dah kenapa?"

Aku; "Sori, sy sedih sangat sy cerita la.. awk marah ea?"

Rahim, "Agak la... tetiba call marah sy cakap sy sakitkan hati awk"

Aku, "Awk dah taknak kat sy ke? Awk da tak sygkn sy ke? Awk da benci sy ke?"

Rahim, "Sy sayang awk sama je macam dulu tak ada apa yang berubah. Tapi, sy stress fikir pasal orang lain dah kawin kawan-kawan semua dah kawin, family tanya pasal kawin... Takkan kita macam ni je selamanya?"

Aku, "Awk.. kalau awk ade org lain, awk ckp je wak sy x kisah.. sekurang-kurangnye sy dapat alasan untuk benci awk untuk sy x ganggu awk"

Rahim " Tak ada orang lain. Sebab sygkan awk la sy terpaksa buat macam ni. Kalau sy dengan awk lagi macam mana sy nak cari lain bila hati sy masih sygkan awak? Kalau sy menduakan awk nanti awk tak sakit hati ke?"

Aku, "Sy da tak kisah dah macam mane pun sy cuma tak nak awak abaikan sy. Sy nak awak balik please..."

Rahim " Kita jadi bff jelah... sy cuba nak jadi normal ni..saya nak anak.."

Aku "Dulu awk janji kite kapel sampai awk kawin, tapi ni awk takde sesape knp nak tinggalkan sy plak?"

Rahim, "Dah cakap kan, sebab sy sayang awak la sy tak boleh cari lain... kalau la awk ni perempuan..."

Aku " Takpe la wak kalau camtu, nanti sy harap sy blh jumpe awk, kejap pun takpe sy da beli tiket dah. Sy nak bagi awk something pastu sy balik.. harap awk blh jumpe"

Rahim " Awk ingat sy ni kejam sgt ke? Sebab sy tengok gambar tiket awk kat whatsapp tu la yg sy reply awk ni. Mesti la sy kena jumpa dah awk nk datang dari jauh kan. Tapi nanti nak stay mana? saya stay asrama tau.. bukan rumah sewa. Rumah tak dapat lagi"

Aku " Sy amik hotel la.. sy dah plan. Sy janji lepas jumpe awk, sy tak ganggu awk dah. Sy janji"

Rahim " Elok la, jumpe awk kat Kuantan, lepas tu awk suruh sy balik Pekan? Ingat dekat ke Kuantan dengan Pekan?"

Aku "Jauh ek? Tak tau plak"

Rahim "Jauh.. dalam 50km jugak. Tompangkan sy kat hotel awk la nanti"

Aku, "awk tak kisah ke? Sy tak kisah kalau awk tak kisah. Nanti sy amik twin bed"

Memang laki aku dah bertukar jadi Mr Arrogant. Selalunya aku yang angkuh, jual mahal dengan dia. Kali ni, dia pulak yang arrogant. Tiap malam kami text, aku merayu macam-macam supaya dia kembali... Dia tetap dengan pendirian dia, yang hubungan ini hanya setakat BFF

01 Mac 2014.. Harinya sudahpun tiba. Aku bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang seorang diri. Adie, kawan rapat aku tolng hantarkan aku ke airport. Dari Penang Airport jam 8 malam, aku transit 2 jam di KLIA sebelum naiki flight seterusnya ke Kuantan pada jam 10.10 malam. Sesampai di Kuantan, aku mencari dia di lobby,dia datang dari belakang peluk aku.."jom.." katanya. Dia bawa aku ke Teluk Chempedak.

"Awak nak bawak saye g dating ye.."

"Dating la sangat! Bagi henpon tu.. bukak Astro-On - The-Go nak tengok game Chelsea ni."

Aku rasa sedih sangat. Dia bawak aku ke tempat ramai couple berdating, tapi kami duduk berduaan di tepi pantai sambil aku jadi tunggul perhatikan dia tengok bola dengan handphone aku. Aku diam membisu. Air mata berguguran tapi langsung dia tak endahkan. Aku ajak dia balik, cari hotel aku penat. Dia iakan saja. Sepanjang perjalanan, kami hanya berbicara hal penting. Langsung tidak sentuh perkara berkaitan hubungan kami.

Aku check-in hotel 3 bintang. Aku nak dia rasa selesa. Tapi, bila masuk ke bilik hotel, dia langsung tak endahkan aku. Selepas mandi aku keluar ke lobby. Aku menangis dan kembali ke bilik, Aku cuba pejamkan mata. Dia di katil sebelah duduk diam menonton perlawanan bolasepak. Dalam hati aku, mahu saja aku lari balik kalau begini rasanya diabaikan. Aku keluar semula ke luar duduk di kaki lima tepi jalan sambil menangis. Tiba-tiba ada text dari WeChat, Azuean hubungi aku tanya khabar! Kebetulan apakah ini... Aku beritahu Azuean aku senang bersedih diperlakukan begini..

Azuean " Adik, jadi matang sikit boleh? Pergi slow talk dengan dia.. dia okay tu"

Aku " Adik nak slow talk macam mana dengan dia, dia tak layan langsung! Adik nak balik la.. adik nak lari balik skang ni jugak.. tak tahan camni"

Azuean "Jangan jadi budak-budak la, Abg tau ape yg dia buat tu.. abg penah jd bf adik abg tau kenapa dia buat mcm tu.. dia nak test adik je tu. Dah, g slowtalk ngan dia"

Aku "Adik nak beli panadol sepapan nak makan tengok nak jadi apa. Abg tau tak sejam dh adik kat luar ni kot la dia nak tanya adik g mana? Selama ni tak macam ni pun!"

Azuean "Elok la.. cerdik sangat akal adik. Abg sokong. g makan biar mampos. Orang suruh slowtalk taknak. Perangai tak ubah dari dulu.. matang la sikit!"

Aku hentikan perbualan aku dengan Azuean. Aku kembali ke bilik..

"Hah.. pergi mana tadi?"

"Takde g mane-mane lah!"

Aku berjalan dan labuhkan badan ke katil aku...

"Tu nak tido mane plak tu?"

"Nak tido la.. ape lagi!"

Dia dengan perlahan datang ke katil aku...

"Dah.. dah.. tak payah nak drama sangat. Takkan la nak tido? Besok da nak balik. jom la sembang.. kesana sikit.. sy nak tido sebelah"

"Dah orang taknak layan, tido jelah..."

"Hehe.. sy nak test awk je.. rupenye sayang jugak awk kt sy ye... takkan la sy nak tinggalkan awk yg comel ni.."

Ahhh! Aku jatuh cinta kembali. Malam tu mengubah segalanya. Kami berborak, bermanja semalaman. Jam 6 pagi baru tidur. Aku rasa bahagia sangat. Aku janji takkan sia-siakan dia lagi. Aku sayang dia. Kami berdua bangun tengah hari,. selepas check out, dia bawa aku pergi shopping dan jalan-jalan di Cherating. Aku rasa sangat bahagia. Kami seakan-akan baru mula bercinta, waaupun sudah 3 tahun kami lalui bersama. Aku balik bas pukul 8.45 malam. Macam drama hindustan dibuatnya. Tak henti-henti kucup pipi satu sama lain di dalam kereta. Aku peluk erat dia sebelum naiki bas. Berjalan menghampiri bas aku rasakan sangat berat. Tak henti2 toleh ke belakang melihat dia. 

Selepas 15 minit bas bertolak.. dia text lagi..

"Abg kat belakang bas syg ni... hehehe"

"Eh.. abg ni.. nak ikut syg eh?"

"Abg tunggu bas jalan td, abg gerak sekali.. lgpun bas tu ikut jalan abg nak balik"

"Oh.. abg drive hati-hati ye.. malam ni"

Beberapa minit kemudian dia memotong bas yang aku naiki secara perlahan-lahan. Sempat aku lihat kelibat dia dalam kereta.. Hehe.. bahagianyaaaa!!! Rindunya!!!



4 comments:

Khai said...

Lol!!!!

albertelizaberth said...

Selalu mengharap pekembangan blogger ...

Anonymous said...

best la citer nih..i can feel it...

azli7079 said...

Seronok baca crita ni, cuma....saya x berada di tmpat tu, walaupun saya berada dlm dunia yg sama.... :(