Thursday, February 20, 2014

Perpisahan Itu Terjadi Jua...

Pukul 12 tengah malam sudahpun berlalu, tak ada sebarang panggilan, sms ataupun text lain. Memang sudah dijangkakan. Perasaan sedih, pilu menghantui diri. Aku tak tahu apa silapnya sehinggakan aku rasa sangat terhina. Aku mula rasakan aura sunyi yang teramat. Tak mungkin akan ada sesiapa yang hadir dalam masa terdekat untuk pecahkan kesunyian yang aku lalui ini. Aku sangka aku kuat, rupanya tidak. Berderai juga air mata ketika aku menulis sekarang ni. Aku tak menyangka semua bait-bait manis yang keluar dari ucapan dia adalah dusta belaka. Jika dia benar-benar anggap hubungan ini adalah penting, dia mungkin lakukan sesuatu, sekurang-kurangnya menenagkan aku dan beri aku sedikit semangat untuk teruskan hubungan ini. Sesungguhnya perpisahan itu amat pahit untuk ditelan. Lagu Cakra Khan - Setelah Kau Tiada berkumandang menambahkan rasa sakit yang aku rasakan.

Mie dah pun punyai seseorang istimewa, orangnya cantik, manis. Aku tumpang berbahagia. Aku dah tak banyak masa untuk bersama Mie. Jarang-jarang sekali kami keluar makan bersama ceritakan hal masing-masing dan tujuan hidup masing-masing. Dia sentiasa ada untuk aku ceritakan permasalahan aku. Tapi, bila ianya berkaitan hubungan aku dengan Rahim, aku terpaksa rahsiakan. Biarlah aku lalui semua ini sendirian. Mungkin, akan datang insan yang lebih baik dan penyayang yang aku sentiasa impikan. Mungkin bukan tahun ini atau tahun-tahun akan datang, tapi aku pasti bahagia itu pasti akan datang.

No comments: