Sunday, February 16, 2014

Kisah Hidup Aku Part 11

Aku dah penat hidup dengan Ched. Aku dah penat tiap hari makan minum ditanggung, perbelanjaan ditanggung tanpa sebarang income dari luar. Aku bersungguh-sungguh nak bangunkan bisnesnya tapi dia rasa terkongkong. Pada masa yang sama, Rahim kembali. Tiap malam dia bawa aku jalan-jalan sekitar KL ataupun Genting. Hubungan kami yang berakhir pada semester akhir aku di universiti dilupakan. Kami seakan-akan masih bersama walaupun sudah hampir 8 bulan tak bertegur sapa.

Hubungan aku dengan Ched tegang. Walaupun kawan baik dia cuba untuk menyelamatkan keadaan, tapi hati aku dah tawar. Aku tak terus balik ke Kedah seleas majlis konvokesyen sebaliknya aku tumpang rumah kawan aku yang lain semalaman. Kawan aku cakap, dia dah slow talk dengan Ched tentang hal ni dan dia rasa bersalah. Sekarang ni dia nak slow talk dengan aku pulak. Persoalannya, kenapa dia tak boleh bercakap dengan aku depan-depan? Aku diajak balik ke rumah, aku tengok dalam Maybank ada sejumlah wang dimasukkan. Memang aku dah agak, selama ni dia hanya pujuk aku gunakan wang, tak ada yang lebih dari tu. Aku transfer balik jumlah wang yang dimasukkan. Memang aku duduk dirumah berkurung dalam bilik. Dia keluar baru aku keluar dari bilik. Aku memang dah rancang nak balik Kedah, nak cari kerja dan mulakan hidup baru. Kebetulan, Mie hubungi aku tanya keadaan aku macam mana. Aku ceritakan segalanya kepada dia. Mie terus masukkan duit, cukup untuk perbelanjaan aku 2 3 hari dan kos untuk pindah barang.

Aku pulang ke Kedah dengan rasa sedih. Aku tak tahu apa aku perlu lakukan. Malam aku bertolak balik, Fuffi abang kepada Ched hubungi aku. Dia nak tahu kenapa aku balik. Aku tak ada pilihan lain selain ceritakan segalanya. Suffi cakap, tak apa lah, ko balik Kedah boleh la tolong aku, Ched tak pernah ajar aku pasal bisnes.

Sesampai aku di Kedah, dapat panggilan daripada bank tempatan cawangan Alor Setar untuk sesi temuduga. Macam dah ditakdirkan. Aku hantar resume bulan 8 dulu, baru nak panggil. Temuduga berjalan lancar dan aku diterima kerja. Sebulan dua jugak la tunggu nak panggil tu. Dalam sebulan dua tu, bf aku kerap datang. Kami bercuti ke Langkawi bulan Disember lalu.. sangat best ok! Sepanjang 3 tahun bersama tak pernah dapat melancong seronok macam tu.

Balik dari Langkawi, dia beritahu aku yang dia dapat kerja kerajaan. Akan berkursus di Sungai Petani dan tak tahu lagi akan diposting kemana selepas ni.

Bersambung....

1 comment:

albertelizaberth said...

Menanti sambungan, layannn …